Assalamualaikum...
Nasi Lemak Buah Bidara...
"Tolong, Datin. Tolong jangan buat macam ini. Datin suruhlah saya buat apa saja sebagai hukuman, saya sanggup. Tolong jangan halau saya, Datin. Saya takde sesiapa di sini, Datin. Mana saya nak pergi? Kasihani saya, Datin. Saya mohon ihsan Datin..." - Siti Nur
Novel ni best.. Lari dari kebiasaan keluaran Kaki Novel.. Tiada adegan suami pukul isteri, isteri tengking suami, suami curang atau isteri main belakang.. Tiada senario suami terkejut melihat wajah sang isteri tanpa tudung di kepala.. ehehh..
Nasi Lemak Buah Bidara hasil karya April Snow..
Sedih dengan nasib Siti Nur yang jadi mangsa kekejaman saudara sendiri namun dalam masa yang sama, teringin nak jadi watak Siti Nur tu yang lemah-lembut, sopan-santun lagi berbudi-bahasa serta disayangi oleh suami, ibu mertua dan anak tirinya..
Mata Ben terbeliak melihat Siti rebah ke lantai. Ben paut kedua-dua belah kaki. Tangan memeluk kepala lutut. Air hangat basah di seluruh wajah..
Siapakah Ben...?? Kena beli dan baca serta gali sendiri.. kehkehkeh...
Jatuh cinta dengan watak suami Siti Nur iaitu Akhmal. Bukan kerana jawatannya. Bukan juga kerana rupa parasnya. Bukan pula kerana kekayaannya dan juga bukan kerana kecerdikannya.. Tapi kerana kebijaksanaannya menyelesaikan masalah dalaman dan merungkai segala persoalan yang melanda isterinya.. So sweet... :)
"Katakanlah. Sekarang Siti dah ada saya untuk berkongsi segala-gala. Jangan simpan. Jangan pendam semua duka lara Siti. Siti seorang diri. Saya akan tetap ada di sisi. Selamanya, insya-Allah..." - Akhmal
Apa yang menarik tentang novel ni, pada setiap bab, disertakan sekali sedikit petikan ilmu samada dari riwayat ataupun dari tafsiran ayat suci Al-Qur'an... Secara tak langsung, kita sebagai pembaca mendapat sedikit ilmu yang amat berguna untuk dijadikan panduan ataupun pegangan hidup..
Sabda Rasulullah SAW:
"Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya.."
(Riwayat Tirmidzi, daripada Abu Hurairah r.a)
p/s: Okay, setakat ini dulu review novel NLBB atau Nasi Lemak Buah Bidara ni.. Kalau suka, cepat beli sebelum kehabisan stok.. Kalau dah habis dan nak kena tunggu cetakan seterusnya, alamatnya berjanggut laa... hehehe...
12 Tukang Tembak:
cik azz- terima kasih utk sebuah rebiu yang istimewa.*kucc lap air mata ngan air hidung tau!* Moga dpt byk ilmu, mesej dan pengajaran hidup yang tertulis ketika menyusuri NLBB ini. Ameen.
kucc_aprilsnow:
Waaa.... Macam mana jumpa blog saya ni ehh... hehe...
Sama-sama... Dan terima kasih jugak atas karya yang best itu... Moga makin sukses dalam menghasilkan karya yang berkualiti... Amin...
cik azz- kucc ni kan rajin jenjalan. Tu yang jumpa..and..mak!!..alamak *terkejut badak air*..ekekeke. Cik, azz,kucc mohon share rebiu ni di Fb kucc..boleh yer*tak kira, nak jugak!..hahaha*. Suker n terharu sbb azz dapat mesej NLBB dgn baik sekali. Ameen
kucc_aprilsnow:
Segan sebenarnya nak share blog ni.. Tapi untuk NLBB ni, takpe la kalau nak share jugak.. Rasa berbesar hati jugak la sebab sudi share entry yang tak seberapa ni.. hehe..
Akak pun baruu jer habis baca. Memang sangat menarik. Tapi belum masanya untuk review lagi.
assalam azz..best he azz..dapek la komen dari penulih he lak tu
salam kak azz~
aiyok kak.. nie kes meracun ar nie.. ado yg buek tak tido mlm nie kang... ^^
Aziela:
Kadang2 takut jugak nak review ni.., kan...
Btw, terima kasih la sudi singgah dan komen kat sini... :)
Kak Erna:
Ni komen dari penulis yang keduo ni kak.. Sobolum tu novelis Melur Jelita dah ponah komen kek entry pasal novel dio..
Lynda Lum:
Hahahaha... Citer ni lain dari kebiasaan Kaki Novel punya jalan cerita.. Kalau rasa nak buat listing, baik beli novel ni, pastu Pergilah Air Mata, Cinta Yang Terlewat, Bunga Hati, Hikayat Cinta Si Pematah Hati (baru nak mula baca tapi rasa macam boleh masuk)...
*Gosok2 la lengan cik abang sayang tu.. hehehe...
kak azz~
kok sekali gosok aje lengan en abg sayang tu terus dia belikan tak pe.. nie dah abis gosok dah.. 1 bulan 1 buku shj... =.="
Lynda Lum:
Kalau novel tebal macam ILUS tu, sebulan satu tu memadai la.. Tapi kalau novel yang biasa2 tu, boleh la mintak cik abang tambah dua buah... :D
*Abeh la luruh bulu roma lengan abang sayang tu.. asek kena gosok je... hahaha...
Post a Comment