Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, June 2, 2018

Tart nenas gulung: Biskut raya pertama 2018.

Assalamu'alaikum.

Tart nenas gulung: Biskut raya pertama 2018.

Secara jujurnya, aku nak bagitahu bahawa aku memang tak pandai nak buat biskut tart nenas gulung ni. Pada aku, biskut ni agak leceh pembuatannya. Kalau dah jenis malas, macam-macam alasan yang keluar. Ya tak? Kah!


Namun disebabkan ekonomi kat dompet aku agak menyedihkan, maka akupun usahalah buat sendiri biskut tart nenas gulung ni. Takut la pulak kalau raya nanti rumah aku takde kuih raya. Selalunya ada je kaum kerabat yang bawak balik sejenis dua kuih raya tapi mana la tau kot lepas peralihan kuasa ni, masing-masing bawak tangan kosong je. Heh.


Jom tengok gambar. Baca dan hadamkan apa yang aku tulis. Jangan pulak suruh aku lukis gambar sebab terang-terang aku dah letak gambar dah tu haa.. Tett...!


1- Pukul 250 gram butter dengan dua sudu makan susu pekat manis. Pukul guna spatula je. Alah, pukul-pukul gitu je. Janji dia sebati, dah la. Pukul anggaran dua hingga tiga minit. Tak payah nak pukul guna mixer semua tu. Jimatkan letrik, okay. 



2- Lepas tu, masukkan sebiji kuning telur. Pukul lagi biar sebati. Sama macam tadi, pukul dalam dua hingga tiga minit.



3- Kemudian, masukkan pula satu sudu makan shortening. Pukul lagi biar sekata. Dua tiga minit juga ya.



4- Lepas tu, masukkan pula dua sudu makan tepung jagung. Pukul lagi biar sekata. Sama juga, dua tiga minit je.



5- Akhir sekali, barulah masukkan tiga cawan tepung gandum. Gaul rata dan uli dengan jari hingga doh tidak melekat kuat pada jari. Doh biar lembut. Kalau doh keras, nanti susah nak tekan acuan dan adunan biskut akan pecah-pecah.



6- Dan inilah hasilnya doh untuk tart nenas gulung aku.



Ini pula jem nenas yang aku gunakan. Aku beli je jem nenas ni. Malas nak buat sendiri. Lagipun, biskut tart nenas gulung ni bukannya aku buat banyak. 



Sekarang, masa untuk menekan acuan. Aku hanya gunakan acuan samperit tembaga kepunyaan Omak aku. Rare tau acuan ni. Zaman aku kecil lagi acuan ni dah ada dah. Ko ado? Nan hado, kan? 🤭🤭🤭




Tekan acuan, isikan jem nenas dan gulung perlahan-lahan. Sambil gulung tu, sambil tekan jem nenas tu kiri kanan. Maksudnya, jari telunjuk dan ibu jari kena bekerja sama untuk memampatkan jem dalam gulungan tadi. Kemudian, susunkan atas dulang yang sudah dilapik dengan baking paper. 




Bagus lapik dulang pembakar guna baking paper ni sebab lapisan bawah biskut tak melekat dan tak mudah hangit. Satu keping baking paper yang saiz besar tu harga dia cuma 80 sen sahaja.



Sapukan kuning telur pada permukaan biskut tart gulung tu. Hati-hati sapu. Jangan main tenyeh je. Kang tertanggal pulak bentuk biskut tu. Haha.




Sebelum bakar biskut, panaskan dulu oven selama 10 minit dengan suhu 170 darjah Celcius. Lepas tu, bakar la biskut tadi sehingga masak anggaran dalam masa 15-20 minit bergantung pada jenis oven masing-masing.



Lepas keluarkan dari oven, jangan terus usik biskut tu. Kang terbarai terus isi perut dia. Bagi dia sejuk dulu, barulah boleh masukkan ke dalam bekas kedap udara. Ala, masuk dalam botol plastik tu la. 




Sukatan acuan tu, aku gunakan sukatan cawan/sudu metrik. Sukatan jangan main agak-agak ya. Takut nanti sukatan tu lari, kang lari pulak bentuk dan rasa dia. Lepas tu, mula la salahkan resepi padahal sendiri yang salah. Haha. 


p/s: Masa berbuka puasa tadi, aku dah rasa dah kuih tart nenas aku ni. Alhamdulillah, boleh tahan jugak rasa dia. Lepas ni, boleh la ambil order tart nenas gulung pula. Heh.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)