Assalamualaikum....
Cinta yang terlewat...
"Aku rasa, ada kemungkinan kau hamil. Lagipun, kau cakap kau sakit gigi, kan? Aku tengok gigi kau, okey aje. Tak ada masalah. Mungkin kau kurang kalsium. Untuk pengetahuan kau, sakit gigipun boleh menjadi antara tanda awal kehamilan.."
Hah....!!!
Aku baru tau pasal ni...
Maklum la kan, tak pernah pregnant...
Mana la nak tau... ehehh...
Sekarang dah tau gara-gara membaca novel cinta yang terlewat karya Zuriani Mustaffa ni.. Novel ni bagus sangat. Banyak pengajaran dan ilmu yang aku dapat hanya dari membaca novel ini.. Ianya banyak berkisar tentang betapa perlunya kita bersyukur dengan segala yang ALLAH berikan..
"Kalau awak jadi isteri saya, awak tak akan membebankan saya. Seorang isteri adalah amanah kepada seorang suami, bukan suatu beban, dan seorang anak adalah tanggungjawab seorang ayah, bukannya budi baik.." - Muhammad Fahim
"Sebab aku tengah sakitlah dia nak kahwin dengan aku. Lagipun kenapa dia nak kahwin dengan aku kalau setakat mahu menganiaya hidup aku? Apa untungnya dia buat begitu pada aku...?" - Nisaa
Kepada peminat novel, aku sarankan, belilah dan bacalah novel ni.. Kisah kehidupan seorang doktor muda yang menjadi duda sebanyak dua kali.. Ada sebabnya kenapa semua itu berlaku.. Banyak liku yang perlu doktor itu hadapi.. Terlalu banyak konflik..
Novel ini juga bersih daripada dialog 18SX seperti lambakan novel yang ada di pasaran sekarang ini... Aku tak rasa menyesal membelinya dan harap-harap kesemua sebelas buah novel yang aku baru beli semalam menepati kehendak dan selera aku...
Hari tu, ternampak novel ni kat rumah kakak.. Masa tu aku buat tak tau je sebab nampak cover dia macam tak menarik.. Lepas tu, semalam masa ke kedai buku, ternampak lagi novel yang sama. Terus je ambil dan beli tanpa membaca sinopsis.. Hasilnya, novel ni betul-betul menepati citarasa aku, banyak pengajaran yang aku dapat, banyak info yang ada kat dalamnya..
Betul la kata pujangga, don't judge a book by it's cover..
______________________
Penulis novel sekarang ni tak boleh komen karya dorang sesuka hati sedangkan ada kalanya sebahagian daripada komen tersebut merupakan satu pendapat atau pandangan yang secara tidak langsung boleh dijadikan rujukan atau penambah-baikan untuk novel seterusnya.
Kalau komen lebih-lebih, nanti ada satu dua pihak lain yang jadi nasi tambah. Katanya, yang komen tu cuma pandai komen je... hmmm... So, jangan komen lebih-lebih karya mereka.. Baca je dan nilai sendiri secara senyap.. :)
p/s: Kalau novel tu bagus, aku akan tolong promot. Tak perlu nak bodek-bodek segala. Tapi kalau sebaliknya..?? Pandai-pandai sendirilah nak jual karya masing-masing...
2 Tukang Tembak:
pandai awak pancing orang baca novel ni dengan mengambil beberapa dialog dalam novel tu...saya pun rasa tertarikkkk.....
assalam azz..seboleh?banyak tu azz..berapo lamo lak nak maco ee baru abih tu
Post a Comment