Assalamualaikum...
The Story Of Trip-Trap Grip-Grab: Part 4
Misi mencari kupang yang merajuk... huhuhu..
Misi utama mak aku bila sampai kat Johor Jaya adalah mencari kupang. Dia dok sebut-sebut je nama kupang tu.. Dulu masa arwah abah masih ada, tempat pertama yang dikunjungi sebelum sampai ke rumah abang adalah tempat penternakan kupang..
Dah berkurun tak makan kupang ni. Kat tempat aku ni memang takde jual.. Maka, bermulalah pencarian yang panjang. Dah macam mencari harta karun la pulak sebab habis semua tempat digeledah... huhuhu..
Bermula dengan mencari di pasar borong Pandan (bukan Kg. Pandan). Makaiihhh, punya la besar kawasan pasar borong ni. Memang tak larat nak redah semua. Tambahan pulak mak aku dah macam letih je. Maklum la, siang baru sampai, malamnya pulak terus nak mencari kupang tu, mana nak tahan. Akupun longlai gak lutut ni haa...
Esoknya abang ngah aku bawak pulak mak cari kupang kat sekitar Stulang Laut tapi masa dia sampai, kupang tu baru je habis dijual. Masa ni aku tak ikut serta sebab sakit perut. Abang aku je yang ikut. Disebabkan tak berpuas hati, terus je dia bawak mak aku menjelajah sampai ke Gelang Patah sana.. Tapi, takde jugak kupang tu. Alasan yang diberi oleh penduduk sekitarnya ialah air laut sudah semakin kotor dan tercemar, sebab tu la kupang susah nak dijumpai... Kupangpun taknak hidup dalam pencemaran.. Kita manusia ni..? Fikir-fikir la sendiri...:P
Kat bawah ni adalah gambar-gambar masa misi mencari kupang untuk hari yang ketiga..
Kiri kanan dipenuhi dengan pemandangan pokok kelapa sawit.. Saujana mata memandang... :-)
Ambil gambar kapal ni dari dalam kereta yang bergerak secara perlahan selama seminit sebab signboard kata dilarang berhenti di atas jambatan.. Sebagai rakyat yang mematuhi undang-undang, ikut aje la apa kata signboard tu... huhuhu..
Tempat penternakan udang..
Abang aku bawak kitorang jalan-jalan mencuba highway baru dan melalui jambatan baru yang khabarnya mengambil masa yang lama untuk disiapkan.. Masa lalu highway ni, tol masih lagi percuma. Sekarang ni dah kena bayar laa...
Misi mencari kupang gagal lagi tapi benda lain pulak yang dijumpai.. Kena pergi cari lagi di hari yang berikutnya.. Hati aku dah mulai risau. Takut kalau-kalau hajat mak aku tak kesampaian... Ya Allah, permudahkanlah segala pencarian..
Bersambung lagi kisah trip-trap grip-grab ni.. Ada dua part lagi nak dihabiskan.. huhuhu...
p/s: Bukan mudah sebenarnya nak mencari sesuatu yang diidam-idamkan.. Kena la banyak bersabar.. :-)
6 Tukang Tembak:
salam kak azz~
hehehe.. tau xpe.. xde bnda yg mudah dlm dunia nie... ^^
azz..maso akak poii k.selangor..rami yo orang jual yo kupang.
LP Lum>
Waalaikumussalam Lynda..
Ada je benda yg mudah... iaitu makan dan tido.. Namun, ada jugak org yg susah nak makan dan tido tu.. huhu..
Kak Erna>
Iyo ke kak..?
Tu makno ehh air laut kek situ masih lagi suci, bolum tocoma... hehe..
cik azz pegilah banting, morib atau kanchong, kampung cik ina banyak kupang.
Cik Ina>
Tak pernah lagi sampai sana.. Takde sedara mara kat area situ, tu yang tak lepas masuk sana tu.. huhuhu..
Post a Comment