Assalamu'alaikum.
Den dah torai tanam dah...! Part 2.
Ini merupakan kali kedua dalam percubaan menanam togey. Masa kali pertama dulu, tak menjadi dan aku terus tanam togey tu dan jadilah dia pokok kacang hijau. Harapnya, kali ni aku berjaya la. Malu weii tanam togeypun tak lepas. Hahaha.
Kali ni tanam togey buat cara lain pulak. Kan macam-macam cara yang ada. Akupun ikut je la cara aku. Heh.
Aku mulakan eksperimen ni pada hari Ahad, 18/12/2016.
Aku mulakan eksperimen ni pada hari Ahad, 18/12/2016.
Macam biasa la. Rendam kacang hijau semalaman. Buang biji kacang hijau yang timbul.
Keesokannya, toskan kacang hijau tadi.
Sementara tu, sediakan tapisan untuk jadi tapak semaian pokok togey nanti. Lapikkan dengan beberapa helai tisu dapur.
Kemudian, taburkan kacang hijau tadi ke dalam tapak semaian dan ratakan kacang hijau tersebut.
Seterusnya, ambil beberapa helai tisu dapur dan tutup kacang hijau tadi.
Tutup semua bahagian.
^
Kemudian, letakkan tapisan tadi di atas sehelai kain batik dan bungkuslah bekas tu sekali. Akhir sekali, letakkan di dalam tempat gelap. Macam aku punya ni, aku letakkan dalam kabinet dapur.
v
--------------
Update.
21/12/2016
Pagi selepas subuh, terus aku tengok pokok togey aku tu dan apabila aku buka je bungkusan kain tu, terkejut la jugak sebab tengok ada pokok togey yang dah tinggi dan menolak kertas tisu penutup tu. Sepatutnya kena tindihkan sikit atas togey ni supaya pembesarannya tidak tinggi tapi aku tak tindihpun. Namanya eksperimen, maka aku buat aje la ikut cara aku. Haha.
Siram pokok togey ni tiga kali sehari, pagi, petang dan malam. Buka lipatan kain batik tadi untuk menyiram. Siram je atas lapisan tisu yang tutup togey tu. Toskan air dia ataupun letakkan bekas berisi togey tu atas besan supaya air siraman tu menitis keluar. Lepas siram tu, bungkus balik semula dan letakkan ke tempat gelap tadi lagi sekali. Buat berulang kali selama tiga hari berturut-turut.
Aku semai pokok togey ni dengan menggunakan kacang hijau dalam gambar kat bawah ni yang merupakan hasil dari eksperimen yang aku buat dulu. Kisahnya ada di sini dan jugak di sini.
Aku bagi togey ni kat jiran sebelah. Lepas tu, aku bagi sekali satu bungkus bihun. Aku cakap kat akak tu; nanti akak goreng la bihun ni. Lepas tu, bagi la kita semangkuk. Akak tu tanya nak letak rencah apa. Aku jawab; alah, letak ikan bilispun takpe. Sempoi je dah la. Hahaha.
p/s: Lepas ni, nak buat eksperimen lagi sebab aku masih tak puas hati dengan hasil kali ini. Kali ni, aku nak gunakan kacang hijau yang beli kat kedai tu pulak dan aku nak tindih bekas semaian pokok togey tu nanti dengan benda yang berat sikit. Nak jugak tengok macam mana hasilnya nanti.
p/s: Lepas ni, nak buat eksperimen lagi sebab aku masih tak puas hati dengan hasil kali ini. Kali ni, aku nak gunakan kacang hijau yang beli kat kedai tu pulak dan aku nak tindih bekas semaian pokok togey tu nanti dengan benda yang berat sikit. Nak jugak tengok macam mana hasilnya nanti.