Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, November 28, 2017

Pokok durian belanda.

Assalamu'alaikum.

Pokok durian belanda.

Sepagi ini, aku dok sibuk kemas kini anak pokok durian belanda aku ni. Isi tanah dan susun balik semula serta trim pucuk dia supaya nanti boleh jadi bercabang-cabang.




Aku ajak sekali budak-budak bulus ni untuk temankan aku. Maklum la, anak pokok durian belanda ni rimbun sangat. Takut jugak aku kalau-kalau ada pulak yang melingkar kat bawah tu. Tambahan pulak sekarang ni musim hujan, kan? Kata orang, beringat sebelum kena. Tu yang panggil geng bulus tu buat teman. Tapi jenuh aku panggil, dorang buat tak tau je. Sudahnya, sekor ni je la yang datang. Itupun sekejap je. Caitt..! Haha.







Gigih tu pi belah buluh bekas isi lemang ni untuk buat pancang sebab anak pokok tu dah tinggi. Jadinya, kenalah bagi dia sokongan supaya tak rebah.





Sambil isi tanah, sambil letak baja dan letak buluh pancang tu sekali. Lepas tu, kambus balik baja tu. Stok tanah aku dah habis dah. Sekejap je habis sepuluh beg besar. Adeh..







Dah siap, barulah susun balik semula polybag anak pokok durian belanda tu. Gigih jugak pi lapik simen tu dengan plastik untuk elakkan rumput liar tumbuh. 




Dah siap dah kemaskan kawasan anak pokok durian belanda ni. Ada dalam 54 polybag semuanya. Itu tak termasuk dengan 4 polybag dah bagi kat orang dan dua polybag dah tanam atas tanah.




Aku semai benih durian belanda ni untuk projek kakak aku lepas dia pencen nanti. Dah lama dah aku semai. Kisahnya ada di sini. Sila klik jika nak baca. Heh. Sekarang ni umur anak pokok durian belanda ni lebih kurang lapan bulan tapi ada jugak yang tak sampai lapan bulan sebab aku semai tak sama waktu.


Oh, rupanya aku semai benih durian belanda ni sejak dari bulan tiga lagi. Mujur ada post kat fb. Boleh la imbas kembali. Haha.


p/s: Kita usaha je. Yang menjadikan ia berjaya adalah dengan izin Allah jua.

Pokok kacang buncis.

Assalamu'alaikum.

Pokok kacang buncis.

Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama hari tu, pokoknya dah mati dah sebab kena serang dek bena/kuya dan juga siput babi. Dapat la merasa dalam lima urat (tangkai) kacang buncis tu. Jadi la. Haha.


Kali ini, aku tanam kat bahagian belakang rumah pulak. Tanam sekali dengan pokok cili besar. Kiranya ni tempat baru la. Harap takde la kena serang dengan bena/kuya tu lagi. Siput babi memang ada tapi setakat ni nampaknya dia belum lagi menyerang pokok kacang buncis tu. Tapi dia dah mula masuk dah dalam pasu yang ada anak pokok cili besar aku ni. Geram betul! Memang selamat la aku kerjakan. 




Gigih tu aku pergi tajak rumput kat kawasan belakang jamban ni. Lepas tu, lapik pulak dengan plastik untuk elakkan rumput tumbuh. Lepas tu, susun pulak batu-bata dan tin susu Ensure yang dah kosong tu untuk buat lapik pasu dengan harapan siput babi susah la nak panjat tapi dia tetap jugak dapat panjat pasu tu. Hahaha. 











Dalam botol kat gambar bawah ni, aku letakkan bancuhan cuka makan, air dan cecair pencuci pinggan. Sengaja aku sangkutkan kat pagar tu supaya senang aku nak sembur semut jika ada kat dalam pasu tu. Aku sembur semut dan serangga lain tu je. Jangan sembur kat daun atau mana-mana bahagian pokok. Takut nanti pokok tu lecur dan mati. Aku dah kena dah hari tu. Heh. sembur je kat pasu ataupun kat tanah dalam pasu tu. Masa sembur tu, hadang la sikit pangkal pokok tu dengan tapak tangan.





Persoalan aku sekarang ni adalah; masa bila kita nak letak baja buah tu ehh? Ke, tak perlu letak baja buah tu? Aku bab letak baja ni memang agak fail sikit la. Rasanya memang kena letak baja buah sebab pokok ni jenis berbuah, kan? Cuma masa untuk letak tu yang aku tak pasti. 


Gambar terkini. Baru je sekejap tadi aku ambil. Heh.


p/s: Setiap kali menanam sayur, aku memang tak sabar nak dapatkan hasilnya. Teruja melihat perkembangan pokok tu dari sehari ke sehari.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)