Pages

Sunday, October 5, 2014

Menu aidil adha 2014..

Assalamu'alaikum...

Menu aidil adha 2014..

Salam aidil adha.. Alhamdulillah.. Menu untuk hari pertama raya aidil adha ni dah selamat.. Syukur kerana tiada pembaziran isi makanan yang melampau.. Menunya simple je.. Hanya untuk makan kaum kerabat yang ada dan balik beraya kat rumah ni je.. Antara menunya adalah:


Nasi impit 
Sup tulang 
Sup ayam 
Rendang ayam 
Kerang rebus 
Gulai siput sedut 
Keropok kering - dah habis sebungkus.. Tinggal sebungkus lagi..
Keropok lekor  - dah habis dua bungkus.. Tinggal lagi sebungkus..
Karipap - tinggal lagi 3 bekas untuk bekal adik-adik bawak balik sorang sebekas.. Cara buat kulit karipap ada kat sini dan resepi untuk doh/kulit karipap ada kat sini.. Silalah klik.. hehh..


Esok nak masak apa..? Ada telur itik.. Ada daging.. Ada ikan siakap.. Ada ikan untuk buat kuah laksa.. Tak tau nak masak apa.. Ikut pada mem besar.. Rasanya mungkin masak laksa dan masak lemak cili api telur itik.. Telur itik bukan boleh simpan lama-lama.. Nanti masuk angin.. Dah tak sedap dah nak buat gulai..


Gambar..?? Takde gambar.. Malas pulak nak menyenep (snap).. hahaha.. *habis rosak bahasa.. 


p/s: Syukur Alhamdulillah.. Segala rezeki datang dari Allah.. Moga Allah murahkan rezeki untuk anda juga.. Amiinn.. Walaupun hanya sebungkus roti, ianya tetap rezeki.. Bersyukurlah..

4 comments:

  1. Sedapnya.. rezeki di pagi raya. Salam perkenalan dari mamamyja..

    ReplyDelete
  2. Wahhh meriah sungguh juadah ye...

    #Singgah + Follow... Jom sini pulak http://aienlieyrusli.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Singgah jap. Wow, kelas menu rayamu....kerang rebus & siput sedut. Siap ada kopok keping & lekor lagi. Salam Aidil Adha, ye!

    ReplyDelete
  4. Menyenep? Wah, kelllasss. Saya nak guna juga lah nanti...hehehehe

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^