Pages

Wednesday, May 31, 2017

Cara nak siang rebung.

Assalamu'alaikum.

Cara nak siang rebung.


Rebung ni adik aku beli masa dia pergi Cameron Highlands masa hari kedua puasa hari tu. Dia beli empat batang. Dua batang besar dan dua batang kecil. Dua batang besar tu, aku suruh dia bawa balik manakala dua batang kecil tu, tinggal kat rumah ni.


Ini merupakan kali pertama aku siang sendiri rebung ni. Selalunya tengok mak aku je yang siang. Sekarang ni mak aku dah uzur, maka akulah yang kena belajar siang sendiri rebung ni. 


Gigih tu pi rakam video. Haha. Video ada goyang sikit la. Maklum la, sebelah tangan pegang handphone dan sebelah tangan lagi dok kelensetkan kulit luar rebung tu. Semua ni atas niat nak berkongsi apa yang aku buat. Kot la lepas ni ada orang lain boleh siang rebung sendiri. Jadinya, takde la buat alasan tak tau nak siang rebung ni. Heh.





Dah selesai buang kulit luar rebung tu, boleh la kikis atau buang pulak lapisan yang berwarna coklat tu. 





Hiris rebung senipis yang boleh. Jangan hiris tebal sangat. Takut nanti keras dan lambat empuk masa kita masak rebung tu.




Okay, dah siap dah. Rendam dalam periuk atau besen. Mak aku kata, tak payah letak garam.




Cara siang rebung ni lebih kurang sama macam cara siang jantung pisang. Kena buang kulit luar tu sampai kepada bahagian yang berwarna putih sahaja.


p/s: Aku ingat nak buat masak lemak cili padi ayam dengan rebung ni untuk menu berbuka puasa petang nanti.

Monday, May 29, 2017

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Assalamu'alaikum.

Menu berbuka puasa hari pertama, kedua dan ketiga.

Hari pertama berbuka puasa, aku masak asam pedas ikan jenahak berencahkan bendi, masak lemak cili padi daging berencahkan pucuk ubi, goreng kangkung dan buat kuih buah melaka. Adik aku beli sotong celup tepung dan tiga jenis air di bazar ramadan.






Hari kedua berbuka puasa pulak, aku buat bubur kacang hijau dan masak lemak cili padi ikan jenahak. Adik aku pulak bakar ikan terubok dan ikan cencaru. Tapi menu berbuka puasa hari kedua ni semuanya takde gambar. Aku tak sempat nak ambil gambar. Sibuk sangat. Letihpun ya jugak. Heh.


Hari ini pulak iaitu hari ketiga berbuka puasa, aku cuma buat sambal ikan kembung dan buat bubur jagung ni sahaja. Adik dan family dia dah balik ke rumah dorang. Makanya, menupun ala kadar sahaja la.




p/s: Alhamdulillah, aku masih lagi mampu untuk masak sendiri di rumah. Moga Allah terus berikan kesihatan yang baik kepada aku, mak aku, kaum keluarga aku, sahabat handai aku, jiran tetangga aku dan kita semua. Aamiin.

Saturday, May 27, 2017

Karipap lagi?

Assalamu'alaikum.

Karipap lagi?

Iya, aku memang buat lagi karipap untuk frozen ni. Saja la buat untuk makan sendiri. Jika ada yang nak beli, aku jual je. Dapat jugak menambah duit poket. 😄😄😄 Tapi orang susah nak beli. Mungkin sebab tak yakin dengan piawaian rasa karipap tu. Tapi jika diberi percuma, mau aje dong! Heh.





Ni resepi inti karipap yang aku olah. Kerja aku ni asyiklah ubah-ubah resepi je. Selagi tak puas hati, selagi tu la dok ubah. Heh.

