Pages

Thursday, February 28, 2013

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda sahaja.. :)

Assalamualaikum...

Petua untuk semua, bukan untuk yang muda sahaja.. :)


Tengok WHI dan ada sedikit petua yang diberikan. Lepas tu, tambah sedikit dengan petua yang ada dalam novel dan majalah yang aku baca.. Jika nak mencuba, silakan.. Tak cubapun tak mengapa.. hehh..


1) Selepas bancuh kopi, tunggu sehingga 20 minit, kemudian barulah boleh diambil hampasnya untuk dijadikan scrub badan.. Hampas kopi juga boleh melembutkan tapak tangan.. Amalkan selalu..


2) Ambil timun, kisar dan kemudian campurkan dengan garam. Selepas itu lumurkan di badan yang ada parut ataupun bekas jerawat..


3) Ambil perahan air lemon, campurkan dengan sedikit madu lebah dan putih telur, kemudian sapukan di serata wajah sebagai mask.. Biarkan kering beberapa minit dan bilas. Lakukan dua kali seminggu.. (Kalau takde lemon, boleh gunakan perahan air buah limau purut)..


4) Kisar timun dan carrot, tapis, ambil airnya dan minum. Jika tak boleh nak telan, boleh tambahkan sedikit susu pekat.. Sesuai untuk menyejuk dan melangsingkan badan.. (Kalau perut tak tahan, memang akan menulet aje laa.. hahaha...)


5) Ambil satu sudu teh susu pekat manis, bancuh dengan sedikir air suam dan sapukan di serata wajah untuk melembutkan kulit wajah.. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih. (Pastikan tak kena gigit dengan semut... hehehe.. Aku pernah buat ni.. Lepas cuci, muka rasa macam gebus je.. Tapi tu la, aku ni agak malas nak belek-belek muka ni.. hehh...)


Tak payah la nak pakai krim pemutih wajah segala tu.. Buat rosak muka je.. Bila muka dah rosak, lagi susah nak rawat.. huhuhu... Biar muka nampak buruk asalkan asli daripada muka nampak cantik tapi surgeri.. ehehh.. Tapi kalau muka tu memang bermasalah seperti jerawat batu yang teruk dan bernanah, eloklah pilih krim yang bersesuaian dengan kulit muka...


p/s: Aku nak tepek bedak kat mukapun malas.. Kadang-kadang je tepek tapi tak lama lepas tu cuci balik.. Tak selesa, rasa kesat semacam je muka.. huhuhu..

Wednesday, February 27, 2013

Gotong-royong perdana...

Assalamualaikum...

Gotong-royong perdana...


Pagi ini seawal pukul lapan pagi, dah mula bergerak keluar dari rumah. Lepas tu mulalah berjalan perlahan-lahan, beriringan dengan ahli kumpulan sambil mengaut, menyapu dan mengangkut sampah sarap yang ada di sepanjang jalan utama..




Memandangkan kampung kami ini terbahagi kepada dua bahagian, maka, sessi gotong-royongpun dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Bila ramai-ramai buat kerja, maka cepatlah siapnya, kan.. Mulut jalan, tangan dan kakipun ikut berjalan sama. Yang lambat siap ni kalau mulut je jalan tapi kaki dan tangan duduk situ jugak, tak gerak-gerak.. hehe..


Boss ambil gambar kita, kitapun boleh jugak ambil gambar boss.. hahaha...


Cantik pulak pokok ni.. hehe..


Kumpulan belah sini dah hampir siap dah.. Kumpulan belah sana belum siap lagi...


Ni siapa nak kaut ni... Bersepah-sepah kat tepi jalan tu... huhuhu....


Caya la kak... hehe..


Bukti bahawa zaman sahaja dah maju tapi sikap manusia masih lagi di tahap bawah tapak kaki..


p/s: Lepas gotong-royong, disajikan dengan sedikit jamuan ringan untuk mengalas perut.. Alhamdulillah.. Yang penting dapat jumpa ramai orang walaupun sekadar berbalas senyum sahaja... 

Tuesday, February 26, 2013

Cerita budak-budak...

Assalamualaikum...

Cerita budak-budak...


Kadang-kadang aku lebih rela baca novel yang bertemakan kawen paksa walaupun tema sebegitu sangatlah klise.. Pada aku, tak mengapa asalkan cara garapan, olahan dan susun atur ayat dalam novel itu berlainan dan kena dengan jiwa aku.. Cerita sebegini, walaupun nampak macam serabai dan tidak relevan, namun masih ada sedikit pengajaran yang boleh dikutip.. 


Tapi bila masuk bab cerita budak-budak yang kena tangkap basah dalam usia yang masih terlalu muda, lelaki dan perempuan mempunyai usia yang sama, masih belasan tahun, menjadikan aku sedikit kecewa. Apatah lagi bila baca bab kredit enpon pun mak bapak yang tolong topapkan, secara tak sengaja aku mengeluh semasa mambaca novel tersebut..


Kawen muda tapi masing-masing tidak bekerja. Semuanya mak bapak yang tanggung. Lepas tu dapat anak dan sambung belajar. Mak bapak jugak yang jaga anak tu dan tanggung lagi semuanya.. Kalau dalam novelpun aku tak berkenan, apatah lagi dalam realiti.. 


Entahlah, pada aku, cerita sebegini tidak wajar dijadikan sebuah kisah dalam novel.. Kecualilah jika si lelaki itu usianya lebih tua dari si perempuan tadi dan lelaki itu sudah ada kerja.. Tak kisah la kerja apapun, hatta jadi tukang kebun sekalipun, janji dia bekerja.. Sekurang-kurangnya ada terlihat sedikit kematangan dan sifat tanggungjawab lelaki tadi walaupun tidak digambarkan secara terperinci..


p/s: Macam takde input je baca novel macam ni walaupun happy ending... Hmmm... 

Monday, February 25, 2013

Cara buat kuih kole kacang dan resepinya..

Assalamualaikum...

Cara buat kuih kole kacang dan resepinya.. 


