Pages

Saturday, April 23, 2016

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.

Assalamu'alaikum.

DIY: Buat sendiri sangkar kucing.


Zaman serba meleset ni, eloklah kita kerahkan otak kita untuk lebih berfikir ke arah yang menjimatkan. Jika boleh, serba serbi nak jimat tapi tu la, kadang-kadang tak terjimat jugak. Ada aje yang tersasar dari bajet. Heh.


Disebabkan nak berjimat inilah, aku reda je lengan dan jari aku luka dan calar balar demi untuk menyiapkan sangkar kucing yang aku buat dari rak pinggan terpakai ni.




Mula-mula tu aku gunakan dawai mata punai yang terpakai je. Tapi lepas tu rasa macam tak cukup je dawai tu. Maka, aku putuskan untuk beli dua meter dawai mata punai yang baru. Semeter harganya adalah RM6. Dawai mata punai yang lama tu aku tetap gunakan jugak. Lepas tu aku beli pulak cable ties empat bungkus. Dua bungkus cable ties saiz kecil dan dua bungkus lagi cable ties saiz besar. Setiap sebungkus ada dalam 100 pieces cable ties tu. 




Dan aku beli juga lima batang kayu penyapu untuk dijadikan sebagai tiang bagi mengukuhkan lagi sangkar kucing aku tu. Semuanya aku ikat dengan cable ties je. Sebatang pakupun aku tak gunakan. Sebatang kayu penyapu tu harga dia RM2.



Ini rupa sangkar yang dah siap. Dah macam tarzan dah si bulus tu. Hehe.


Lepas tu, aku tambah lagi satu tingkat dan aku buatkan tangga untuk naik ke atas tingkat tu. Tingkat tu aku just gunakan tingkat dari peti ais yang dah rosak. Aku gantikan jugak kayu kat bahagian pintu tu dengan kayu lapik katil bujang. Katil tu dah rosak tapi kayu alas katil tu aku simpan. Setiap bahagian yang ada ruang besar, semuanya aku tutup samada dengan dawai mata punai ataupun dengan jaring yang tebal. Kalau tak tutup semua tu, confirm budak-budak bulus tu terlepas keluar.




Lepas dah siap sangkar ni, akupun masukkan la budak-budak bulus ni. Punya la bising mulut dorang sebab kali pertama kena kurung. Malam pertama tu aku susah nak tidur sebab dorang bising. Ibu-ibu dorangpun bising jugak sebab aku tak masukkan ibu dorang dalam sangkar tu. Apabila tiba masa nak menyusu je aku masukkan ibu dorang sekali dalam sangkar tu. Tak pun aku keluarkan budak-budak bulus tu menyusu kat luar sangkar.

















Sekarang ni aku tak kurung dah budak-budak bulus ni dalam sangkar. Lagipun dorang dah besar dan sudah pandai membuang kat dalam tempat berisi pasir tu. Sangkar tu aku biarkan kosong tapi masih lagi kekal di beranda. Sekejap je pun guna sangkar tu. Haha.




Budak-budak bulus ni bukannya tau mana satu ibu dorang. Ibu dorangpun bukannya tau mana satu anak dorang. Masing-masing pakat menyusu je. Yang si ibu pulak pakat bagi je susu dorang. Ahahaha.




Tengok ni. Tiga belas ekor budak bulus menyusu kat dua ekor ibu. Sepatutnya ibu tu tiga ekor. Masing-masing berebut-rebut mengopek. Sabar aje la. Hehe.







Sangkar kucing tu bila-bila masa boleh digunakan. Nanti kalau ada lagi kucing yang beranak, boleh la aku letakkan dorang kat dalam sangkar tu. Ingat nak cat sangkar tu biar nampak cantik sikit tapi malas la pulak. Bajet takde maa.. Heh.


p/s: Tolonglah klik iklan Nuffnang tu. Boleh jugak aku kumpul sikit-sikit buat beli cat. Haha.

Friday, April 22, 2016

Sonang yo buek ehh!

Assalamu'alaikum.

Sonang yo buek ehh!


