Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 13, 2009

Impian jadi kenyataan....Amin..




Assalamualaikum....

Alhamdulillah.. Kupanjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi atas segala rezeki yang Dia kurniakan. Amin...

Ini percubaan pertama aku menulis dengan menggunakan laptop Dell yang aku beli. Setelah sekian lama aku menyimpan duit iaitu sejak dari tahun 2006 lagi, akhirnya aku berjaya memiliki laptop idaman hati. Biarpun ianya kecil, tapi memadailah untuk aku meluahkan segala rahsia suka duka aku ni...

Berbanyak2 terima kasih aku ucapkan kepada keluarga terutama sekali kepada emak yang banyak membantah pada awalnya. Tapi mungkin emak berubah fikiran bila adik beradik, anak2 saudara menyokong niat aku ni... hehehe.. Macehh semua, sayang korang... muehehehehe..

Terima kasih juga kepada kawan2 siber aku yang kebanyakannya ter
diri dari peminat Faizal AF4 yang selalu memberi dorongan agar impian yang aku simpan selama ini menjadi kenyataan. Thanx Lin, Emma, Bard, Usop, Nisha, Ridz, Win dan Zack (nama mung last sebab huruf Z.... hehe... jangan marah....)

Sebenarnya banyak lagi impian yang aku pendam selama ini, tapi biarlah cerita ini sebagai permulaan. Kalau ada kelapangan nanti aku akan menulis lagi....

7 Tukang Tembak:

Anonymous said...

testing....testing....leh komen ke x kt cni

Anonymous said...

azim.....saya rasa blog awk ni mmg best tapi jgnlah byk sgt msukkan video clip nampak serabut sikit...

kalau boleh awk masukkan ruang utk cet (shoutmix box)kat blog awk tu...k

Anonymous said...

macehhh Bard....psl shoutmix tu nnt sy cuba masukkan...tu pun kalau berjaya la hehe...

rajin2 la jengok sini ehh...

Anonymous said...

salam.....

mula2..tahniah kerana berjaya buat blog yg cantek.

sori lambat response...mood aku lambat mari....

aku tumpang gembira dgn adanye blog ni sbb dpt aku numpang merapu.....hehe.

mekacih sbb nama aku termasok lam senarai........ko.....hehe.

Cik Azz said...

macehhhhhhhhh

macehhhhhhhhh

macehhhhhhhhh

korang kan sumber inspirasi aku.....aku buat ni pon sbb nk kita berkumpul mcm dulu...

hrp2 dpt jumpa Win kt cni...sobbbsss

Anonymous said...

assalamualaikum
tahniah...tahniah...tahniah..cantik juga blog awak ni ye tapi boleh diperbaiki lagihehe
you tube or gambo faizal mana..ni yg tak best..
lin tak suka la shoutbox ni bukan apa nanti tak de orang nak ke lamanweb faizal dah hehe gurau je
lastly blog ni pasti look nice kalau ada gambo awak & family n thanks sebab awak tak lupakan lin tersenarai juga dlm list awak...miss u...

Cik Azz said...

macehhh Lin....youtube yg atas skali tu kan semua vc faizal....Tengok la puas2....

Web ffc masuk jugak skali skala...manaleh tggal camtu je kan...syg lg ni hehe...

Next Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)