Tengok sahaja video ni sampai habis..
Kali ni agak malas sikit nak menyalin resepi..
Huhuhu....



Seperti biasa, gunakan speaker kuasa kuda jika tak dengar.. 



p/s: Aku tak suka kuih kole kacang ni.. Siapa yang suka, boleh la mencuba.. :)

Saturday, February 23, 2013

Don't care and don't forget...

Assalamualaikum...

Don't care and don't forget...


Don't care...



and......


Don't forget...


p/s: Dalam apa jua tindakan samada baik ataupun buruk, perlu diingat bahawa kita masih punya 'sesuatu' di sekeliling kita.. 'Sesuatu' itu yang perlu kita jaga samada suka ataupun tidak.. :)

Friday, February 22, 2013

Ustaz Kazim Elias: Pintu Ke Syurga...

Assalamualaikum...

Ustaz Kazim Elias: Pintu Ke Syurga...

Sedikit sedutan video daripada rancangan Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 malam tadi..



Pergi kenduri kawen jangan dok mengata pengantin... :)


p/s: Nak masuk tandaspun kena bayar, kena ada tiket.. Apa tah lagi nak masuk ke tempat penuh nikmat, masuk ke syurga.. Lagi la banyak tiket yang diperlukan..

Thursday, February 21, 2013

Santau gemuk... huhuhu...

Assalamualaikum...

Santau gemuk... huhuhu...


Untuk menghalang diri dari terkena santau angin, bolehlah diamalkan membaca sepotong ayat daripada surah Al-Araf iaitu ayat 17:

مَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ۖ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ 

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."

Sedikit sedutan daripada rancangan Wanita Hari Ini yang bersiaran tengahari tadi.. Kalau tak berapa nak dengar, silalah gunakan speaker kuasa kuda... huhuhu...





p/s: Janganlah amalkan santau-santau ni.. Berdosa tau.. huhuhu....

Wednesday, February 20, 2013

Kepok Ganu...

Assalamualaikum...

Kepok Ganu...


Keropok atau kepok ni mak kirim kat kawan kakak ipar aku.. Masa cuti raya cina hari tu, orang tu balik kampung dia kat Terengganu. Tu yang mak aku kirim tu.. Mak aku cakap, beli dalam bajet seratus ringgit...




Kat rumah aku ni selalunya memang ada stok samada keropok kering ataupun kerepek belinjau. Keropok ni bukannya untuk orang yang datang bertandang ke rumah, tapi keropok ni adalah untuk dijadikan kudapan bila kaum-kerabat aku balik sini. Dorangkan jenis berjaga sampai pagi. Kadang-kadang takde apa nak digigit. Tu yang mak aku beli keropok ni.. Sediakan aje la sos cili sebab anak-anak buah aku memang hantu sos cili ni. Tak lengkap makan keropok ni kalau takde sos cili tu..




Kadang-kadang mak aku ada jugak kirim keropok kat jiran Kelantan tapi ada beberapa kali tu, keropoknya bila dimakan, lidah dan tekak jadi gatal-gatal. Tak tau la kenapa. Sejak hari tu, mak aku jarang dah nak kirim beli keropok dari sana. Kirim je dengan orang Ganu tadi. Ikut pandai dia la nak pilih jenis macam mana. Lagipun dia memang dah biasa membeli keropok ni. Dah semestinya dia tau nak pilih yang mana elok, kan..


Aku suka jugak makan keropok ni.. Kalau sebelum ni makan keropok ni macam tu je. Tapi masa zaman aku bekerja dulu, aku tinggal serumah dengan orang-orang pantai timur dan dari situlah aku dah pandai jadikan keropok ni sebagai lauk.. Sedap wehh makan nasi berlaukkan keropok goreng dengan telur mata kerbau + kicap masin.. Perrgghhh...!!!


p/s: Kenapa ada keropok yang gatal bila dimakan ehh... Dan macam mana nak pilih keropok tu masa membeli..? 

Tuesday, February 19, 2013

Rezeki di pagi hari... :)

Assalamualaikum...

Rezeki di pagi hari... :)


Alhamdulillah...
Pagi-pagi dah ada jiran datang rumah bagi ikan apa entah dengan sayur apa entah.. Jiran tu kata dia tak pandai makan ikan tu.. Sebab tu dia bagi kat mak aku.. Ikan tu anak dia dapat masa memancing.. Sayur tu pulak dia tanam sendiri kat rumah dia..


Ikan tu aku tengok macam ikan lais je tapi tak tau la betul ke tak. Aku ni pun bukannya boleh percaya sangat, bukannya kenal sangat ikan-ikan ni.. hehe.. Sayur tu pun aku tak tau apa nama dia.. Kalau kangkung tu aku tau la.. kehkehkeh....


Ikan tu nampak ekor je.. Malas nak buka plastik punya pasal.. hehh..


p/s: Rezeki jangan ditolak, ya tak..? Moga rezeki jiran tadi makin bertambah.. Amin3...

**Oh ya, aku dah tanya mak aku nama ikan tu.. Mak aku kata, ikan tu ikan belida... Aku ingatkan ikan lais.. hikk...

Monday, February 18, 2013

Cintaku Luruh Di Oxford...

Assalamualaikum...

Cintaku Luruh Di Oxford...

Sejujurnya aku tidak pernah membaca novel karya Noor Suraya dan Imaen ini.. Malahan aku tak taupun bahawa mereka merupakan pasangan suami isteri.. Aku ingatkan Imaen tu seorang perempuan berdasarkan namanya yang suwit-suwit gitu.. hehehe...

Tapi masa kat rumah kakak, aku ada jugak nampak beberapa buah novel karya pasangan ini sebab anak buah aku memang peminat setia karya mereka berdua.. Aku je yang ketinggalan.. ehehh.. Namun, tidak la aku rasa nak membelek semua novel yang ada tu..

Jadi, masa PB1M hari tu, akupun beli la beberapa buah novel karya Noor Suraya ni termasuklah novel Cintaku Luruh Di Oxford atau CLDO ni.. Dan aku baru je selesai membacanya.. Pendapat aku, novel ni bagus sebab penceritaannya sangat terperinci.. Cuma, perlu diingat bahawa jika anda jenis pembaca yang tidak suka nak baca kisah tentang satu-satu sejarah tu, mungkin CLDO ini bukan pilihan yang tepat..