8 biji kentang - dipotong dadu
1 genggam ikan bilis - dikisar 
1 mangkuk kecil isi ayam yang dipotong kecil
3 labu bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - ditumbuk atau dicincang
4 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan cili kering kisar - masukkan sekali dalam bancuhan serbuk kari
2 tangkai daun kari - dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

1- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
2- Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili kering kisar tadi. Kacau-kacau dan masak hingga pecah minyak. 
3- Lepas tu, masukkan pula ikan bilis dan isi ayam. Kacau sebati. 
4- Kemudian, masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5- Masukkan pula kentang dan tambah lagi air biar sama paras dengan kentang atau lebih sedikit dari paras kentang. Masukkan juga garam kasar.
6- Masak dan kacau selalu supaya inti tak hangit atau melekat pada kuali. 
7- Masak sehingga air kering. Rasa garamnya dan tutup api dapur. Boleh la toskan inti tadi untuk keluarkan minya yang berlebihan.





Ni resepi yang aku gunakan untuk buat kulit karipap ni. Resepi ni olahan aku sendiri. Aku ni kan jenis suka ubah-ubah dia punya sukatan. Bukan apa, tujuannya supaya senang aku nak tau resepi mana yang mudah untuk aku handle.

5 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan minyak masak - panaskan
1 sudu makan marjerin - panaskan
1 3/4 air- tuang sedikit demi sedikit semasa menguli.
1/2 sudu makan marjerin - masukkan masa akhir menguli supaya doh tidak melekat pada jari.

1- Panaskan sekejap minyak masak bersama 1 sudu makan marjerin.
2- Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul sebati.
3- Curahkan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum.
4- Dengan menggunakan sudu, kacau adunan tadi. Apa sudah suam, gaulkan adunan hingga menjadi seperti serbuk roti. 
5- Lepas tu, masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli perlahan-lahan. Jika adunan dah okay dan air masih ada lebihan, biarkan saja air lebihan tadi.
6- Akhir sekali, masukkan 1/2 sudu marjerin dan uli sebati hingga doh tidak melekat pada jari.
7- Buatkan bulat-bulat kecil. Perap lebih kurang 15 minit. Nak perap 30 minitpun takpe. Nanti doh jadi semakin lembut dan senang digelek.





Kali ini, aku masih kelim sendiri kulit karipap ni. Masih lagi terkial-kial mengelim. Kelimnya pulak masih lagi tak cantik. Takpe, belajar perlahan-lahan. Alah bisa, tegal biasa. Kena buat selalu untuk lembutkan jari. Kan?






Ni pula video cara aku kemaskan lagi doh karipap yang kecil-kecil tu. Gigih tu pergi merakam. Jari kanan menggelek doh dan jari kiri merakam. Maka, bergoyang-goyanglah videonya. Haha.





p/s: Alhamdulillah. Dapat 67 biji karipap frozen. Buat sendiri lebih menjimatkan. Betul tak?

Thursday, May 25, 2017

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Assalamu'alaikum.

Buat kuih frozen untuk persediaan berbuka puasa.

Petang semalam, aku rebus kacang hijau ni dan malam tadi, aku gentel untuk dijadikan kuih frozen. Tak sampai setengah kilopun kacang hijau yang aku gunakan. 


Adunan kuih kacang aku kali ni agak lembik. Malas la nak letak banyak tepung gandum. Apabila lembik, memang tak boleh la nak bentukkan terus. Makanya, aku bulat-bulatkan dia dan susun dalam dulang. Nanti masa nak goreng, baru aku leperkan dia kat tapak tangan, lepas tu terus je terbalikkan tapak tangan tadi untuk jatuhkan kuih kacang tu ke dalam bancuhan batter. Lepas tu, terus je angkat kuih kacang tadi dengan menggunakan senduk dan masukkan ke dalam kuali. Tak boleh guna jari masa nak masukkan ke dalam kuali sebab lembik. 




Kali ini, batter dia aku gunakan campuran tepung gandum, gula, garam, serbuk kunyit dan air. Biasanya aku gunakan tepung beras. Kali ni saja la nak ubah sikit resepi tu. Sukatannya? Hentam saja la labuuu...! Haha. Kena sengetkan sedikit bekas berisi batter ni supaya senang nak kaut kuih yang kita masukkan ke dalamnya. 







