Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Nak simpan apa dalam ni..?

Assalamu'alaikum...

Nak simpan apa dalam ni..?


Hari tu lepas je ambil keropok, akupun pergilah ke TF ni.. Kat tempat aku takde Tesco, takde Giant, takde Jusco, takde Mydin, takde Carefour.. Yang ada ni je la si TF ni.. Lagi satu tu Tunas Manja tapi aku selalu masuk TF je.. TF ni stand for Tong Fatt.. Maybe nama owner dia kot.. 


Aku memang dah lama nak beli storage box yang besar ni tapi bila tengok harga dia, alahai.., tak tertelan air liur dibuatnya.. Sudahnya, cita-cita terpendam begitu sahaja.. Lama dibiarkan terpendam sampai bertahun-tahun pulak tu.. Tapi kali ni, aku kuatkan hati.. Ingat tak nak beli tapi mak aku dah bising dah. Dia kata; "hari tu kato barang banyak, takdo tompek nak simpan.. Ni dah ado ni, boli yoo la.."




Mula-mula nak beli yang besar ni.. Lepas tu, tengok pulak yang saiz kecil sikit. Pastu cakap kat mak; "boli yang kocik yoo la.." Terus orang tua tu pangkah; "boli yang bosa toghuih laa.. Banyak sikit isi ehh.." Dan hatipun berkata; lagi bosa bokeh tu, lagi bosa la duit ehh.. adehh...


Akhirnya, setelah hati berbolak-balik, akupun bulatkan tekad.. Rembat je la haiih yang besar ni.. Tengok harga ada diskaun sikit.. Daripada RM85.90 jadi RM69.90.. Boleh la tu.. Janji ada kurang.. ahahh..






Jika nak diikutkan, aku plan nak buat kabinet kat dinding.. Nak letak barang jahitan aku dan juga novel-novel aku yang dah tak muat dalam almari tu.. Tapi, nak buat kabinet ni mana cukup seribu dua.. Paling-palingpun mau capai lima enam ribu jugak.. Itupun jenis yang simple je.. Mana aku nak cekau bajet.. Tak mampu nak buat kabinet, tu yang beli storage box ni..


Satu storage box ni muat untuk barang yang ada dalam dua buah kotak.. Dan kotak tu aku gunakan untuk isi kain-kain perca aku.. 


p/s: Tak mampu, buatlah cara tak mampu.. Inipun dah alhamdulillah.. Dapat jugak simpan stok kain untuk projek bookcover aku kat dalam tu..

Penangan cucur manis.. :D

Assalamu'alaikum...

Penangan cucur manis.. :D


Dalam banyak-banyak entry yang ada kat blog dapo aku, entry pasal cucur manis yang paling tinggi mendapat sambutan.. Tak sangka pulak ramai yang mencari resepi cucur manis ni.. Dah lebih 13 ribu tu.. Kiranya satu pencapaian yang baik untuk blog picisan aku tu.. Apapun, berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi kepada Maiza yang memberi resepi.. 








Harap-harap menjadi la cucur manis yang korang buat.. Resepi apapun, kena rajin try and error la.. Baru boleh dapatkan hasil yang sesuai dengan piawaian selera kita.. 


p/s: Ada masanya aku ni rajin jugak try and error.. Ada ketikanya pulak, bila sekali buat tak menjadi, terus menjunam mood aku.. ahahaha..

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)