Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 5, 2011

Awak suka saya tak..?? Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..

Assalamualaikum...

Awak suka saya tak..??
Kalau awak suka, sayapun suka jugak... hehehe..


Rasa macam dah lama je aku tak hapdet blog buruk aku ni.. Begitulah, bila kemalasan dan kelemauan mula melanda serta ideapun takde, satu apapun tak menjadi... Semuanya bersatu menjadi satu iaitu MALAS... MALAS yang teramat sangat.... kehkehkeh....


Sebenarnya ada juga benda yang nak diceritakan seperti rasa tertipu semasa membeli Tutti Frutti hari tu dan beberapa kejadian lain. Kena tunggu mood mencanak naik la baru nak buat entry pasal semua tu kot.. hehe..


Kali ni aku nak buat promosi pasal sebuah novel yang aku beli kat kedai buku Popular, kat Jaya Jusco Seremban 2, semalam. Sebenarnya aku beli empat buah novel. Yang tiga lagi tu aku beli kat MPH Store, kat Jaya Jusco tu juga. Ranap juga la duit aku dalam seratus lebih... huhuhu... 


Tapi takpe, novel yang aku nak promotkan ni memang berbaloi sangat sebab isi ceritanya yang sangat-sangat best dan sesuai dengan jiwa aku . Terima kasih kepada penulisnya iaitu Melur Jelita yang begitu pandai menyusun kata-kata untuk dijadikan satu garapan yang menarik. Membaca novel Awak Suka Saya Tak..?? ini seakan membaca karya sendiri je sebab cara penulisan dalam novel ni macam cara penulisan aku..!! Perasan sekejap.... muahahaha.... Cuma, jalan cerita novel ni tak sama langsung dengan jalan cerita hidup aku.. Kalaulah ada persamaan sikit-sikit, lagi la melonjak keperasanan aku tu... hahahahaha...


Untung siapa yang ada member card.. Aku je yang takde member card ni.. 


So, bermula daripada pukul sepuluh malam tadi, akupun memulakan sesi membaca novel setebal lebih kurang dua inci ni. Ada 1056 mukasurat yang perlu dibaca dan setakat ini aku dah baca sampai muka surat yang ke 840 sehingga pukul empat pagi...!!! Sepanjang membaca novel ni, airmata aku asyik mengalir je.. Sekejap aku ketawa, sekejap lagi aku menyeka airmata.. huhuhu... Tak tau berapa kali aku menangis.. Sadis woooo....


Dalam menangispun, aku tetap teruskan pembacaan sebab nak tau kisah seterusnya. Menyelak dari satu bab ke satu bab tanpa jemu... hahahaha.. Punyalah teruja dengan jalan ceritanya sampaikan terasa sayang nak berhenti membaca. Tapi, terpaksa juga la berhenti sebab matapun dah berat.. Kang tak faham lak apa yang dibacakan.. Bila dah tak faham, macam mana nak ada feel, ya tak..? Hikkk.....


Tak sia-sia melabur RM35 untuk sebuah bacaan yang sempoi...


Bangun pagi ni tengok novel tu takde kat sebelah aku...! Kelam kabut aku mencari.. hehehe... Rupanya kakak aku yang baca sebab diapun kaki novel jugak.. Konpem lepas ni dia akan beli novel ni untuk dijadikan koleksi novel kat rumah dia ni... Konpem punya la.... ahaha...


Salah satu lagu yang ada kat dalam novel ASST ni.. Kredit kat aku sendiri... ;)


Kepada Lynda dan Kak Erna yang suka membaca novel, bolehlah pergi cari buku ni kat kedai buku Popular kat Jaya Jusco Seremban 2 tu sebelum kehabisan stok. Semalam masih banyak lagi buku ni. Esok lusa rasanya sold out dah kot... Cepat rembat sebelum terlambat... hehe..


Jangan tanya aku sinopsis novel Awak Suka Saya Tak..?? ni.. Kalau tanya juga, jawapan aku ialah beli je terus.. Novel Ombak Rindu banyak juga tapi tak tau la kenapa aku tak teruja untuk merembatnya... Tak teringin pula nak baca buku tu.. Mungkin lain kali kot... :P


Salah satu lagu yang ada dalam novel ASST ini... Cair sekejap, dua kejap, tiga kejap, kejap-kejap tengok Hilman Yong ni... ehehh...


p/s: Awak suka saya tak..?? Please la suka... kehkehkeh...