Sementara tunggu adunan kuih kacang tu sejuk, aku buat pulak inti untuk kuih cucur badak ni. Ini merupakan kali kedua aku buat inti ni. Kali pertama buat dulu, tak sedap. Huhu. Kali ni, okay la sikit rasa dia tapi masih tidak memuaskan hati. Tapi tidak mengapa, nanti cuba buat lagi. Practice makes perfect, right? Resepi? Google aje la. Apa lagi. Haha.




Inti cucur badak ni boleh jugak digunakan untuk buat pulut panggang ataupun buat cencaru sumbat. Nak buat cucur badak, keledek belum beli lagi, makanya kenalah simpan dulu inti ni dalam peti sejuk. 


p/s: Buat sendiri lebih menjimatkan. Nak dengan tak nak je buat.

Monday, May 22, 2017

Mesyuarat apa tu?

Assalamu'alaikum.

Mesyuarat apa tu?


Tak sangka pulak yang korangpun pandai bermesyuarat. Elok pulak tu dia punya susunan. Haha.




Aku tak tau nama sebenar pokok ni tapi aku panggil pokok burung mesyuarat. 


p/s: Jangan pulak mengumpat dalam mesyuarat tu. Heh.

Sunday, May 21, 2017

Dah lama tak merempit!

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak merempit!

Setelah sekian lama menyepi dari dunia rempitan, maka akupun mulalah merempit semula. Itupun secara perlahan-lahan. Merempit untuk siapkan sehelai baju ni je. Heh.







Ini merupakan kali pertama aku jahit baju macam ni, baju yang kena sambung-sambung dengan kain lain. Dan kali pertama jugak aku jahit zip kat hujung lengan baju tu. Sepasang zip sahaja harganya RM7. 







Alhamdulillah, dah siap dah. Cuma belum sembat kat leher tu je lagi. Terima kasih Allah kerana memudahkan perjalanan sepanjang aku merempit. 





p/s: Merempit ni penat. Bertambah penat apabila ada orang pertikaikan upah yang diambil. Kadang-kadang aku rasa malas nak ambil upah jahit baju moden macam ni. Sebab itulah aku suka ambil upah jahit baju kurung biasa tu je.

Saturday, May 20, 2017

Bukan aku punya!

Assalamu'alaikum.

Bukan aku punya!


Iya. Semua ni bukan aku yang punya tapi saja la gatal jari pi ambil gambar dan letak kat dalam blog ni. Suka tengok bunga dia yang mekar dan cantik berseri tu. 


Ni semua kepunyaan jiran depan rumah aku. Jari makcik ni serasi tanam orkid. Elok je menjadi orkid dia. Orkid aku? Hmm je la. Dah malas dah nak cerita. Hahaha.












Geram betul aku tengok warna bunga kat bawah ni. Aku pernah beli anak pokok ni dari makcik ni tapi sampai sekarang pokok aku tu tak pernah berbunga. Dah macam-macam jenis baja dah aku letak tapi dia dok lagu tu jugak. Dia punya bawang punya la besar tapi bunga nan hado. 


 ^
Makcik tu siap tolong pegangkan lagi bunga tu. Dia yang suruh aku ambil gambar ni padahal aku dah balik rumah dah. Hehe.
v


p/s: Tengok pokok bunga orangpun dah rasa seronok. Apatah lagi jika pokok sendiri yang berbunga. Lagilah seronok berganda. Heh.

Friday, May 19, 2017

Sedapnya. Jom menyicah!

Assalamu'alaikum.

Sedapnya. Jom menyicah!


Dah berkurun tak menyicah macam ni. Sekali dapat, alahai, sedapnya. Podehpun podeh la. Haha.