Namun, jika anda peminat filem Lord Of The Rings dan yang seangkatan dengannya, boleh la baca CLDO ni sebab ada diselitkan tentang tempat penggambaran filem itu dan secara tak langsung, anda boleh bayangkan bagaimana suasana tempat itu.. Juga diceritakan tentang kehebatan Rumah Shakespeare yang sering menjadi tumpuan pelancong..

CLDO berkisar tentang kisah seorang gadis yang bernama Zuha Zaid Salim yang mendapat peluang belajar di Lady Margaret Hall College atau dikenali dengan University Oxford dalam jurusan English Language & Literature. Zuha merupakan seorang anak ahli politik yang kemudiannya terpaksa menamatkan pelajarannya kerana ayahnya ditahan atas dasar menentang kerajaan..


Novel terbitan Adiwarna ini setebal 738 muka surat dan harga pasaran di Semenanjung adalah RM34...


Dalam masa yang sama, Zuha memendam perasaan sukakan seorang pelajar jurusan Ekonomi & Pentadbiran dari universiti yang sama iaitu Muhammad Falah bin Ahmad Nordin.. Tanpa mereka berdua sedari, sebenarnya mereka berdua saling tertarik antara satu sama lain. Atas kerana sifat malu untuk meluahkan perasaan, akhirnya hubungan mereka terputus begitu sahaja..


"Baru lepas. Mak masak sambal tumis udang. Sedap. Jamuan kau nanti boleh ke lawan sambal tumis udang mak. Tapi dah orang jamu tu, kau makan banyak-banyak ya. Anak kau kirim salam. Babai." - Damina


Zuha pulang ke Malaysia tanpa berpeluang untuk meluahkan isi hati kepada Falah. Dan Falah pula kecewa bila tiga kali ternampak Zuha bersama dengan seorang lelaki kacak lantas mengambil keputusan untuk menjauhi Zuha... Falah fikir Zuha sudah berkahwin dengan lelaki tersebut manakala Zuha pula fikir Falah sukakan Damina kerana mereka berdua dilihat sering menghabiskan masa bersama malah Falah juga kenal seisi keluarga Damina.. Itu menguatkan lagi andaian Zuha yang Falah memang ditakdirkan untuk jadi milik Damina.. Kesian Zuha.. Memendam rasa cinta seorang diri.. huhuhu...


"Mak, Falah ni sibuk dengan kerja. Falah tak ada siapa-siapa. Jadi kalau emak nak tolong cari untuk Falah pun..., kalau emak dah berkenan, Falah ikut saja.." - Falah


Kehadiran Wassim, Damina, Nik Mabel, Abang Syukri, dan lain-lain watak berjaya mengembangkan lagi cerita dalam CLDO ini. Masing-masing ada peranan masing-masing. Damina yang sukakan Falah, akhirnya kecewa bila Falah sekadar menganggapnya hanya sebagai kawan biasa. Wassim yang diamanahkan menjadi penjaga Zuha tiba-tiba jatuh hati pada gadis yang muda separuh daripada umurnya. Nik Mabel yang bercita-cita ingin menjadi penulis novel juga banyak peranannya dalam menyatukan hubungan Falah dan Zuha..


"Dia yang saya tunggu selama ini, sudah beristeri..!" - Zuha


Bagaimanakah kesudahan kisah CLDO ini..? Berjayakah Wassim menjadikan Zuha sebagai isterinya..? Berjayakah Damina menjadikan Falah sebagai suaminya..? Adakah Zuha masih menaruh harapan terhadap Falah..? Bagaimana pula dengan Falah yang sering mengejar Zuha yang selalu melarikan diri daripadanya..? Seperti biasa, nak tau, kena la beli dan baca sendiri.. muahahaha... Oh ya, novel ni dibahagikan kepada tiga bahagian..


p/s: Nak baca novel macam ni, yang banyak penceritaan di dalamnya memang memerlukan mood yang betul-betul baik.. Kalau tidak, memang baca separuh jalan je la.. Rasanya aku dah mulai sukakan karya Noor Suraya ni.. :)

Saturday, February 16, 2013

Ibu, bapa, datuk dan nenek...

Assalamualaikum....


Ibu, bapa, datuk dan nenek...


Nasib baik la aku ni bukannya seorang cikgu..
Nasib baik la ini bukan kerja anak-anak buah aku..
Kalau tak, mau aku pitam sepuloh saat...


Tapi................................
Kalau........................
Aku.....................
Nak...............
Gelak........
Boleh...
Tak?


Hehehehe....


Apa kata ibu, bapa, datuk dan nenek semua pasal ni..???





p/s: Hahahahahaha... adoyaiii... Sabo je la ya cikgu semua.. Jangan dimarah budak-budak itu.. Senyum sokmolah.. adehh..

Rezeki jangan ditolak.. :)

Assalamualaikum....

Rezeki jangan ditolak.. :)


Alhamdulillah, petang tadi dapat cek dari Nuffnang.
Terima kasih banyak-banyak sebab baik hati bagi aku cek ni.. 
Suka kita, tau... hehh...


Rezeki jangan ditolak, kan... hehehe..
Takde la banyak manapun aku dapat ni..
Tak sampaipun 55 hengget.. 
Jadi la, dapat gak aku simpan untuk beli novel lagi.. hehe..


Terima kasih pada semua readers yang masuk blog entah apa-apa aku ni..
Terima kasih sebab klik iklan yang keluar tu..
Terima kasih banyak-banyak ya..
Mudah-mudahan rezeki anda akan tiba juga nanti..
Amin..




Selain daripada cek ni, dapat jugak pesanan novel yang aku beli online dengan Karangkraf.. Novel ni memang dah lama aku cari sejak aku mula membaca TBK hari tu... Masih ada lagi satu novel untuk aku lengkapkan koleksi Dhiya Zafira ni.. Lepas ni baru nak cari.. Sekarang ni tengah sengkek... huhu...




p/s: Terima kasih sekali lagi pada semua.. :)

Friday, February 15, 2013

Nothing left to say...