19 Tukang Tembak:

Admin said...

bapak toba eh novel tu..bleh muntah kalo den baco haha

Acik Erna said...

azz..akak dah cari kek popular giant nilai tu tak do pulak..maso nak cari fruti tuttie tu la..tak jumpo masuk popular..aimi ado member kad..akak la yang selalu guno..dio guno sesekali nak boli buku rujukan yo,

gadisBunga™ said...

huh. tebalnyaaaaa!!!!!

Unknown said...

salam kak azz~

xpe2.. kalo abis stock den blh beli on9 kek cnie... xyah kuar poie boli... :)
nie link dia kak.. kot ar akak maleh nak kuar.. ^^

https://www.facebook.com/mybizsantaishop

ps : SAYA SUKA AWAK.. SBB TU SAYA JADI KAWAN AWAK... ^^

shahdiana said...

saya pun suka..suka baca novel...

Cik Ina Do Do Cheng said...

mcm femes je melur jelita ni, hari blog mat gebu pun ada kisah melur jelita.


cik azz pasal vadei, kalau boleh jangan blend kacang dhal dengan air yang banyak.time mengoreng dah garing , baru balikkan ke sebelah, barulah tak berderai.InsyaAllah.

Lutfi Azmi said...

tuti fruti ~ wink* wink*

ibundo said...

kpah dah lamo botul tak baco novel. Ontah... macam dah goma baco yo.

Melur Jelita said...

Salam Cik Azz jelita,
terimakasih kerana menyukai ASST ALhamdulillah semua dariNYA. Ia hanya sebuah karya kecil yang ditulis main belasah dan suka hati akak je

Semoga ASST menjadi novel terindah dalam hidup adik jelita

DENGAN KASIH SAYANG ALLAH TIADA YANG MUSTAHIL

Cik Azz said...

Phat>

Ahaha.. Kalau camtu, ko bolikan la untuk wife ko.. Tontu dio suko dan makin botambah2 sayang kek ko.. hehe...

Cik Azz said...

Kak Erna>

Anak buah sey ado gak member card tu kak.. Tapi maso poie hari tu, dio lak yang takdo.. Kalau tak, boleh gak pinjam sokojap...

Akak poie la boli novel ni kek Popular JJ tu kak.. hehe...

Cik Azz said...

gadisBunga>

Yuppp....!!! Sanggup baca sebab cerita yang bestttt... ahahaha...

Cik Azz said...

Lynda Lum>

Waalaikumussalam Lynda... Ko sorang yoo yg jawab pertanyaan akak kek p/s tu.. hehehe... Mokasih la.. Samo la dgn akak... Suka awak jugak sebab tu kawan dgn awak.. :P

Okay, thanx bg link tu... Nanti bila dah terdesak nak beli mana2 buku, akak refer kat situ je... :)

Cik Azz said...

shahdiana>

Sila2 beli novel ni sekarang.. Tengah hot and spicy di pasaran ni.. hehe..

Kadang2 baca novel ni dapat beri kita macam2 info yang kita sendiri tak tau atau tak pasti... :-)

Cik Azz said...

Cik Ina Do Do Cheng>

Novelis tengah hot sekarang ni.. Kalah novel Ombak Rindu... :)

Okay2.. Nanti saya cuba petua Cik Ina pasal vadei tu.. Kalau tak menjadi jugak, nanti saya tanya lagi kat page fesbuk Cik Ina tu ya... ;)

Cik Azz said...

Pejuang Cinta>

Apsal lak ada wink wink kat tuti fruti tu..? Ko keja kat branch tuti fruti ke..?

Apsal mahal sangat tuti fruti tu ehh...? Sila jawab kalau ko keja kat situ.. hahaha...

Cik Azz said...

Kak Pah>

Sey ni pun baco ikut mood gak kak.. Kalau kono dongan mood ehh, abeh la duit sey boli novel yoo.. Kok takdo mood, tosimpan camtu yoo la novel tu.. hehe..

Akak baco la novel ni.. Buleh mengimbau konangan maso akak bocinto dulu.. hikk3..

Cik Azz said...

Melur Jelita>

Waalaikumussalam Melur Jelita..

Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah dan komen kat entry saya ni..

Novel ni memang kena dengan citarasa dan selera saya... Takde satupun yang saya skip masa membacanya... Sungguh ajaib sebab takde rasa boring langsung tatkala membacanya.. hahaha...

Saya tunggu hasil karya Melur Jelita yang seterusnya.. Semoga terus aktif menulis novel yang berkualiti.. :)

p/s: sayapun suka menulis main belasah je... ekekeke....

Unknown said...

Tahniah utk Melur Jelita.....karya yg bermutu... ASST, ILUS & MPI

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)