Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 28, 2023

Raya 2023: Buat lemang sampai dua kali.

Assalamu'alaikum.

Raya 2023: Buat lemang sampai dua kali.

Alhamdulillah, raya tahun ni kakak aku buat lemang lagi. Masih lagi guna daun lerek. Buluh dan daun lerek tu adik bongsu aku yang sediakan. Lain-lain kerja tu kami semua buat sama-sama. Cuma masa isi pulut dalam buluh, aku dengan kakak aku yang buat. Dah kami berdua je orang tua yang ada.




Adik-beradik yang lain tak balik beraya di sini. Maka, kami lima beradik je beraya di sini. Lagi empat beradik beraya di kampung. Ikut la nak beraya di manapun. Bila mak abah dah takde, memang beginilah situasinya. Terima je la.






Kami buat lemang sampai dua kali. Kali pertama buat masa malam raya tu. Hujan la pulak malam tu tapi mujurlah tak lebat sangat. Buat lemang dalam enam kilo beras pulut. Dapat la 23 batang. Buluh lemang kali ni kecil dan pendek. Tu yang dapat banyak batang tu.

Sebelum buat lemang, kami buat rendang dulu. Aku buat rendang daging manakala kakak aku buat rendang ayam pencen. Rendang daging enam kilo dan rendang ayam pencen empat ekor. Pandai-pandai kami la buat macam manapun. Haha.







Tutup dengan zink untuk elakkan air hujan terkena pada api dan lemang.











Kepala lemang. Sedap ni. Lemak berkrim.
 

Mujurlah ada anak-anak buah yang membantu. Kalau tak, memang apapun tak buat. Mana la kami orang tua ni larat nak buat semua kerja.






 





Kali kedua buat lemang pada malam raya ketiga. Kakak aku nak bawak lemang balik ke kampung. Tu yang gigih buat tu. Kali ni buat tiga kilo pulut. Dapat la 17 batang lemang.









 



Alhamdulillah, lemang semua okay. Takde yang mentah, separuh masak atau rentung. Jiran aku siap nak beli lemang ni tapi kami bagi je la pada yang meminta. Tak mampu la nak bagi semua orang. 

Hari raya, orang pergi beraya tapi aku dengan kakak aku bantai tidur. Sakit pinggang tak boleh bawa bincang. Kakak aku siap demam lagi. Penangan sungguh raya kali ni. Tapi takpe la, ni semua akan jadi kenangan.

p/s: Tahun depan tak pasti lagi macam mana. Jika panjang umurpun, rasanya tak buat dah lemang ni. Dah tak larat nak buat.

.

Thursday, April 27, 2023

Rock melon hidroponik yang comel.

Assalamu'alaikum.

Rock melon hidroponik yang comel.

Aku terpaksa petik buah rock melon ni sebab pokoknya dah nak mati. Ralat la jugak sebab tak dapat tengok dia membesar. Mujurlah dah ada isi. Sedap dan manis isinya walaupun buahnya masih kecil.






Meleleh air liur tengok isi dia.







p/s: Sekarang takde mood nak menanam. Mungkin sebab cuaca yang terlampau panas. Tunggu la cuaca kembali normal. Baru la sambung menanam.

.

Ziarah 'rumah' Omak dan Abah.

Assalamu'alaikum.

Ziarah 'rumah' Omak dan Abah.

Pada hari raya kedua yang lalu iaitu pada hari Ahad, 23 April 2023, aku baru berkesempatan untuk menziarahi pusara Omak dan Abah aku. Sayunya rasa hati tapi itu la, kenalah reda.









Kami tiga beradik. Yang lain tak balik beraya di sini.











Pusara Abah.


Pusara Omak.
 







p/s: Mana yang masih ada ibu bapa tu, santuni dan jagalah mereka dengan sebaiknya.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)