Assalamualaikum...

Nothing left to say...


Dalam kebaikan, pasti ada keburukan..
Banyak manapun kebaikan yang kita buat, keburukan juga yang disebut-sebut berulang-kali..


So, nak kata apa lagi...?


Nak marah..?
Takde faedahnya..


Nak menangis..?
Takde gunanya...


Nak lari?
Bodoh namanya...


Nak menentang?
Ada risikonya...
Sanggup?
Teruskan...
Tak sanggup?
Lupakan...


Nak tak nak, pasrah aje la...
Teruskan berbuat baik walaupun ramai yang buruk sangka...


p/s: Hanya mampu sebut huruf h dan m sahaja... Hmmmmmmmmmmm.... 

Thursday, February 14, 2013

Sebuah rentetan: Tertulis Buat Kita..

Assalamualaikum...

Sebuah rentetan: Tertulis Buat Kita..


Sebuah rentetan:

Pertama kali aku tau akan kewujudan novel Tertulis Buat Kita (TBK) ni adalah hasil daripada sembang-sembang kat satu-satunya grup yang aku lepak sekarang ni iaitu grup Saya Minat Novel (SMN) tu. 


Borak punya borak, maka lahirlah satu pertanyaan.. Aku tanya dorang, takde ke novel yang berkisarkan tentang anggota tentera.. Ya la, dah aku ni anak bekas tentera, nak la jugak baca novel berkaitan dengan anggota keselamatan ni.. Mungkin ada yang akan kata, baca aje la kisah sejarah Leftenan Adnan dan yang lainnya.. Yang itu masa sekolah dah baca.. :)


Lepas tu, ramai pulak yang bagi respon atas pertanyaan aku tu.. Terima kasih yang teramat sangat kat geng yang banyak membantu.. Dorang dah baca novel TBK ni dan dorang kata citer ni best.. Bila dengar macam tu, terus naik keterujaan aku untuk memilikinya.. Tanya punya tanya, takde pulak yang nak jual novel second hand. Ada jugak yang telah menjualnya.. Aduh, kecewa betul masa tu.. Selagi tak dapat, selagi tu hati tak tenteram... ahahh...


Sebuah karya yang menarik daripada Dhiya Zafira..


Atas usaha beberapa orang geng kat SMN tu, dipanjangkan kisah aku yang nak mencari novel ni. Akhirnya ada jugak seorang kawan yang memang nak jual novel TBK ni.. Akupun apa lagi, laju je beri kata putus dan seterusnya novel TBK ini menjadi milik aku.. Terima kasih atas usaha semua geng SMN yang tidak lokek berkongsi info..


Tertulis Buat Kita:

Novel TBK ini mengisahkan tentang seorang anggota komando iaitu Mejar Najmi Hariri (Jimmy) yang ditugaskan untuk menyiasat serta menumpaskan satu sindiket yang beroperasi di utara tanah air yang seterusnya membawa Jimmy ke Langkawi. Bermacam-macam kejadian yang berlaku dalam hidup Jimmy sebelum dia diberikan tugas itu.. Antaranya, dia telah disiksa sehingga ingatannya hilang serta tubuh badannya berparut akibat disebat.


"Kalau boleh melegakan perasaan..., kalau boleh meluputkan semua dendam..., buatlah. Jangan ragu-ragu. Ingat apa yang abang pernah cakap..., dalam situasi macam ni, kalau kita teragak-agak, kita yang akan jadi mangsanya..." - Jimmy


Dalam masa yang sama, Jimmy telah bertemu dengan seorang gadis iaitu Auni Sofina yang amat bencikan tentera. Auni menyalahkan pasukan tentera di atas kematian abangnya. Kehadiran Jimmy ke Langkawi mengingatkan Auni kepada arwah abangnya itu dan Auni mula berdendam dengan Jimmy.. 


"Orang tahu dia tak akan kembali. Tapi orang masih tak nak terima kenyataan tu lagi.." - Auni


Berjayakah Jimmy dalam menjalankan misinya? Apakah Auni akan terus mendendami dan membenci Jimmy serta pasukan tentera? Benarkah Jimmy tidak akan kembali seperti apa yang Auni katakan..? Apa sebenarnya yang berlaku kepada abang Auni hingga mencetuskan kebencian yang teramat kuat terhadap Auni..? Sindiket apakah yang disiasat oleh Jimmy..?


Bagaimanakah kesudahan kisah TBK ini..? Segala-galanya akan terungkai jika anda baca kisah ini sehingga ke noktah yang terakhir.. Maaf la ya, aku tak boleh nak cerita sampai habis.. Kang takde pulak orang nak beli novel ni sebab masing-masing dah tahu jalan cerita.. Apa yang boleh aku katakan, cerita TBK ni memang best. Sentiasa ada debaran yang menanti di setiap muka surat hinggakan tak sabar nak tahu apa kesudahan cerita ini.. 


Kebanyakan novel karya Dhiya Zafira adalah berkisar tentang romantis thriller... 


Lepas baca novel TBK ni, terus aku berminat nak cari dan kumpulkan hasil karya Dhiya Zafira yang lain. Setakat ini aku dah baca tiga buah novel beliau iaitu TBK ini sendiri, Hati Bergetar Rindu dan Rindu Untuk Dia. Aku akan terus berusaha untuk mendapatkan lagi tiga buah novel beliau iaitu Jauh Kau Pergi, Kudamba Bahagia dan Rindu Itu Belum Berhenti..


p/s: Ada masanya rasa bosan jugak jika membaca novel yang berkisarkan tentang kisah anak orang kaya yang mempunyai lebih daripada sebuah kereta mewah, yang kaya melaut atau yang kacak sampai si heroin terkedu melihat kekacakannya.. Itu yang cuba nak tukar genre novel tu.. hehh...


Wednesday, February 13, 2013

Takde kerja cari kerja... ehehh...