Nak memasak ni senang je. Pilih je menu yang simple, mudah dan sempoi. Apa yang penting, jangan cerewet macamlah tekak tu tekak orang kaya. Heh.


Ni antara menu aku yang paling sempoi. Dari zaman kerja dulu sampailah sekarang, menu ni la yang aku selalu buat. Walaupun nampak sempoi, tapi ia totap sodap! Ahaha.


Menu aku yang sempoi ni nama dia ikan kembung goreng buncis berkicap. Bantai je la nak letak nama apapun. Hehe. Sonang yo nak buek menu ni.


Mula-mula siang ikan kembung dan bersihkan macam biasa. Lepas tu lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng. Dah masak, masukkan dalam bekas dan ketepikan sekejap. Aku ni peminat tegar ikan kembung. Hehe.





Lepas tu, dengan menggunakan minyak lebihan goreng ikan tadi, tumiskan bahan tumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah. Minyak tu jangan banyak sangat la ya. Apabila dah naik bau, masukkan pula hirisan bawang besar. Kemudian, masukkan dua sudu makan sos tiram. Kacau-kacau la sekejap biar sekata. Lepas tu, masukkan kacang buncis dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan kicap manis dan kicap masin secukup rasa. Masak sampai kacang buncis tu masaklah. Haha. 


Apabila dah siap, curahkan aje sayur buncis tadi ke dalam bekas yang berisi ikan kembung goreng tadi. Dah siap satu menu. Sonang yo buek eh, kan? Kehkehkeh.





Walaupun menu ni ringkas dan sempoi je tapi jika kita malas memasak, tak menjadi jugak. Kiranya aku ni rajin jugak la memasak. Ahahaha.


p/s: Ada sesetengah orang tu, nak siang ikanpun tak reti. Malahan, ada yang geli nak siang ikan tu. Adeh, boleh pengsan aku dengan orang macam ni!

Thursday, April 21, 2016

Note to self.

Assalamu'alaikum.

Note to self.


Stop expecting. Apabila terlalu meletakkan harapan yang tinggi dan apa yang diharapkan itu tidak kesampaian, pasti kita akan rasa kecewa dan berputus harap.

p/s: Kita tidak boleh berhenti dari berharap tapi biarlah apa yang kita harapkan itu betul-betul di dalam lingkungan kemampuan diri kita. Selebihnya adalah keajaiban dari Allah.

Mudah sangat percaya, sebab tu mudah kena tipu.

Assalamu'alaikum.

Mudah sangat percaya, sebab tu mudah kena tipu.


RM0.00 CIMB: Beware of phone scams. Do not share your banking account/card details to unknown callers. Contact us immediately if you received such calls. 


Apa-apa call, baik dari bank ataupun badan berkanun yang lain, tak payah la nak percaya sangat. Kalau nak buat urusan, baik pergi je office dorang. 



Kadang-kadang rasa hairan jugak macam mana la orang yang bijak pandai ada degree botingkek-tingkek ni boleh kena tipu dengan benda-benda macam ni. Asal ada perkataan DUIT je atau perkataan HARGA PROMOSI je, masing-masing laju je percaya. Kalau orang kurang pandai macam aku yang kena tipu, lain cerita la sebab dah memang tak pandai. Ni orang yang bajet pandaipun kena tipu jugak. Apa celup!




Aku kalau dapat panggilan, baik dari bank atau dari TMNet, aku malas nak layan. Cukuplah sekali dulu aku percaya dengan TMNet. Suruh kita ambil  pakej itu ini, kata line laju tapi line macam apa je. 


p/s: Belajar dari pengalaman. Kalau tak nak belajar jugak, itu yang asyik terkena je tu. Ini bukan entri menghasut tapi entri untuk mengingatkan. Jangan kecam saya. Heh.

Tuesday, April 19, 2016

Rasa itu banyak mengajar kita.

Assalamu'alaikum.

Rasa itu banyak mengajar kita.


