Assalamu'alaikum...
Nak simpan apa dalam ni..?
Hari tu lepas je ambil keropok, akupun pergilah ke TF ni.. Kat tempat aku takde Tesco, takde Giant, takde Jusco, takde Mydin, takde Carefour.. Yang ada ni je la si TF ni.. Lagi satu tu Tunas Manja tapi aku selalu masuk TF je.. TF ni stand for Tong Fatt.. Maybe nama owner dia kot..
Aku memang dah lama nak beli storage box yang besar ni tapi bila tengok harga dia, alahai.., tak tertelan air liur dibuatnya.. Sudahnya, cita-cita terpendam begitu sahaja.. Lama dibiarkan terpendam sampai bertahun-tahun pulak tu.. Tapi kali ni, aku kuatkan hati.. Ingat tak nak beli tapi mak aku dah bising dah. Dia kata; "hari tu kato barang banyak, takdo tompek nak simpan.. Ni dah ado ni, boli yoo la.."
Mula-mula nak beli yang besar ni.. Lepas tu, tengok pulak yang saiz kecil sikit. Pastu cakap kat mak; "boli yang kocik yoo la.." Terus orang tua tu pangkah; "boli yang bosa toghuih laa.. Banyak sikit isi ehh.." Dan hatipun berkata; lagi bosa bokeh tu, lagi bosa la duit ehh.. adehh...
Akhirnya, setelah hati berbolak-balik, akupun bulatkan tekad.. Rembat je la haiih yang besar ni.. Tengok harga ada diskaun sikit.. Daripada RM85.90 jadi RM69.90.. Boleh la tu.. Janji ada kurang.. ahahh..
Jika nak diikutkan, aku plan nak buat kabinet kat dinding.. Nak letak barang jahitan aku dan juga novel-novel aku yang dah tak muat dalam almari tu.. Tapi, nak buat kabinet ni mana cukup seribu dua.. Paling-palingpun mau capai lima enam ribu jugak.. Itupun jenis yang simple je.. Mana aku nak cekau bajet.. Tak mampu nak buat kabinet, tu yang beli storage box ni..
Satu storage box ni muat untuk barang yang ada dalam dua buah kotak.. Dan kotak tu aku gunakan untuk isi kain-kain perca aku..
p/s: Tak mampu, buatlah cara tak mampu.. Inipun dah alhamdulillah.. Dapat jugak simpan stok kain untuk projek bookcover aku kat dalam tu..