Assalamualaikum...

Takde kerja cari kerja... ehehh...


Tak tau dari mana datangnya.. 
Tak tau siapapun dia.. 
Tiba-tiba je open table.. 
Panggil geng senada seirama dengannya... 


Hanya kerana baca satu dua cerita di blog...
Hanya disebabkan membaca dan berbalas dua tiga komen di fesbuk...
Hanya sekali sekala bertegur sapa di twitter...
Dah boleh buat persidangan meja bulat...!!!
Dah boleh ambil alih jawatan hakim kat mahkamah dunia..?


Hebatnya...!
Sungguh-sungguh hebat..!!
Lebih hebat dari gegaran tsunami...
Ehehhh...


Hoiii.....!!
Daripada kau bersidang tanpa faedah tu, ada baiknya kau tidur...
Muahahaha..


Ataupun..
Mehh la ajar aku macam mana nak gunakan microsoft word...
Jenuh aku dok terkial-kial...
Huhuhu....


Sometimes if you’re really wasting time you should be distracted. It’s a much better use of time to help someone else with their problem than it is to sit and read the news - Aaron Swartz 


p/s: Kalau kau tak buat persidangan meja bulat tu, baik kau duduk diam-diam which is mean, takde kena-mengena dengan kau... Kalau kau memekak, memang sah la kau rasa tercuit... hehhh...

**Ada masanya bosan jugak bila jadi 'terlalu' baik ni.. Sekali sekala nak jugak 'menyerang'... Apa kau rasa..? Rasa oren atau rasa nak muntah hijau..? Hehh...*Tulisan kaler merah bukan bermaksud aku marah... Aku gelak je... Sukahati kau la nak buat apapun... 
.

`♥` Do You Know Where You Going To ‎`♥`

Assalamualaikum...

`♥` Do You Know Where You Going To ‎`♥`


Do you know where you going to...
Do you like the things that life is showing you...
Where are you going to...
Do you know...


Do you get what you're hoping for...
When you look behind you there's no open doors...
What are you hoping for...
Do you know...


Once we were standing still in time...
Chasing the fantasies that filled our minds...
You knew how I love you but my spirit was free...
Laughin' at the questions that you once ask of me...


Do you know where you going to...
Do you like the things that life is showing you...
Where are you going to...
Do you know...


Now, looking back at all we've planned...
We let so many dreams just slip through our hands...
Why must we wait so long...
Before we'll see...
How sad the answers to those questions can be...


Do you know where you going to...
Do you like the things that life is showing you...
Where are you going to...
Do you know...


Do you get what you're hoping for...
When you look behind you there's no open doors...
What are you hoping for...
Do you know...

  ~ by Diana Ross ~




p/s: .Kadang-kadang kita rasa kita tau apa yang sedang kita lakukan tapi pada hakikatnya kita tak tau apa-apapun.. huhuhu....

Tuesday, February 12, 2013

Cendol singgit...

Assalamualaikum...

Cendol singgit...


Pada sesiapa yang suka minum cendol, boleh la cuba singgah kat gerai(?) cendol yang terletak berhadapan dengan masjid Bentong ni.. Cendol ni murah je.. Satu bekas plastik tu harga dia cuma singgit je.. Dah la sedap, murah pulak tu. So, apa lagi.. Cepat-cepat la serbu hoiii... hehehe..

Banyak jenis minuman yang dijual kat gerai tu tapi kalau aku singgah, selalunya aku beli cendol je.. Selalunya aku beli dua bekas untuk aku sorang je.. Mana cukup satu bekas je... ehehh.. Ada jugak dijual keropok lekor yang baru digoreng.. Satu kombinasi yang baik tu.. Cendol yang sejuk nyaman dipadankan dengan keropok lekor panas.. Pergghhh...!!! Terangkat kening okay.. Kalah kening akak Ziana Zain kita tu.. ehehhh...




Lokasi gerai cendol ni senang je nak cari.. Dari Kuala Lumpur, masuk bandar Bentong.. Nampak Hospital Bentong, diikuti dengan Dataran Bentong dan gerai ni betul-betul berhadapan dengan dataran tu.. Kalau dari arah Raub lagi la senang nak nampak.. Tak payah cakap la haiihh... hehe... 


Kiranya kalau nak rehat lama sikit, nak regang-regangkan urat setelah memandu lama dalam perjalanan,  boleh la lepak sekejap kat dataran tu.. Tapi jangan lupa, segala sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah ya.. Jangan kotorkan bandar Bentong ni.. Dah kenyang, boleh la tunaikan kewajipan kat masjid di atas bukit tu.. Amin.. :)


p/s: Sekian entry jalan-jalan cari makan untuk kali ini.. Jumpa lagi di lain masa dalam segmen yang sama... Wahahaha... ngokngek je... 

Monday, February 11, 2013

'Manusia pengacau...'

Assalamualaikum...

'Manusia pengacau...'


Walaupun perit, namun 'terpaksa' juga terima dengan redha... Moga terus bertahan dengan kesabaran serta ketabahan.. 


Dah tak tau nak kata apa... Hanya mengharapkan agar ada keajaiban yang berlaku.. Moga Allah perkenankan segala doa dari insan yang teraniaya..


Wahai perempuan, walau siapapun engkau, tolonglah pergi dari kehidupan kami.. Kehadiran engkau telah menghancurkan keharmonian keluarga kami.. Sinar keceriaan semakin jauh pergi.. Gembirakah engkau di atas kehancuran hati kami..? 


Alangkah amannya dunia ini jika tiada 'manusia pengacau' seperti engkau.. 


Maafkan aku atas kelancangan ini... Aku sudah tidak punya kesabaran lagi... Doaku, agar aku tidak menjadi 'manusia pengacau' seperti engkau kerana aku tidak punya kekuatan untuk 'menebalkan wajah'...


p/s:  جهنم 

Sunday, February 10, 2013

Hati...

Assalamualaikum...

Hati...


