Pages

Thursday, October 17, 2013

MIA: Minah enterframe..

Assalamualaikum...

MIA: Minah enterframe..


Ingat lagi tak kat minah enterframe ni..? Minah enterframe ni adalah si Utih.. Masuk hari ni, dah lebih seminggu dia hilang.. Just hilang macam tu je.. Missing in action terus.. Nak kata dia mati, takde pulak bangkai dia.. Selalunya kucing kat rumah ni kalau mati, dorang mati kat kawasan rumah jugak..


Yang buat aku ralat, Utih hilang dengan meninggalkan empat ekor anak yang masih lagi kecil.. Punya la melalak anak tu sebab kehausan.. Mulanya aku ingatkan Utih tu belum lagi menyusukan anak dia.. Bila petang tu dorang masih lagi melalak dengan nyaringnya, abang akupun cakap yang dia takde nampak Utih seharian tu.. Mak aku pulak suruh bagi susu tepung kat dorang...




Mujurlah masih ada lagi sekor ibu kucing yang beranak kecil. Maka, akupun ambil la si Popok tu dan letakkan baby kucing tadi untuk menumpang menyusu.. Mulanya si Popok ni menderam jugak, tak suka dengan anak Utih.. Tapi aku paksa jugak dia bagi susu dia tu kat dorang.. Sian Popok kena marah... huhuhu..




Ni semua anak si Utih..


Kalau nak ikutkan si Popok, dia memang tak suka.. Sudahnya, aku letak semua sekali anak dia dengan anak si Utih tu.. Kiranya aku longgokkan dorang setempat la.. Lepas tu diapun dah tak tau mana satu anak dia.. hahaha...




Anak si Popok sendiri ada tiga ekor.. Campur pulak dengan anak si Utih yang empat ekor tu, dah jadi tujuh ekor.. Bayangkan bila tujuh ekor anak kucing berebut-rebut menyusu dengan sekor ibu.. Aduhaii..


p/s: Sekarang ni anak kucing tu tinggal enam ekor.. Sekor dah mati.. Adat la tu..

2 comments:

  1. Contoh yg baik Allah nk tunjukkan...jadilah ibu susuan jika ada lebihan susu...ju nak sgt kak jadi ibu susuan...tp Allah belum lg mengizinkannya...harap suatu hari nanti boleh ikut jejak ibu saudara rasullullah Halimatus saadiah....wanita teragung!

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^