Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, January 3, 2013

Bougainvillea...

Assalamualaikum...

Bougainvillea...

Bougainvillea atau namanya dalam Bahasa Malaysia, bunga kertas...

Terlalu banyak misteri yang perlu dirungkaikan yang terdapat di dalam novel Bougainvillea hasil karya Packy Sidique ini... 

Novel ini merupakan novel penyiasatan pertama yang aku baca di tahun baru ini.. Terasa kelainannya bila baca novel yang punya genre tersendiri seperti ini.. Tidak seperti selalu, yang terbuai-buai tatkala membaca novel yang berkisar tentang percintaan semata.. 

Sepanjang membaca novel ini, ada rasa berdebar-debar, rasa teruja untuk mengetahui penghujung cerita. Di samping itu, otak turut berfikir, mencari motif dan punca berlakunya satu-satu kejadian itu..




Novel ini berkisar tentang kehidupan seorang lelaki yang mempunyai perasaan terhadap seorang gadis tetapi impiannya untuk memiliki gadis tersebut tidak kesampaian lantaran gadis tadi menyukai orang lain.. Lantaran itu, lelaki ini mula menyimpan dendam kepada kaum hawa. Lelaki ini mula mengenali gadis tersebut di alam siber dan berpunca dari situlah hubungan gadis tersebut dengan teman lelakinya semakin hari semakin hambar sehinggalah gadis itu hilang secara tiba-tiba tanpa dapat dikesan..

Setelah kehilangan gadis itu, teman lelakinya memasuki PDRM yang pada awalnya semata-mata untuk mencari misteri kehilangan teman wanitanya itu.. Namun, setelah 10 tahun berlalu, gadis tersebut masih tidak dapat ditemui tetapi lelaki polis itu tetap tidak berputus asa.. Segala misteri kehilangan teman wanitanya itu terbongkar satu persatu dengan penemuan mayat seorang gadis yang dibunuh kejam.. Adakah nasib  teman wanitanya sama dengan nasib gadis yang mati dibunuh itu..?? Segala jawapannya ada di dalam novel Bougainvillea ini... ;)




Segala persoalan akan terungkai satu-persatu.. Banyak kejadian aneh yang berlaku di sepanjang cerita ini.. Apa yang pasti, pembunuh bersiri itu begitu licik menyembunyikan identiti jahatnya dan sering bertukar identiti di alam siber.. Sasarannya adalah gadis dan wanita yang mudah terpedaya dengan segala ayat-ayat manis di kala ber-chatting termasuklah seorang anggota polis berpangkat Inspektor.. Dan kebanyakan mereka dibunuh dengan kejam dan mayat mereka disembunyikan di merata-rata tempat... Adakah polis wanita itu terselamat dari menjadi mangsa kekejaman lelaki itu...?? Kena baca sendiri maaaa.... ehehh...


"Tuan, dalam kes kita, siasatan dah dibuat ke atas komputer riba mangsa. Semua chatting dengan mangsa dibuat dari cyber cafe..., nampaknya masa untuk chatting sudah ditetapkan terlebih dulu. Pemilik kedai tak boleh ingat rupa suspek dan nama yang didaftar juga berubah-ubah. Pembunuh ini memang bijak mengelakkan diri daripada dikesan. Jadi saya rasa..., kalau dia merupakan orang yang sama sebelum ini, he's doing it for quite sometimes, it's a very well planned, and organised crime..." - ASP Hakimi


Dan mayat teman wanita polis tadi ditanam dengan tidak sewajarnya di tempat yang tidak mereka sangka sama sekali.. Di manakah tempat itu...?? Silalah dapatkan segera novel Bougainvillea ini di pasaran... Siapa yang minat dengan siri CSI, pasti akan suka dengan novel ini.. Aku yang jarang tengok CSI tu pun ikut suka dengan watak polis dalam novel ni.. Ehhhh..., terbagitau la pulak... kehkehkeh...

Tak tau nak review lebih-lebih.. Kang terlebih review kang, terbagitau pulak ending cerita ni.. Senang cerita, kalau nak tau kesudahan cerita ni, cepat-cepat la beli novel ni.. Beli, pastu baca tau.. Jangan main beli je buat koleksi... :)

Moral of the story, jangan la dok ralit sangat berchatting kat alam siber ni dengan orang yang tidak dikenali.. Sentiasalah berwaspada walaupun dengan orang yang kita kenali... Kalau nak chat, chat la secara terang-terangan dan bukannya chat secara private atau tersembunyi.. Sekurang-kurangnya jika kita chat terang-terangan, orang akan nampak dan tau apa yang kita borakkan dan boleh bertindak jika berlaku sesuatu yang tidak kita jangka walaupun chat secara terang ni boleh meloyakan sesetengah orang yang membacanya.. Pedulikan... Berbanding dengan chat secara sembunyi, tak siapa yang tau dan tak siapa yang boleh membantu jika berlaku sesuatu yang buruk.. Kat alam siber ni macam-macam boleh jadi... Jangan sampai jadi mangsa dah la... Don't trust a stranger... Takut... huhuhu... 


p/s: Motif letak kucing kat novel tu..?? Kat dalam novel ni ada kisah kucing yang ada tompok di kepalanya... Tapi kucing tu kucing misteri.. Kucing aku ni comel, so, takde la misterinya... ehehh...

4 Tukang Tembak:

Angah said...

ohw...si kucing ni pun dah pandai baca novel agak nye...comell

Yunus Badawi said...

Mcm novel Fixie jugak ke?

Yunus Badawi said...

Saya tak pernah chat dgn Cik Azz samada terang atau sebaliknya .... ngeee

Packy Sidique said...

Salam Azz,
Thanks tolong beli, baca dan review buku akak... comey kucing tu... :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)