Hati manusia bukannya seperti biji buah gajus yang terletak di luar.  Jika hati manusia seperti itu, alangkah mudahnya untuk kita mengetahui yang mana elok dan yang mana busuk. Dan selepas itu bolehlah membuat pemilihan...




p/s: Tak perlu nak rasa sakit hati kepada orang lain.. Bukannya dapat apa-apapun.. Dapat stress je.. hehh...

Saturday, February 9, 2013

Aduhai...!! Kejam sungguh anai-anai ni.. huhuhu...

Assalamualaikum...

Aduhai...!! Kejam sungguh anai-anai ni.. huhuhu...


Aku plan nak ubah-suai, tukar-tukar kedudukan barang kat bilik jahit aku ni.. Aku ingat nak letakkan satu almari untuk aku simpan novel aku kat dalam almari tu.. Actually, almari tu merupakan almari baju kepunyaan arwah abah aku masa dia dalam tentera dulu.. Mak aku cakap, almari tu arwah abah aku beli sebelum dia bersara... Agak-agaknya berapa umur almari ni ehh.... haha...




Sebelum tu, kenalah alihkan kotak yang berada kat sudut bilik ni.. Mula-mula angkat kotak yang atas sekali.. Lepas tu, mula la tarik kotak yang bawah tu.. Baru je tarik, terus mata aku buntang tengok sarang anai-anai berserta penghuninya sekali... Mongombik tekau...!!! Ya Allah, terkejut sungguh aku menengoknya.. Mujur tak pitam... Memang aku tak sangka sungguh ada anai-anak kat kawasan tu... huhuhu




Mujurlah aku masih simpan stok serbuk racun serangga yang biasa aku gunakan untuk hapuskan anai-anai ni.. Aku pernah letakkan serbun racun ni kat batang pokok mangga aku yang penuh dengan sarang anai-anai dan hasilnya, anai-anai tu mati.. Tapi sebelum tu, kena la kopak/umpil kulit kayu kat batang pokok tu dulu, lepas tu baru taburkan serbuk racun tadi.. Malangnnya, sampul racun ni aku dah buang.. Kalau tak, boleh gak aku kongsikan gambarnya kat sini..


Kotak berisi kain perca... Nasib baik bukan kotak berisi pad herba Avail... hahaha...


Sebelum ni, memang ada serangan anai-anai kat dinding yang sebelah pintu bilik ni.. Dah aku letak serbuk racun tu.. Papan yang kat bawah tu pun ada yang terpaksa dibuang sebab dah rosak.. Kalau ikutkan, memang aku tak berapa suka nak letak papan kat dinding tu tapi nak buat macam mana, benda dah siap.. Bising-bisingpun tak guna, kan...


Buat listing takut hilang ataupun terbeli dua kali.. Yang kat luar almari tu novel pending... 


Sekarang ni dah macam malas pulak nak gantikan papan tu dengan marmar.. Leceh, banyak barang nak kena alih... Mana nak cekau bajet lagi... hehh... So, sebagai langkah berjaga-jaga, taburkan aje la serbuk racun ni... huhuhu...


Yang sebelah kanan dah siap listing.. Yang sebelah kiri belum lagi.. Jari dah lenguh menulis... huhu... Yang bawah kanan, pending... Ada ruang lagi untuk menyumbat... Mudah-mudahan ada rezeki.. Ada rezeki untuk aku, maka ada la rezeki untuk penulis novel yang terpilih ni... Doa-doakan ya..  Moga ALLAH murahkan rezeki kepada kita semua... Amin... :)


p/s: Risau dengan anai-anai ni.. Nampak je kecil tapi bahayanya boleh meruntuhkan sebuah rumah... huhuhu...

Friday, February 8, 2013

One Day You'll Be Mine..!!!

Assalamualaikum...

One Day You'll Be Mine..!!!

Yeaaahhh....!!!
Just keep these words on your mind..!!


Ahahahahaa....
Tajuk macam gempak je, kan...? Rilek dulu.. Jangan tersedak... Aku bukannya admired kat siapa-siapapun... kehkehkeh... Dan aku bukannya terdesak, okay... ehehh...


One Day You'll Be Mine ini merupakan novel karya Inawza Yusof di bawah terbitan Karya Seni. Novel ni aku beli masa pesta buku 1Malaysia hari tu.. Dan novel ni aku dapat dari tangan boss Karya Seni itu sendiri.. ehehhh... Bukan apa, aku tengok novel ni takde kat rak buku walaupun dah pusing dua tiga kali..


Mula-mula anak sedara aku yang nak cari novel ni.. Lepas tu, bila je aku nampak boss KS tu kat hujung booth KS, akupun beranikan diri bertanya.. Dan secara kebetulan pulak, masa tu boss KS tu tengah nak bukak bungkusan kat troli yang baru sampai.. Kiranya rezeki aku la tu, kan... hehe... Aku mintak dua buah novel ni... Satu untuk anak buah aku dan satu lagi sudah semestinya untuk aku sendiri la..  




Novel ini berkisar tentang kehidupan seorang gadis yang terlalu setia kepada cinta pertamanya sehingga sukar untuk dia menerima cinta baru dari orang lain.. Selepas tunangnya meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya, gadis itu iaitu Fitri, seolah-olah menutup pintu hatinya kepada mana-mana lelaki sehinggalah ibubapanya memaksa dalam versi memujuk untuk dia menerima jodoh yang mereka pilih...


"Ibu kesal dengan nasib Fitri. Kenapalah anak ibu diduga begini? Dah hamppir tiga tahun kejadian tu. Fitri kena berani bergerak ke hadapan. Jangan siksa diri. Ibu tak sanggup tengok anak ibu macam ni.."


Bermula dari situlah, hidup Fitri menjadi huru-hara apabila terpaksa tinggal di rumah suaminya yang digelarnya sebagai makhluk aneh kerana sikap suaminya yang tidak punya perasaan, keras dan kaku..! Nak tengok tv pun tak boleh hingga si suami menyarankan agar dia membeli tv lain...!!! Waduhh...!!


