Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, June 25, 2009

KESIAN DIA....

Assalamualaikum....

Sejak kebelakangan ni, aku sering teringat pada seorang kawan yang sama2 bekerja kat Johor dulu. Dan 2 malam yang lepas, tak semena2 aku menangis terkenangkan dia. Apakah nasib dia sekarang. Apakah dia masih lagi menjadi mangsa penampar suaminya? Adakah dia bahagia dengan hidupnya, dengan suami pilihannya, dengan anak2nya yang masih kecil itu. Dan yang menjadi persoalan aku sekarang ni, adakah dia masih lagi memegang status seorang isteri ataupun sebaliknya. Andaikata dia telah ditinggalkan, aku tumpang bahagia. Aku dapat merasakan bahawa kawan2 yang lain turut gembira jika dia berpisah.

Apalah ertinya sebuah kehidupan alam rumahtangga jika dia sering menjadi mangsa penampar sang suami, sedangkan dia seorang wanita yang sangat tulus dan jujur. Namun sayang, akibat dari kejujuran serta ketulusannya itulah, dia sering menjadi mangsa suami yang cemburu buta serta panas baran.

Dia...gadis dari Pantai Timur, datang mencari rezeki di negeri orang. Aku akui dia memang cantik, dengan kulitnya yang putih kemerahan tanpa sebarang parutpun yang kelihatan. Dia seorang anak yang baik, tidak pernah lupa untuk menghantar wang saku untuk keluarga di kampung. Bayangkan, ayahnya hanyalah penoreh getah, dengan bilangan anak yang ramai iaitu 13 orang. Mana mungkin ayahnya mampu untuk menyediakan semua keperluan tanpa sedikit sumbangan dari anak2 yang sudah bekerja.

Ramai yang minat dan jatuh hati dengan kawan aku ni. Tapi entahlah, mungkin sudah jodoh dia, ditakdirkan berkenalan dengan sang pembengis. Dari awal lagi kami sebagai kawan sering menasihati. Pilihlah lelaki yang lain kerana dia punya kuasa untuk memilih. Namun dia tetap dengan pilihannya itu... Dan apalah daya kami untuk menghalang...

Masa berkawan lagi dia sudah kena tumbuk di mata. Aku sedih sangat tengok dia masa tu. Dia cuba sembunyikan tanda lebam tu dengan memakai cermin mata, padahal dia bukannya rabun! Punca kena tumbuk sikit je, dia hanya terlambat 5 minit untuk turun ke bawah berjumpa boyfriend dia tu. Hanya 5 minit...!!!

Aku ingatkan selepas bertunang keadaan akan menjadi lebih baik namun semua itu hanyalah sementara. Dia ditumbuk lagi, tempat yang sama, di mata. Kali ni lebamnya agak ketara sampai supervisor tanya aku kenapa dengan mata dia. Aku nak jawab apa?? Akupun orang lain yang bagitau sebab dia malu nak pandang muka aku. Masa ni kami dah tinggal berasingan kerana syarikat nak jimatkan kos asrama, jadi kami terpaksa berpecah untuk mengisi mana2 asrama yang kosong. Aku memang tak tau cerita pasal ni sehinggalah aku tengok dari jauh muka dia, tengok keadaan diri dia yang semakin kurus. Dan aku curi2 pandang muka dia yang semakin layu dan cengkung, kerana dia memakai tudung yang sengaja di tarik ke depan untuk menutupi kesan lebam kat mata dia tu...

Kini, kami benar2 terpisah jauh. Aku sudahpun berhenti. Dan dia masih lagi bekerja waktu itu.Aku cuma mampu untuk meminta maaf sebelum pergi. Tak sanggup lagi aku nak cakap banyak2 dengan dia.Apatah lagi waktu tu dia dalam keadaan sarat mengandung.

Masa bercinta, si lelaki sanggup tunggu betul2
kat depan pintu pagar, tapi bila dah sarat macam tu, takde lak dia tunggu kat situ. Sebaliknya si suami tunggu kat seberang jalan. Terpaksalah kawan aku naik jejantas, berjalan dengan laju untuk cepat sampai kat suami. Dia sememangnya sudah sedia maklum, lambat bermakna penampar...!!

Aku terpaksa berhenti di sini dulu kerana airmata aku sudah mula mengalir kembali. Sebagai kawan, aku doakan agar dia bahagia walau di manapun dia berada. Dan yang pasti, aku amat merindukan dia yang dahulu...ceria sepanjang waktu...

Tapi kini.......

p/s: Bagaimana aku nak tolong dia sedangkan kami benar2 sudah terputus hubungan...Selamatkanlah dia ya ALLAH...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)