Assalamualaikum...
Mengimbau kembali zaman mula-mula jadi blogger...
Bagi korang yang pasang Live Feedjit kat blog masing-masing, ada tak korang perhatikan laluan keluar masuk kat blog korang tu..? Aku ni kadang-kadang tertengok jugak kat situ. Bukan apa, kadang-kadang tu cuak jugak bila entri yang lepas-lepas kena godek. Pastu mula tertanya-tanya dalam hati, apa la yang orang ni cari agaknya.. huhuhu...
Namun, aku tidak menganggap itu sebagai satu masalah sebab rasanya entri aku belum lagi mencapai tahap memarakkan api kemarahan sesiapa. Itu pada aku la. Kalau ada mana-mana entri yang terkena kat sesiapa tu, aku mintak maaf la ya. Mungkin semuanya secara kebetulan sahaja tu. Fikir positif okay. Tak baik buruk sangka... :)
Tapi kan, bagus jugak bila ada orang yang rajin menyelak entri-entri lama ni. Sebab apa? Sebab sekurang-kurangnya aku boleh refer balik apa benda la yang aku tulis sepanjang bulan atau tahun tersebut dan buang mana-mana gambar aku (kalau ada) kat entri tu.. hahaha. Lagipun masa aku mula-mula jadi blogger ni, saiz dan warna tulisan yang aku gunakan sangatlah lintang-pukang. Biasa la kan, orang baru kenal dunia blogger ni kalau boleh semua benda dia nak cuba. Sekurang-kurangnya bila ada orang yang baca entri lama kita tu, kita akan check dan perbaiki semula tulisan tu tanpa mengedit cerita. Kalau boleh macam tu la yang aku nak buat iaitu standardkan balik saiz tulisan tapi tak terdaya pulak aku nak korek semua entri aku tu walaupun entri aku tu takde la banyak manapun.. kehkehkeh...
Bila terselak entri-entri lama ni, sekaligus terjumpalah beberapa komen dari kawan-kawan yang menjadi tulang belakang aku sewaktu mula-mula mencipta blog. Walaupun kebanyakan mereka tidak lagi aktif berblogging, aku masih lagi dapat mengikuti perkembangan mereka kat fesbuk atau email bagi yang takde fesbuk. Kat sini aku paparkan beberapa komen yang aku kira sebagai membina semangat aku untuk terus berblogging.. :P
Kalau sudi, korang boleh juga klik kat link kat bawak gambar untuk baca kisah-kisah tersebut ya.. Maceh..
Ada di antara kawan-kawan yang suruh letak resepi, dah aku buatkan blog dapo aku tu. Ada yang nak kan lagu, dah aku masukkan beberapa lagu kat dalam Mixpod aku tu. Ada yang suruh letak gambar profile dan gambar yang bersangkutan dengan cerita, dah jugak aku buat. Malah sekarang ni makin banyak gambar pulak yang keluar.. hahaha... Semuanya tu memberi tanda untuk aku belajar dan terus belajar dalam berblogging. Terima kasih kepada semua followers dan pembaca blog aku ni..
p/s: Terasa rindu pulak kat 'kawan-kawan' lama ni.. Bila la dorang ni nak update blog dorang tu.. huhuhu.. Dorang tu aku tandakan sebagai Satu, Dua, Tiga, Empat, dan Lima...
azz..macam mano azz boleh tau ado orang baco blog lamo2 azz tu..
ReplyDeleteyang tu akak bolom abih bolajar lai..sapo baco blog pun tak tau..kecuali ado tinggal komen.
member2 lama blog aku pon semua dah x aktif
ReplyDeletenasib baik ada fb...
tu pun satu dua x aktif fb
Kak Erna>
ReplyDeleteTengok kat FEEDJIT tu kak.. Tp kito bukan tau sapo org ehh.. Cumo tau dio baco sntry yg mano yoo..
Akak lotak la widget FEEDJIT tu kek blog akak..
Roza Ami Nanomiya>
ReplyDeleteSama la dgn aku.. Kawan2 yg ada dalam komen tu ada yg takde fb.. Yg ada fb pon dah tak update status.. Mujur dorang kawan siber je..
Kawan2 kat fb aku yg lagi satu tu ramai yg suka chat online... Aku lak tak berapa suka nak chat secara sembunyi2 ni.. huhu..
huhu...ye la.gaya penulisan time mula2 tulis blog ngan skang memang agak berbeza sikit...macam sy ni pun, sy dlm proses nak baiki post saya yg lama2 tu.time jadi budak sekolah tu.haha...
ReplyDeletecamdoh je bila baca balik entri lama...
APAN>
ReplyDeleteTu la tu.. Bila baca balik entri lama tu, alaahaaii je la... hehe.. Tp biasa la, kita ni manusia, mana ada yg sempurna.. Mana yg baik tu kita ikut aje laa..
camdoh..?
haha.. perkataan baru ni.. dua dalam satu..
Ok hari ni kami akan kongsikan anda mengenai
ReplyDelete"sejarah tentang makanan iaitu pai".
pernahkan anda tahu dari mana datangnya pai ini ???
untuk mengetahui dengan lebih lanjut jom kita bersama berkongsi di:
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/sejarah-tentang-makanan-pai.html
Persoalan ini harus dirungkai....
jom kita tengok sama2, jangun lupa follow blog kami untuk mengetahui lebih banyak lagi....
aboyandnick>
ReplyDeleteOo.. okay..
Thanx ehh.. :)