"Pentingkan diri sendiri, berlagak, tak bertanggungjawab! Aku sendiri tak faham macam mana boleh wujud manusia seperti kau. Merugikan sahaja. Useless and hopeless!" - Fitri


Hidup Fitri yang sememangnya sudah sedia celaru bersama suaminya iaitu Dzul Ehsan menjadi semakin complicated dengan wujudnya Aya, Firasha, Nahda, Hezry, Elisa dan sudah semestinya Nik Afezal... Nik Afezal..?? Ya, Nik Afezal yang menjadi punca segala permasalahan..!!! Jeng...!! Jeng...!! Jeng...!!


"Aku tak tahu apa kena dengan orang zaman sekarang. Lebih suka merumitkan keadaan dengan menipu. Macamlah kita akan mati kalau mereka beritahu perkara sebenar.." - Dzul Ehsan


Novel ini berharga RM33 tapi kalau beli online dari Karya Seni, biasanya ada diskaun dan penghantaran adalah percuma.. Novel setebal 963 muka surat ini berjaya aku habiskan dalam masa satu malam..! Tak tidur sampai subuh aku melayan novel ni.. ehehh...


Novel ini lebih banyak penceritaan di dalamnya. Ianya seperti cerita dalam cerita... Mempunyai banyak perenggan. Selalunya aku memang kurang suka dengan novel yang terlalu banyak perenggan atau penceritaan ni. Namun untuk novel One Day You'll Be Mine atau ODYBM ni, aku boleh melayan baca sampai habis kerana susunan perenggannya teratur dan tidak terlalu panjang berjela.. Ini merupakan satu kelebihan untuk novel ni..


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi, silalah dapatkan novel ni dengan kadar segera.. Novel ni tengah laris sekarang ni tau.. Jangan pulak bila dah takde stok, baru korang nak meraung.. hahaha... Nak tunggu stok baru mungkin akan ambil masa sebulan dua jugak.. ehehh...


p/s: Kesudahan novel ni memang tidak dapat aku jangka... Siyesli, aku berdebar-debar apabila memikirkan siapa yang menjadi pilihan Fitri di antara Dzul Ehsan, Nik Afezal ataupun Hazmi.. Aku lebih sukakan Dzul Ehsan walaupun dia agak kasar... heeee... Dan novel ni juga 'bersih' namun masih ada 'keterujaan' untuk meneruskan pembacaan tanpa henti.. Tak percaya..?? Beli dulu, lepas tu baca dengan mata hati dan teliti.. hehehe....

Wednesday, February 6, 2013

Balik kampung, jenguk kawasan...

Assalamualaikum...

Balik kampung, jenguk kawasan...


Sebenarnya aku ke Nilai sejak hari Khamis lagi.. Mula-mula nak pergi hari Jumaat tapi tak jadi sebab kalau pergi hari Jumaat, mesti pergi selepas abang aku balik dari solat Jumaat.. Keluar lambat dari rumah bermakna akan lambat sampai ke Nilai tu.. 


Sebolehnya, aku tak nak berada di atas jalanraya pada waktu malam sebab abang aku yang sorang ni tak berapa mahir lagi jalan-jalan nak ke sana.. Manakala aku pulak, mata aku tak berapa nak awas bila malam ni, tak boleh nak baca signboard ataupun tak dapat nak tengok 'tanda' untuk satu-satu tempat tu... Lagipun aku ni kira macam GPS untuk abang aku walaupun kereta dah memang pasang sistem GPS tu.. hehh...


Hari Khamis tu pulak, ada urusan kat bandar.. Setelkan urusan bank dulu.. Sempat jugak aku rembat beberapa buah novel sementara menunggu urusan bank mak selesai... Padahal hari Sabtu tu dah plan nak pergi pesta buku tapi masih jugak beli novel kat kedai biasa tu... hehh... Aso kedai tu siap cakap kat aku, katanya, 'awak ni buat novel macam makan sayur aaa... Awak ni kalau takde buku, memang tak boleh hidup aaaa....'. Aku cakap kat dia yang aku ni tak kerja, takde kawan, so, novel tu la yang jadi kawan aku... Dia senyum je... Masyuk la katakan... ehehh...


Lepas selesai semua urusan, barulah bergerak ke Nilai... Novel ni pulak duduk je dalam bonet sampai la balik ke sini semula... haha...




Hari Jumaat kat Nilai takde pergi mana-manapun.. Just stay at home je, santai-santai baca novel.., hehh... Pastu hari Sabtu lak, pergi pesta buku 1Malaysia kat PWTC tu.. Keesokannya pulak, hari Ahad, aku balik kampung kat Rembau.. Balik dengan abang, mak, kakak dan anak kakak aku.. Penuh la satu kereta...


Mak aku ada hal kat kampung.. Sambil-sambil tu, singgah jugak kat dua tiga buah rumah jiran masa duduk kampung dulu.. Borak-borak sekejap.. Kalau ikutkan mak aku, dia memang nak lama je borak-borak tu tapi nak buat macam mana, masa tak mengizinkan.. 


So, kat bawah ni aku sertakan sekali gambar sekitar kawasan rumah kat kampung tu.. Ingat nak buat rumah kat kampung tu, kecilpun kecil la.. Namun apakan daya, bajet tidak mencukupi.. Makin semak samun la kawasan tapak rumah lama tu... huhuhu... 


Pokok durian ni aku tak tau berapa umur dia.. Rasanya lebih tua dari umur mak aku...



Kalau la pokok ni pokok epal...!!! Perggghhh..., jauh punya berangan... hahaha...


Pokok senduduk tu dah lebih tinggi daripada aku dah.. Pokok kelapa tu opkos la tinggi... ehehh...


Pintu pagarpun dah senget-benget dah... Dah tak boleh nak ditutup... Sabar je laa... Mujur takde yang bela kambing atau lembu.. Kalau tak, penuh la kawasan ni dengan 'haruman' dorang... ahaha...





Makin banyak busut yang tumbuh.. Kat tempat pokok sawit tu dulu asalnya adalah sawah padi... Disebabkan takde siapa nak mengerjakan sawah tu, tu yang digantikan dengan tanaman sawit.. Felcra yang uruskan kebun sawit yang seco'et tu..