Pokok jambu ni ada di belakang rumah. Banyak buahnya yang gugur ke tanah. Selalunya tak dapat makan sebab buahnya diserang lalat buah dan isi di dalamnya berulat. Kali ni dapatlah merasa setelah sekian lama memendam rasa. Alhamdulillah.





Dah siap potong dah nak makan dengan sambal kicap. Cara nak buat sambal kicap versi aku ada kat sini. 





p/s: Habis jambu air satu bekas tu aku kerjakan sorang-sorang. Sabar je la. Memang dah kemaruk sangat dah tu. Hahaha.

Thursday, May 18, 2017

Sakitnya kena lempang!

Assalamu'alaikum.

Sakitnya kena lempang!


Tengah malam tadi, masa jenguk fb, tetiba ternampak post fasal kes tampar ni. Tak tau kenapa dan tak tau di mana kejadian yang berlaku. Dah siang, barulah aku tau sebab apa. Hmmm je la. Gigih jugak tu dok search. Hahaha.


Disebabkan ternampak post fasal tampar tu, akupun teringat la kat satu kisah yang sudah lama yang aku alami dulu. Beginilah kisahnya.


Masa umur aku sekitar 8-9 tahun dulu, aku pernah kena lempang dengan abang kawan aku yang merupakan jiran kat kampung. Akupun tak tau kenapa dia tiba-tiba je tampar aku. Masa tu kami (aku, adik dia dan kawan yang lain), sedang bermain galah panjang di laman rumahnya.


Meraung aku dibuatnya. Terus berlari balik rumah. Berbirat weii pipi aku. Bayangkan la pipi budak umur macam tu. Lembut lagi pipi tu. Dah la pipi tembam. Memang merah la. Siap nampak kesan lima jari kat pipi aku tu.





Mak aku kejar mamat tu dengan parang. Mak aku siap naik atas rumah mamat tu sebab dia lari masuk dalam rumah. Nasib baik dia menyorok atas peran/loteng. Nasib baik jugak adik mak aku tahan mak aku jangan naik atas loteng tu. Kalau tak, tak tau la apa jadi kat mamat tu. Jangan buat main dengan isteri askar!



Sampai sekarang aku masih tak tau puncanya. Baru-baru ni masa kakak aku balik kampung, dia tanya la kat mamat tu, kenapa dia lempang aku. Mamat tu pun takde jawapan. Dia kata diapun tak tau kenapa dia buat macam tu kat aku.


p/s: Ada orang kena lempang bersebab tapi aku kena lempang sampai la ni tak tau sebab apa. Saja-saja suka lempang? GILA la namanya tu!

Jom tanam salad dan kucai!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam salad dan kucai!


Pagi ni aku cuba semai benih salad dan kucai. Ini merupakan kali pertama aku beli dan semai benih kucai dan kali kedua aku beli dan semai benih salad. Kali pertama semai benih salad dulu satu pokokpun tak hidup. Mungkin benih dah sambang/rosak walaupun gunakan benih dari jenama yang sama iaitu Green World.




Ni la cara aku buat lubang pada bekas yang berasaskan plastik. Aku panaskan mata pengetuk ais tu. Nak guna pakupun boleh. Ikutlah selesa masing-masing.





Aku gunakan bekas kiub ais yang tidak digunakan lagi. Daripada bekas tu buat menyemak dalam almari je, baiklah kita jadikan dia sebagai tapak semaian benih sayur. Haha.







Lagi satu, bekas semaian yang kita beli kat kedai yang warna hitam tu nipis sangat. Plastik dia mudah pecah. Walaupun harganya tidaklah semahal mana tapi jika dah selalu pecah dan asyik nak kena beli yang baru, rasa rugi jugak kat situ. Berbeza dengan bekas kiub ais ni sebab plastiknya tebal dan kuat.





p/s: Mudah-mudahan anak benih salad dan kucai aku ni bercambah dan hidup dengan subur. Tak tau la berapa lama proses pertumbuhan benih ni. Tunggu je la dalam masa sebulan ni.