Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 26, 2016

Gara-gara kebosanan, maka terciptalah satu resepi ini. :D

Assalamu'alaikum.

Gara-gara kebosanan, maka terciptalah satu resepi ini. :D


Ya, aku sedang dilanda kebosanan! Macam tak percaya je, kan? Sebab apa tak percaya? Sebab aku ni memang jenis susah nak bosan duduk kat rumah ni. Tapi apabila aku bosan, ada la benda yang tak kena tu. Haha. Bukannya takde kerja nak buat kat rumah ni. Banyak sangat kerja tapi tu la, jika dah namanya bosan, maka bosanlah jadinya. Apa benda la yang aku merepek ni. Hehe.


Okay, dek kerana kebosanan yang melanda, maka aku masuklah ke dapur. Teringat akan sagu mata ikan yang dibeli masa raya cina hari tu. Kononnya beli sagu mata ikan ni nak buat kuih abok-abok tapi dek kerana kakak aku kesuntukan masa, maka tak jadilah buat kuih abok-abok tu. 


Dan kerana nak mencuba juga, maka terhasil la satu resepi mudah yang aku cipta sendiri. Bangga wei dapat cipta resepi. Ahak!




Aku namakan resepi aku ni dengan nama sagu mata ikan merah bersantan. Punya la panjang nama dia. Hikhikhik. Jom tengok bahan yang aku gunakan.

Satu peket sagu mata ikan - warna merah
4 sudu makan gula pasir - penuh sudu tu macam dalam gambar
1/2 sudu teh garam halus
Sedikit santan - lebih kurang sama paras dengan sagu mata ikan tu bila diisikan dalam loyang.





Aku gunakan santan cair je. Santan perahan kali kedua dari dua biji kelapa. Lagipun sebagai percubaan pertama buat kuih sagu ikut resepi sendiri. Perahan santan yang pertama tu aku dah gunakan untuk buat masak lemak cili padi ayam. Disebabkan sayang nak buang kelapa yang masih ada sisa santan tu, itu yang aku buat kuih sagu ni.



Pemegang kat tutup kukus ni dah pecah. Maka aku gantikan dengan pintalan kasih sayang dari dawai. Ahaha.


Cara nak buat kuih sagu mata ikan merah bersantan ni sangatlah mudah!


Mula-mula, masukkan sagu dalam tapis kelapa dan lalukan bawah air paip. Lepas tu, terus je masukkan ke dalam loyang yang bersesuaian. Ratakan sebab senang kita nak sukat paras santan tu nanti. Kemudian, masukkan terus santan, gula dan garam. Lepas tu baru kacau-kacau biar sebati dan ratakan balik semula. Akhir sekali, kukus dengan api yang besar lebih kurang 20- 25 minit atau sehingga masak. Masa tu cuma anggaran je sebab api dapur kita tak sama. Agak-agak la. Apabila dah masak, sejukkan dahulu.





Dah siap! Boleh la dimakan begitu saja sebab kuih ni dah manis dah. Terpulang pada citarasa kita nak makan macam mana. Heh. Dah siap dah satu menu untuk minum petang. Tak payah nak gaduh-gaduh atau pening-pening kepala cari resepi yang susah-susah nak buat.





Kita yang buat dia, ikut suka hati kita la nak ejas macam mana, ya tak?


p/s: Alhamdulillah. Segala rezeki adalah dari Allah.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)