Sebelah kanan berpagar tu kawasan tapak rumah kampung aku... Ni nak pergi rumah jiran kat hujung tu.. Arwah makcik tu dulu best friend mak aku.. Masa aku kecik dulupun selalu lepak situ, kacau makcik tu buat lubang kat kuih denderam pastu tolong gulungkan rokok daun nipah dia.. Sempat gak belajar hisap rokok daun tapi yang takde tembakau la.. Nak mampus hisap rokok ada tembakau.. haha.. 


Plan nak balik sini hari Isnin tapi kereta pulak buat hal.. Tayar kembang ke apa entah.. Kena tukar sebiji tayar dan align stereng.. Tup-tup dah tengahari, pastu hujan lak lebat.. So, kensel je la nak balik.. Tu yang balik hari Selasa tu..


p/s: Okay la, ini je cerita yang aku dapat aku kongsikan sepanjang berada di luar daerah... hehe... Bulan tiga nanti kena balik kampung lagi sebab ada dua tiga orang sedara buat kenduri kawen anak masing-masing.. Jika diizinkan Allah, ada la rezeki untuk jumpa sedara-mara lagi.. *Dalam kepala otak dah plan nak beli novel lagi... syyyy..., dendiam tau... :)

Monday, February 4, 2013

Sekitar Pesta Buku 1Malaysia di PWTC...

Assalamualaikum...

Sekitar Pesta Buku 1Malaysia di PWTC...

Aku pergi hari Sabtu dengan tiga orang anak buah.. Bertolak keluar dari rumah kakak kat Nilai dalam pukul 9.05 pagi.. Then tunggu komuter kat stesen Nilai tu punya la lama.. Naik lenguh kaki berdiri.. Dalam komuterpun kena berdiri jugak sampai BTS... huhuhu...


Lepas tu, turun kat BTS untuk naik LRT pulak.. Kena tunggu lagi dalam beberapa minit.. Dalam pukul 11 pagi kamipun sampai kat PWTC tu.. Wahh.. Dah lain dah suasana kat situ.. Maklum la, dah berkurun tak jejak kaki kat area PWTC tu.. hehh...


Masuk je, terus cari novel yang ada dalam list.. Anak sedarapun tolong carikan sama... Mula-mula masuk booth Karangkraf.. Ralat jugak sebab banyak novel yang aku cari takde kat rak.. Pastu bila tanya kat staff kat situ, dorangpun tolong carikan jugak.. Tapi dah memang takde, nak buat macam mana, kan... huhuhu...



Okay la.. Layan je la gambar candid yang aku ambil ni.. Main ambil je buat syarat.. Gambar sendiripun takde.. Malas nak gedik-gedik... Penat... Dan lapar jugak sebab takut nak sarapan kat rumah gara-gara terlebih makan buah limau mandarin... hehe..




Gara-gara Adi Putra, rak buku kosong.. Boss Karya Seni kena turun padang... haha...





Dapat ambil gambar Adi Putra dari sipi je.. Jadi la... hehh...






Dan inilah hasil menjala kat PWTC... Tak tau la bila nak baca.. Tapi akan dibaca jugak.. Jangan risau.. heee.... *Sorry, tak boleh pinjam.. Aku memang kedekut giler nak mampus kalau pasal novel ni.. :)


Banyak beli novel terbitan Jemari Seni... :)


p/s: Balik ni nak kena buat kerja menjahit.. Alhamdulillah, masih ada rezeki kat situ.. Terima kasih para pelanggan yang aku hormati dan sayangi.. :)

Friday, February 1, 2013

Luka di jari nampak berdarah... aduhduhduh...

Assalamualaikum...

Luka di jari nampak berdarah... aduhduhduh...

Hanya kerana pengupas kentang, sekelip mata sahaja hujung jari aku dah berdarah...!!! 

Panik sekejap bila tiba-tiba je tengok darah yang laju keluar kat hujung jari tu.. Mujurlah aku tak pitam.. huhuhu.. Kenapa boleh jadi macam ni..? Okay, mehh aku nak cerita sikit naaa... hehh...




Aku ternampak ada sebiji buah betik yang dah masak kat pokok. Terus je aku petik walaupun buah betik tu dah berlubang sikit kesan daripada patukan burung.. Rasanya takde kuman yang melekat  kot...ehehh... Sayang pulak nak biarkan buah betik tu membusuk macam tu je kat atas pokok tu, tu yang aku petik tu.. Lagipun lubang kesan patukan burung tu bukan la besar mana.. Lain la kalau tupai atau tikus yang buat lubang tu.. 

Tambahan pula cuaca sekarang ni agak panas berbahang.. Kalau dapat makan buah-buahan tempatan macam ni, mesti sejuk sikit anak tekak yang kering ni, kan... Itu yang sempat aku bayangkan... heee...




Lepas tu, terus je aku buang bahagian yang berlubang tu dan kupas kulit betik tadi dengan menggunakan pengupas kentang. Mula-mula tu laju je kupas.. Lepas tu, macam sangkut sikit dan akupun terus tolak laju pengupas tadi ke bawah.. Dengan tak disangka-sangka, tolakan tadi terlajak dan terkupas pulak kulit jari telunjuk aku ni.. huwaaaa... Terus berhenti mengupas dan jerit-jerit panggil anak buah, tanya ada minyak gamat ke tak.. Plaster memang takde la.. Fisrt aid lagi la ke laut.. ahahaha...




Lukanya kecil sahaja, akan tetapi dia punya denyutan, fuuhhhh....!!! Terbantut terus hajat nak makan buah betik ni.. Mintak tolong anak buah teruskan proses pengupasan... Mujurlah darah tak terkena kat buah betik tu... Kalau tidak, mau ada yang tumbuh gigi taring panjang sejengkal... kehkehkeh...


p/s:  Sebab tu kita tidak digalakkan untuk melukakan hati orang sebab kita tak tau bagaimana tahap denyutan yang orang tu rasa... Tapi kalau dah terbuat, nak buat macam mana, kan... Minta maaf je la...,  ehehh...