Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, February 11, 2014

Camner nak login ni... :p

Assalamualaikum...

Camner nak login ni... :p


Diapun nak jugak bukak akaun fesbuk.. Sabar je la.. ahahh... So, layan gambar je la ya.. hehh..


Waaa....!!! Ni ke fesbuk...??


Macam mana nak login ni..? Nak ketuk kat mana..? Adehhh... *Abaikan luka kat badan Momok tu.. Tu kerja si kucing samseng tu laaa.. huhuhu...


Boringnya laaa.... Dari tadi tak dapat nak login.. 


Someone please help me laaaa....!!! Camno nak buek niiii.....????


p/s: Mujurlah ko tu kucing Momok oiiii... Kalau tak, jenuh aku nak mengajar... Kang makin bertambah rakyat Malaysia yang ada akaun fesbuk.. ahahhh...

Antara hukuman dan disiplin...

Assalamualaikum...

Antara hukuman dan disiplin...


Masa zaman aku sekolah dulu, macam-macam hukuman atau denda yang pernah aku lalui.. Kena denda berdiri atas kerusi atau meja tu dah biasa sangat dah walhal kesalahannya bukan la besar sangat.. Cuma salah spelling je.. Tapi nak tak nak, bila dah kena denda, buat je la.. Malu tu memang la malu tapi bila ada kawan yang sama-sama kena denda, takde la malu sangatpun sebab dah ada geng... hehehehe...


Lepas tu, kena denda gigit buku yang paling tebal.. Cikgu siap selongkar beg sekolah aku lagi sebab nak cari buku teks yang tebal tu sebab kitorang mesti pilih buku yang nipis.. Jenuh woo mulut menahan lenguh gigit buku teks yang tebal ni.. Meleleh-leleh air liur... Cikgu siap perli lagi suruh lap air liur tu.. wakakakaka... Ikutkan hati memang la geram dan sakit hati, tapi nak buat macam mana, dah sendiri yang salah.. So, terima je la denda yang dikenakan.. kehkehkeh...




Pernah jugak kena denda berdiri di luar kelas.. Padan muka den.. hahahaha... Salah sendiri jugak.. Masa cikgu mengajar kat depan, siapa suruh pandang kat luar tingkap pergi tengok murid kelas lain buat senaman.. Adoyaii.. Malu jangan cakap laa.. Dah la kelas setentang dengan kelas abang.. Boleh nampak geng-geng abang tengok aku yang berdiri sorang-sorang kat koridor tu.. Tapi takde la aku nak mengadu kat mak abah aku.. Balik rumah abang tanya kenapa kena denda berdiri tu.. Aku diam je.. Malas nak bagitau.. hahaha...


Tapak tangan berbirat kena pukul dengan rotanpun pernah jugak.. Rasa nak terkencing menahan sakit.. Kesalahannya tak lulus mata pelajaran matematik.. Sekali cikgu matematik tu zappp tiga das kat tapak tangan.. Birat wooo... Mujur masa tu ada simpan minyak angin cap kapak.. Lepas kena zap, terus curah minyak angin tu.. Legaaaaaa.... Sekejap je minyak tu habis sebab ramai geng yang mintak... Habis tu dah ramai yang kena libas... hihihi... Namun nak mengadu kat mak abah, idok ler.... ahaha...


Banyak lagi sebenarnya denda dan hukuman yang aku terima masa zaman sekolah dulu tapi satupun aku tak bagitau mak abah aku.. Kadang-kadang dorang tau daripada mak ayah kawan-kawan aku.. Tapi dorang takdepun nak pergi serang cikgu kat sekolah tu.. Dorang tau anak dorang yang salah.. Lagipun kami kat sini rata-rata anak bekas tentera.. Apa la sangat kena denda dan hukum macam tu, kan... ehehh...


Ibu bapa sekarang ni bila anak kena denda kutip sampahpun dah membebel macam apa entah.. Tapi bila anak-anak buang sampah merata-rata kat rumah, pandai pulak salahkan cikgu.. Cikgu kat sekolah ko tu tak ajar ke macam mana nak buang sampah..? Ni aku dengar sendiri dari mulut becok seorang ibu murid tu yang identitinya dirahsiakan.. ahakkk...


Sayangkan anak, tangan-tangankan.. Tapi aku tak pernah kena tangan dengan abah aku.. Walaupun dia seorang bekas askar berpangkat sarjan tapi dia sangatlah penyayang... heeee... Kena tangan dengan mak aku tu selalu.. Sikit-sikit kena cubit.. Pernah kena kejar dengan kayu api keliling rumah.. kikiki...


p/s: Terima kasih cikgu sebab selalu denda saya dulu.. hehehe... Rindu pulak nak jalan itik cabut kemuncup secara beramai-ramai kat padang sekolah... Lepas cabut kemuncup, baru boleh teruskan aktiviti jasmani.. ahahh... Dulu tukang kebun cuma sorang je.. Jadi, setiap hari pasti ada dua tiga kelas yang kena buat aktiviti cabut kemuncup tu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)