Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 30, 2013

Botingkek-tingkek...

Assalamualaikum...

Botingkek-tingkek...


Sekarang ni cuaca panas botingkek-tingkek... Bila dah panas botingkek-tingkek ni, mula la sakit kepala datang.. Datang pulak bukan tau nak sikit-sikit.. Nak jugak datang botingkek-tingkek..


Lepas tu angin dalam badanpun ikut sama naik botingkek-tingkek jugak.. Mula la satu badan sakit dan jadi la dia sengal botingkek-tingkek... Letak minyak panaspun tak jalan..


Apa nak buat.. Kena la ada botingkek-tingkek tahap kesabaran.. Kalau tak nanti risau pulak jadi meroyan botingkek-tingkek.. hehehe...


Duit je yang tak datang botingkek-tingkek.. Kalau tak, dah senyum lebar moningkek-ningkek.. Sakit kepalapun takut nak dokek... kehkehkeh....


p/s: Entry merapu meraban botingkek-tingkek.. muahahahaha...
.

Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang..

Assalamualaikum...

Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang..


Pagi-pagi lagi aku dah dapat SMS dari kawan lama yang masih kerja kat JB nun.. Dia bagitau yang sorang kawan meninggal dunia hari Sabtu lepas akibat barah payu dara... Lepas je dapat SMS tersebut, akupun call kawan tadi untuk bertanyakan cerita dengan lebih lanjut.. Kawan aku ni pun lambat dapat berita ni..


Masuk ni dah tiga orang kawan aku meninggal akibat penyakit yang sama.. Dua orang kawan realiti dan seorang kawan siber.. 


Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kalian, ditempatkan kalian di kalangan mereka yang beriman, diampuni segala dosa dan diterima segala amal ibadat semasa hayat masih ada... Amin..


Dari DIA kita datang.. Kepada DIA kita pulang..


p/s: Al-Fatihah...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)