Assalamualaikum...
Berhati-hati dengan mainan hati...
Kadang-kadang kita teruja nak berkongsi hasil kerja kita.. Kita upload gambar kat laman sosial dengan niat tulus ikhlas iaitu semata-mata hendak berkongsi rasa dan cerita... Takde langsung niat hendak menunjuk-nunjuk ataupun riak dan sebagainya..
Namun, harus kita ingat bahawa bukan semua orang turut sama teruja dan gembira dengan apa yang kita kongsikan.. Lumrah alam, pasti ada yang tidak senang hati malahan cemburu serta dengki dengan hasil kerja kita itu..
Jadi, sebelum berlaku sesuatu yang kita tak jangka, eloklah berpada-pada dalam segala apa yang kita upload dan kongsikan.. Bukan kita buruk sangka.. Cuma sekadar berwaspada.. Hati kitapun adakalanya berbolak-balik.. Apatah lagi hati orang walaupun orang itu orang yang kita percayai.. Jika sekadar sakit hati dengan melancarkan kata-kata umpat keji, mungkin kita masih boleh bersabar.. Dibimbangi sakit hati itu menjurus ke arah bermain sihir.. Itu yang tak nak tu... huhu...
Pepatah dulu ada mengatakan, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Tapi zaman sekarang ni, rambutpun dah tak sama warna, apatah lagi hati masing-masing.. Wallahu'alam...
p/s: Semoga dijauhkan dari segala jenis penyakit hati yang tiada ubatnya ini.. Amin...
so true.
ReplyDeletekadang kadang kite rasa nak share je sebab suka suka.
tapi ada pulak yang jadikan bahan cerita itu ini.
pastu malas nak share dah.
tapi sampai satu tahap, pedulik apa kan? diorang nak sakit hati...itu penyakit diorang. sape suruh sakit hati? Heheh~
Kak azz
ReplyDeleteMmg betul kata2 kak azz...tp sampai bila kita nak jaga hati orang tp org x boleh jaga hati kita???
Mmg lumrah alam ada yg suka berdengki, khianat dan buruk sangka....sometimes kita perlu pedulikan mereka2 yg berfikiran serong dan negatif...baik kita hiburkan diri dan family kita terlebih dahulu bukan kak azz?
So kak azz, please be strong ye...suka tgk hasil air tgn kak azz dlm dunia jahitan...cepat kembangkan dan upload gambar2 hasil kerja tgn akak...org negatif patut dipedulikan...tp sila peduli pada mereka yg betul2 berminat dengan hasil upload kecintaan kita....adiosss
Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya bab2 share gambar ni, tak kiralah hasil kerja atau gambar2 berkaitan kehidupan sharian, peribadi, memang saya jaga sangat2 kak.
Boleh share, tapi kena berwaspada. Dan saya juga, kurangkan kekerapannya. Terlalu kerap share pun, mendatangkan muak juga.