Kita tak tau niat yang ada dalam hati orang. Samada niat dia ikhlas kerana Allah atau sekadar manis kata di bibir, hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui. Apa yang nyata, niat yang tidak baik itu pasti akan mendapat balasan dari Allah. Tunggu aje la balasan tu datang menjengah. 




Perbetulkan niat kita. 
Jaga hati kita dari berniat kotor.
Mulut kata lain tapi dalam hati kata lain. 
Allah Maha Mengetahui akan segala yang tersembunyi.


p/s: Rasa dalam hati kita itu hanya diri kita dan DIA sahaja yang tahu. 

Thursday, April 14, 2016

Niat tidak menghalalkan cara.

Assalamu'alaikum.

Niat tidak menghalalkan cara.


Betul apa yang dikatakan oleh novelis Emy Raziela ini. Sebab tu kalau aku jahit baju orang, aku tak suka nak buat baju tu fit. Mesti aku loose-kan sikit baju tu. Sebabnya, macam yang novelis ni kata la. Kalau aku jahit ikut bentuk badan dan fit, tak pasal-pasal aku dapat dosa hasil dari jahitan aku sendiri. Dosa sendiripun dah banyak sangat dah. Buat apa la nak tanggung dosa orang lain.  Tapi ada je orang yang tak faham kenapa aku jahit bagi loose sikit baju tu. 





Kadang-kadang kita ni terlupa. Niat kita nak mencari rezeki yang HALAL tapi sebaliknya, rezeki tu jadi tak berkat hanya kerana satu perkara yang kita tidak ambil berat.


Dulu, ada orang suruh aku jahitkan baju gaun bertali halus tapi aku tolak. Aku kata aku tak pandai jahit baju macam tu. Malas nak panjangkan cerita, cakap je tak tau. Habis cerita! Anggap saja bukan rezeki untuk aku.


p/s: Terima kasih untuk penulis kerana berkongsi post ini kepada Public. Biarlah post itu tak dapat banyak komen atau like. Yang penting, isi post itu sendiri sampai kepada umum. Mana yang baik, kita sebarkan.

Wednesday, April 13, 2016

Akhirnya, naik jugak nombor!

Assalamu'alaikum.

Akhirnya, naik jugak nombor!

Pagi tadi aku menghadirkan diri dalam mesyuarat tahunan koperasi kat tempat aku ni. Seperti tahun lepas, cabutan untuk nombor bertuah diadakan sebagai satu selingan. Ye la, asyik bercakap je, boring pulak nanti ahli peserta koperasi semua tu. 




Aku pegang tiga nombor. Lagi dua tu nombor emak dan abang aku. Dorang dah balik awal. Maklum la, mak aku tak berapa sihat.


Masa pusingan pertama tu, aku dah mula rasa memang takde harapan kot nak menang cabutan nombor bertuah ni. Tapi aku buat rilek je la. Bukan tak biasa dengan nombor yang tak naik ni, kan? Hahaha.


Alih-alih, aku dengar nombor aku disebut. 0264! Eh, biar betul! Aku tunjukkan nombor aku kat orang sebelah untuk kepastian. Kot la aku tersilap dengar atau silap pandang. Kang buat malu je pergi kat depan tu. Lepas dah pasti memang nombor aku yang disebut, maka akupun pergilah ambil hamper tu kat depan. Muka ada manyak siyum. Kehkehkeh.


Walaupun isi hamper tu cuma setakat junk food, rasanya ada la dalam RM25-RM30 kot harga dia. Kalau nak harapkan aku beli sendiri junk food ni, memang aku tak beli la sebab aku nak kurangkan makan benda macam ni. Tapi disebabkan dapat free, aku bedal je la makan. Ahahaha.


p/s: Alhamdulillah. Rezeki ni mana kita nak tau bila masa dia nak datang, kan? 

Tuesday, April 12, 2016

Tak salah berkongsi idea.

Assalamu'alaikum.

Tak salah berkongsi idea.


Ingat lagi tak pada entri aku yang ini? Kalau dulu aku gunakan bekas mister potato ni sebagai tabung, kali ini aku gunakannya sebagai tempat untuk menyimpan segala zip yang ada dalam simpanan aku.




