Assalamualaikum...
Perasan dan perasaan...
Sejak aku terjebak dengan novel ni, ada satu benda yang aku perasan berlaku kat diri aku.. Mula-mula tu rasa macam tak relevan je nak hubung-kaitkan kedua-duanya iaitu novel dan perasaan.. Namun bila dah beberapa kali perasaan tu datang, aku perasan memang ada hubungan kimia kot.. hehehe..
Aku sering berdebar-debar bila nak baca satu-satu novel yang aku rasa memang best bagi aku.. Benda ni macam susah untuk aku terangkan sebab ianya melibatkan perasaan yang satu tu.. ehehh...
Macam ni la ehh...
Kadang-kadang bila berborak dengan geng yang sama-sama minat membaca novel ni, ada masanya dorang akan bagitau mana-mana novel samada novel baru atau lama, yang menarik untuk dibaca. Lepas tu, dorang bagi la tajuk novel tu dan dari keluaran mana.. Lepas tu, masing-masing memberikan komen samada negatif ataupun positif.. Yang penting, takde nak gaduh-gaduh dalam memberikan pendapat masing-masing.. Yang kecil hati tu mungkin ada la kot... ehehh...
Tapi pada pendapat aku, perasaan kecil hati ni semua baik simpan je la dalam hati... muahahahaha.. Takmo la nanti page untuk santai-santai menjadi tempat berdebat la pulak.. Tak seronok jadinya..., kan..
Apa yang aku perasan, bila ada di antara novel tu yang aku rasa minat nak beli dan baca, secara tak langsung, dada aku akan berdebar-debar seolah-olah tak sabar nak beli novel tu.. Namun begitu, aku selalunya akan biarkan dulu novel yang baru sampai kat rak buku.. Kadang-kadang ada yang aku ambil tapi lepas tu aku letak semula kat rak.. Ada yang aku baca sikit je, pastu letak semula.. Tu maknanya novel tu kurang menarik minat aku la..
Berlainan pulak dengan beberapa buah novel yang seolah-olah menyentap aku untuk membaca isi ceritanya.. Belum bukak muka surat lagi dada aku dah berdebar-debar dah.. Masa membacapun masih lagi berdebar.. Dah habis bacapun berdebar jugak malahan kadang-kadang tu, lepas dua tiga hari bacapun, rasa debar tu masih lagi ada.. Dan, novel macam ni memang menjadi novel kesayangan aku la sebab dah berjaya buat aku sentap.. hahaha...
So, lepas ni kalau nak beli novel, aku kena tunggu dulu samada dada aku ada debaran ataupun tidak.. Kalau perasaan aku biasa-biasa je, maknanya novel tersebut tidak berapa best jalan cerita dia.. So, tak payah beli.. hehe.. Boleh lak camtu, kan... ehehh...
Antara novel yang berjaya buat dada aku berdebar-debar sebelum membelinya adalah ILUS, ASST, Tertulis Buat Kita, Kuseru Rindu Itu, Nasi Lemak Buah Bidara, Pergilah Airmata, The Wedding Breaker, Biarlah YM Berbicara, Cinta Yang Terlewat, Bougainvillea, Bunga Hati, Keranamu Aku Rela, Teduhan Kasih, Asam Pedas Untuk Dia, Suami Yang Kubenci, Kerana Terpaksa Aku Merelakan dan beberapa buah lagi.. Ternyata lepas baca, aku suka dengan jalan cerita setiap novel tersebut... :)
p/s: Harap-harap dapat pergi pesta buku kat PWTC hujung bulan ni.. Dah lama tak jejak kaki kat PWTC tu... :)
syok sendiri tak salah,tak dosa pun,ganggu kehidupan orang lain adalah salah.
ReplyDeletegitu eh? erm...angah kena asah kembali minat untuk baca novel ni
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteSaya rasa..akak ada instinct yg kuat ni,hahahaha. Ha.. saya..takda plak rasa mcmtu.. tapi biasanya, cth la kalau sy pi kedai buku kan.. kalau sya nak cari novel baru, saya terus baca sinopsis dulu.
Kalau sinopsis tu menarik perhatian saya, kompem sy akan beli..dan insyaAllah, pas bca, sy puas hati dgn jalan citernya.. tpi kalau sinopsis tu kurg menarik, tpi sy gatal jugak nak beli..biasanya, kesudahannya memg novel tu kurg menarik.
Saya tgk, rmai jugak yg ckp citer ILUS tu best.. nampaknya, saya kena cuba buka hati utk beli..saya dah lama tak beli novel bertema cinta ni kak, hehehe
kira mudah tersentuh dngn ayat2 novel la ni...tangkap feeling, best la layan kalau ada feel mcm tu kan...
ReplyDeletejngn sampai x mandi pagi sebab nak baca novel sudah :)
fuiyooo..
ReplyDeletemenangis penulis novel kalau baca entry nih!
kalau dah banyak sangat baca novel, x terdetik ke nak tulis novel sendiri pastu hantar kt penerbit?
mana la tau murah rezeki dapat jadi penulis novel plak?
sebab rata2 penulis2 novel skang pun bermula dengan membaca hasil karya orang lain sebelum dapat ilham ntk tulis sendiri..
all the best!
saya berdebar baca Imam. :D
ReplyDelete