Pages

Tuesday, July 26, 2011

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Finale

Assalamualaikum...

The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Finale

Alhamdulillah...
Akhirnya sampai jugak ke penghujung episod.. Lotih den nak menaip. Tapi takpe la, ini boleh dijadikan kenang-kenangan untuk masa akan datang nanti. Kalaupun ianya tidak memberi sebarang impak kepada orang lain, sekurang-kurangnya ia boleh menggamit nostalgia untuk aku atau kaum keluarga aku kelak. Itupun jika dorang jumpa la blog aku ni.. haha.. Harap-harap blog aku takde la termasuk dalam senarai menunggu untuk di delete... huhuhu..

Ini adalah barangan yang diminta oleh anak sedara aku yang kat MRSM Jasin tu. Dia kata stok biskut dia dah habis, so, aku tolong la beli kat Giant Plentong. Sebelum tu dia ada bagitau suruh beli kerepek ubi pedas, tapi kitorang tak singgah Air Hitam sebab barang penuh sampai kena letak atas riba masing-masing...

Pagi sebelum bertolak tu sempat bakar otak-otak. Jaring takde, so, guna je apa yang ada.. haha.. Dapat bekalkan sikit untuk anak sedara tu.. Kesian, budak duduk asrama la katakan... huhu..

 Malam sebelum tu anak-anak buah main masak-masak. Dorang buat 3 biji cheese cake dan 2 biji kek coklat ni.. Habis kek coklat tu kena tepek dengan buah anggur.. haha.. Inipun bekalkan sikit untuk minah tu.. Kami kan keluarga penyayang... :P

Dalam pukul 11 pagi Jumaat tu, kitorangpun mulalah bergerak keluar dari Johor Jaya dan terus menuju ke MRSM Jasin untuk melawat anak sedara kat sana. Jauh jugak MRSM ni rupanya. Kena masuk kawasan kampung dulu baru jumpa. Selesai je urusan dengan minah sorang tu, dan bagi duit poket kat dia, kitorang meneruskan perjalanan ke Bandar Hilir. Aku yang beria-ia sangat nak ke situ sebab dah lama sangat tak jenguk tempat tu. Lagipun perut aku dah lapar sangat dah sebab tak sempat nak sarapan masa kat rumah abang gara-gara memunggah barang yang tak habis-habis.. huhu...

Laut yang semakin menjauh... Sedih rasanya bila tengok laut kena tambak ni...

Susah jugak nak cari kedai makan kat Bandar Hilir ni sebab kebanyakan daripadanya buka di waktu petang. Pusing dua tiga kali baru jumpa. Redah je la makan kat restoran ni sebab dah kebulur sangat dah rasanya.. Masa ni anak buah aku yang jadi drebar tu dah mula nak demam manakala abang aku pulak tak lalu nak makan sebab perut dia tak selesa. Tapi aku dengan anak buah yang pompuan tu laju je makan... kehkehkeh..


Makan nasi dengan lauk asam pedas kembung je pun.. Jadi la sekadar isi perut yang berkeroncong...

Melaka sangat panas okay.. Sampai tak boleh bukak mata mak aku ni haa...

Selesai je makan, aku ronda-ronda sekejap dalam 10 minit untuk mencari satu barang ni. Dari dulu lagi aku nak beli, tu yang beria sangat nak singgah kat Bandar Hilir tu. Jumpa jugak barang tu tapi tak berapa nak berkenan di hati. Namun, aku beli jugak la sebab tak tau bila lagi boleh sampai ke sini. Lepas tu singgah pulak sekejap kat tepi highway Ayer Keroh tu. Mak aku nak beli cencalok la pulak.. huhuhu..

Selesai je semua ni, terus je balik Nilai. Sampai je kat rumah kakak aku tu, si drebar tu dah mula panas dah badan dia. Abang aku pulak muntah-muntah, cirit-birit dan demam jugak. Malam tu jugak dorang pergi klinik kat Nilai. Ingatkan nak balik Pahang hari Sabtu tu, tapi terpaksa dibatalkan gara-gara dua orang yang demam ni. Keesokannya, aku pulak yang demam sampai menggigil-gigil badan aku. Dah sorang lagi pergi klinik malam-malam buta tu. Kopak duit mak aku dok bayar duit ubat... Sian mak.. huhuhu... Nasib baik la mak aku tu tak demam serentak dengan kitorang.... Dia demam sikit bila dah balik ke sini...

Sudahnya, kami balik Pahang pada hari Isnin. Hajat hati nak menghadiri majlis pertunangan anak jiran pada hari Ahad tu tak kesampaian.. Apa nak buat, takde rezeki untuk ke majlis tu...

p/s: Banyak barang terpaksa ditinggalkan seketika kat rumah kakak gara-gara bonet kereta tak muat... huhuhu..

8 comments:

  1. salam kak azz~

    wah.. byk shopping eik?? smpai penuh bonet... =)

    ReplyDelete
  2. azz..sampai doma2 drebar yo..dah cuaca sekarang ni paneh kan..
    kek mah akak ni belum ujan laie.

    ReplyDelete
  3. LP Lum>

    Waalaikumussalam Lynda..

    Bukan banyak shopping la.. Tapi banyak beg kain baju je... huhuhu...

    Bonet penuh sebab dorang beli desktop baru.. Tu yg tak muat bonet tu...

    ReplyDelete
  4. Kak Erna>

    Semuo ehh domam kak... Penangan bojalan jauh la ni... huhu...

    Kek sini somalam ujan lobek kak.. Siap dgn efek guruh-kilat-potir lagi tu..

    ReplyDelete
  5. bebudak duk asrama ni mmg mcm tu. macam2 bekal dia mintak bawak balik. hahaha!!!

    ReplyDelete
  6. GadisBunga>

    Tu la tu.. Tapi kadang2 tak sampai hati lak kalau tak diikutkan kemahuan dorang tu.. Lagipun benda makan, apa la sangat, kann...

    Tapi, dorang lagi suka kalau kita bekalkan duit poket lebih sikit.. Let's enjoyyyy... kata dorang... haha...

    ReplyDelete
  7. cik azz bagi satu kek tu.cik ina nengok ko ni rajin, ada je projek terkini ko.

    rajin ko melayan anak buah ye. panjangnya entry grip grab ko ni. sampai 6 episod , dah boleh buat drama plak.

    ReplyDelete
  8. Cik Ina>

    Semua kek tu anak buah saya yang buat.. Anak buah yg kat Johor tu suka gak masak2, macam mak dia jugak.. Pastu dia banyak gak dapat tempahan, kalah makcik dia ni haa... hehe...

    Tu la tu.. Kalau la Rosyam Nor baca entry ni, boleh gak bagi kat dia soh buat drama... hehehe...

    ReplyDelete

Anak kucing tengok cermin..
Anak monyet tepuk perut..
Boleh aje mengomen..
Asalkan tidak mencarut..
.
Anak monyet tepuk perut..
Sambil mata memandang cermin..
Jika mahu komen mencarut..
Bersedialah kena print screen..


^__ahak__^