Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Loading...

Wednesday, October 2, 2013

Cucur manis buatan sendiri..

Assalamualaikum...

Cucur manis buatan sendiri..


Ni cucur manis yang aku buat sendiri.. Bukannya cucur manis dari adabi tu.. Resepi cucur manis ni aku ambil dari kawan kt grup masakan.. Terima kasih Maiza atas perkongsian resepi ini..


Senang je nak buat cucur manis ni.. Sekejap je dah siap.. Daripada membeli, baik la buat sendiri.. Berbaloi-baloi dan sangat menjimatkan.. Budak-budak pasti suka makan cucur manis ni.. :)






Macam-macam pesen cucur manis yang keluar.. Ada yang bulat, ada yang lonjong dan ada jugak yang bertanduk... hahaha... Al-maklum la, tangan aku ni kan tak berseni... kehkehkeh...





Rupa cucur manis ni tak cantik sebab aku tak pandai nak 'mencekut' dengan jari.. Aku just guna sudu je.. Tapi rasanya memang sedap... Kalah cucur manis adabi tu.. Ooppsss...!!!


Nota: Ada kawan bagitau, kalau nak dapatkan cucur manis yang cantik dan lembut, kena bancuh dengan air panas dan gunakan scoop tembikai masa nak masukkan adunan dalam kuali..


p/s: Nak cuba buat..? Boleh tengok resepi kat blog dapo aku yang dah lama tak berasap tu.. hehh....

2 Tukang Tembak:

Ummiarissa Mahdi said...

dulu saya tak pernah makan cucur manis ni,tapi bila kawin orang kelantan,saya kenal cucur manis ni,asal sana ke cucur manis ni?

~ Cik Azz ~ said...

Ummiarissa Mahdi:

Tak tau la cucur manis ni asal dari mana.. Saya mula kenal cucur manis dah lama dah.. kenal dari kakak ipar.. Dia orang Johor..

Resepi ni saya ambil dari kawan tapi tak tau la dia orang mana..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »