Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 17, 2013

Berhati-hati dengan mainan hati...

Assalamualaikum...

Berhati-hati dengan mainan hati...


Kadang-kadang kita teruja nak berkongsi hasil kerja kita.. Kita upload gambar kat laman sosial dengan niat tulus ikhlas iaitu semata-mata hendak berkongsi rasa dan cerita... Takde langsung niat hendak menunjuk-nunjuk ataupun riak dan sebagainya..


Namun, harus kita ingat bahawa bukan semua orang turut sama teruja dan gembira dengan apa yang kita kongsikan.. Lumrah alam, pasti ada yang tidak senang hati malahan cemburu serta dengki dengan hasil kerja kita itu..


Jadi, sebelum berlaku sesuatu yang kita tak jangka, eloklah berpada-pada dalam segala apa yang kita upload dan kongsikan.. Bukan kita buruk sangka.. Cuma sekadar berwaspada.. Hati kitapun adakalanya berbolak-balik.. Apatah lagi hati orang walaupun orang itu orang yang kita percayai.. Jika sekadar sakit hati dengan melancarkan kata-kata umpat keji, mungkin kita masih boleh bersabar.. Dibimbangi sakit hati itu menjurus ke arah bermain sihir.. Itu yang tak nak tu... huhu...


Pepatah dulu ada mengatakan, rambut sama hitam, hati lain-lain.. Tapi zaman sekarang ni, rambutpun dah tak sama warna, apatah lagi hati masing-masing.. Wallahu'alam...


p/s: Semoga dijauhkan dari segala jenis penyakit hati yang tiada ubatnya ini.. Amin...

3 Tukang Tembak:

gadisBunga™ said...

so true.

kadang kadang kite rasa nak share je sebab suka suka.

tapi ada pulak yang jadikan bahan cerita itu ini.

pastu malas nak share dah.

tapi sampai satu tahap, pedulik apa kan? diorang nak sakit hati...itu penyakit diorang. sape suruh sakit hati? Heheh~

Julia Johari said...

Kak azz
Mmg betul kata2 kak azz...tp sampai bila kita nak jaga hati orang tp org x boleh jaga hati kita???
Mmg lumrah alam ada yg suka berdengki, khianat dan buruk sangka....sometimes kita perlu pedulikan mereka2 yg berfikiran serong dan negatif...baik kita hiburkan diri dan family kita terlebih dahulu bukan kak azz?

So kak azz, please be strong ye...suka tgk hasil air tgn kak azz dlm dunia jahitan...cepat kembangkan dan upload gambar2 hasil kerja tgn akak...org negatif patut dipedulikan...tp sila peduli pada mereka yg betul2 berminat dengan hasil upload kecintaan kita....adiosss

Tinta Lana said...

Assalamualaikum.

Saya bab2 share gambar ni, tak kiralah hasil kerja atau gambar2 berkaitan kehidupan sharian, peribadi, memang saya jaga sangat2 kak.

Boleh share, tapi kena berwaspada. Dan saya juga, kurangkan kekerapannya. Terlalu kerap share pun, mendatangkan muak juga.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)