Siapa yang bekerja sebagai tukang jahit, pasti mempunyai zip yang banyak dari pelbagai jenis dan warna. Zip ni kalau tak disimpan dengan sempurna, memang jenuh la nak mencari. Habis semua barang kena kirai dan kisai. Akhirnya, kita sendiri yang pening nak kemaskan semula. Ahaha.




Makanya, apa kata kita simpan semua zip kita tu dalam bekas mister potato ni. Selain daripada nampak kemas, ia juga mampu menjimatkan ruang. Kalau ada banyak bekas mister potato ni, bolehlah letak satu warna zip dalam satu bekas. Lagi senang kita nak cari dan ambil sebab zip tidak bercampur dengan warna lain.


Untuk mereka yang selalu travel, boleh juga isikan peralatan menjahit kat dalam bekas ni. Mungkin boleh isikan dengan jarum jahit, benang, gunting kecil, pita pengukur, jarum peniti, kapur kain, penetas benang dan sebagainya. Pastikan penutup tu kita selotep ketat-ketat. Mana la tau masa dalam travel tu ada baju yang terkoyak kat bahagian ketiak ke, boleh la kita jelujur untuk sementara waktu. Takde la nanti nak kena beli baju baru, kan?


Lepas ni jangan buang bekas mister potato ni. Basuh bersih, keringkan dan bolehlah diisikan dengan pelbagai barangan yang bersesuaian. Kita yang buat dia, kan? Ikut suka kita la nak sumbat apa kat dalam tu. Ahaha.


p/s: Selamat mencuba!

Thursday, April 7, 2016

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.

Assalamu'alaikum.

Kali pertama buat sambal hitam Pahang.



Ini merupakan kali pertama aku cuba buat sambal hitam Pahang ni. Biarpun sudah berpuluh tahun menetap dalam negeri Pahang, baru sekarang ada rasa ingin cuba membuat sambal hitam tersebut. Dan aku baru sekali merasa sambal hitam ni. Itupun sekadar cuit di hujung jari sahaja. Entah, masa tu aku rasa macam kurang berminat nak merasainya. 


Akan tetapi, selepas ternampak buah belimbing buluh yang merimbun kat pokok jiran sebelah rumah, terus je aku ambil besen dan dengan muka tak malunya, minta buah ni kat jiran tu. Selama bertahun jadi jiran, ini juga merupakan pertama kali aku minta buah belimbing buluh dia. Heh


Permulaan proses, cuci bersih belimbing buluh. Toskan dan masukkan ke dalam kuali. Aku masukkan dalam kuali besi yang tebal tu. Lepas tu, rebus belimbing buluh tu tanpa air. Nanti lama-lama air belimbing tu akan keluar sendiri. Aku tak letak garam masa merebus. Kali pertama buat, takde la pergi google ke, apa ke. Just ingat cakap-cakap beberapa orang makcik masa bersembang pasal sambal hitam ni dulu.









Sejam yang pertama.


Dua jam kemudian.



Tiga jam berikutnya.


Tiga jam setengah masa yang diperlukan untuk merebus belimbing buluh tadi sampai jadi macam ni.



Okay, sekarang ni beralih kepada bahan untuk tumis pulak.






 Ikan bilis ni aku ramas-ramas je.




 Aku tumbuk sikit belimbing buluh rebus tadi. 



Tumiskan bahan tumbuk, cili padi dan ikan bilis sampai naik bau. Lepas tu, masukkan belimbing buluh rebus tadi dan masaklah sampai kering. 



Beginilah rupanya sambal hitam Pahang yang aku buat. Dia tak kering tapi lembab gitu. Rasanya masam sikit sebab kuantiti belimbing buluh rebus tu melebihi sukatan bahan yang lain.



p/s: Belajar dari pengalaman. Silap sekali, takkan tak nak cuba buat lagi, kan? Mungkin lain kali aku akan buat lagi sambal hitam Pahang ni dengan menggunakan resepi dan cara yang ada kat sini.