Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Tuesday, September 30, 2014

Lapan puluh sembilan ringgit.. Tunaiiiiiiii....!!

Assalamu'alaikum...

Lapan puluh sembilan ringgit.. Tunaiiiiiiii....!!


Dah macam apa la pulak tajuk entry kali ni.. haha... Apa yang pasti, ianya takde kaitan dengan majlis akad nikah.. hehh...


Lapan puluh sembilan ringgit tunai tu adalah harga untuk keropok dan barangan kucing aku tu.. Harga semua keropok ni RM89 dan harga barangan kucing tu jugak RM89.. Suratan atau kebetulan..? Kebetulan la tu.. Tak sangka pulak harga barangan kucing tu boleh sama dengan harga keropok yang aku beli online ni.. hehe..




Oh ya.. Keropok ni datangnya dari Terengganu.. Aku beli secara online dari Sharifah Harun. Aku terus je PM dia kat inbox dan tanya details.. Malas nak berbalas kat ruang komen.. RM89 tu sudah termasuk dengan caj pos.. Nak tau lebih lanjut, rajin-rajinlah PM beliau.. Jangan PM aku sebab aku tak tau nak jawab apa..


Keropok ni aku beli untuk dimakan beramai-ramai masa raya haji nanti.. Jadinya, kena frozen-kan dulu la.. Apapun, aku dah goreng lima batang untuk rasa.. Sedap dia punya keropok.. Sos dia lagi sedap.. Satu bungkus keropok tu ada sepuluh batang.. Aku beli tiga bungkus keropok lekor dan sekilo keropok kering.. Satu bungkus keropok lekor harga dia RM15 dan sekilo keropok kering harga dia RM24.. Caj pos tu ikut berat dan lokasi..





Dan kat bawah ni pulak merupakan barangan untuk kucing-kucing aku yang berharga RM89 tadi.. Ada vitamin, ubat cacing, ubat kurap, ubat cirit-birit, ubat kutu dan juga syampoo.. Masa diberitahu harga semua barang ni, tak tertelan jugak la air liur.. hahaha.. Mujurlah bawak duit lebih.. Kalau tak, niaya je.. adehh... Ni semua beli kat klinik veterinar kerajaan.. Tak bawakpun budak-budak bulus tu pergi klinik.. Just beli je benda ni semua sebagai persediaan bila diperlukan..





p/s: Ada masa nanti aku share pulak peraturan nak gunakan semua benda alah kucing tu.. Jika aku rajin la, kan.. hehe...

5 Tukang Tembak:

Siti Rohaida Yusof said...

sedapnya keropok lekor

Diari Sakura said...

bagusnya belikan ubat utk kucing, sharelah jugak nanti k ttg ubat tu.blh zyla tbelikan jugak utk kucing zyla. cuma ubat nak buang malu kucing aje tak ada? hahahaha

Annie De Yantie said...

best nyerr kopok lekor tuuu...
done follow your blog..
kalau sudi singgahlah blog saya...
http://annie7779.blogspot.com

Suhailah Agen Shaklee said...

sedapnya kopok lekor.. sy 1 family mmg gemor kopok lekor.. klu g p.mlm wajib beli.. kdg2 tu sanggup g mersing (klu blk jb) semata2 nk g beli kopok lekor.. nk g ganu jauh sgt.. hehehe..
http://momofprecious.blogspot.com/

Suhailah Agen Shaklee said...

done follow.. harap2 sudi follow sy jugak ye ;)
http://momofprecious.blogspot.com/

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »