Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 24, 2013

Apabila kebosanan melanda, sardin roll menjadi mangsa.. hehh...

Assalamualaikum...

Apabila kebosanan melanda, sardin roll menjadi mangsa.. hehh...


Bosan..?? Jangan panik..!! Apa kata kita selongkar dapur kita tu dan tengok apa yang ada.. Aku dah selongkar dah dapur aku.. Dan akhirnya, aku berjaya membuat sardin roll.. Sepatutnya sardin roll ni bentuk dia empat segi dan dibakar dalam oven, tapi aku malas nak buat bentuk empat segi tu dan malas jugak nak guna oven besar tu.. So, jadilah sardin roll versi goreng.. hehh.. Nak kata karipap pun boleh jugak la.. haha..


Jom tengok bahan-bahan yang aku jumpa.. Jumpa la sangat, kan... kehkehkeh... 




















Adunan doh kena simpan dalam bekas bertutup bagi mengelakkan doh tu mengeras terkena angin kipas angin dan sebagainya.. Bila doh keras, nanti susah nak canai.. Lagipun doh ni jenis mantul.. Mantul tu macam dia tak mengikut masa kita canai dia.. Kita canaikan doh tu tapi doh tu tak memeri. Doh tu tak mau mengembang.. Macam tu la lebih kurang.. Macam elastik gitu.. haaaa...


p/s: Seperti biasa, resepi ada kat dalam blog dapo aku tu..  Sudi-sudikan la menjenguk ya.. Terima kasih.. :)

Info yang berguna, wajar kita sebarkan... ecehhh... haha..

Assalamualaikum...

Info yang berguna, wajar kita sebarkan... ecehhh... haha..


Walaupun banyak kemerapuan dalam blog aku ni, namun ramai juga yang mencari info kat sini.. Kiranya blog aku ni boleh dikatakan berinformasi jugak la dan masih lagi selamat untuk dikunjungi... hehh.. hehh.. hehh..  *Siapa lagi yang nak promot jika bukan tuan punya badan... heeee....




Terima kasih pada yang mencari info di sini.. Bila dah dapat sedikit ilmu dalam bidang jahitan ni, apa la salahnya ajarkan pada kawan-kawan yang lain.. Kalau tak sempat atau takde masa nak ajar, boleh la share link yang berkaitan.. Jangan pulak bila dah dapat ilmu, lepas tu dok senyap macam tu je.. Bak kata orang, makan sorang-sorang.. Tak baik macam tu..


Mudah-mudahan boleh faham dengan info yang aku berikan.. Jika tak faham dan nak bertanya, boleh je tinggalkan komen.. Jika aku boleh jawab, insyaAllah, aku akan cuba menjawabnya.. Jika aku tak boleh jawab, aku akan cakap terus-terang yang aku tak tau.. 


p/s: “The truth will set you free, but first it will piss you off.” - Gloria Steinem


Be Careful With My Heart (BCWMH)..

Assalamualaikum....

Be Careful With My Heart (BCWMH)..


Be Careful With My Heart ni adalah drama bersiri Filipina yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga hari Khamis, bermula jam tiga petang.. Ia disiarkan selama lebih kurang satu jam.. 




Sekarang ni aku tengah dok follow cerita ni.. Dah lama tak beria follow drama Filipina ni.. Masa episod pertama hari tu, aku cuma tertengok sikit je.. Dah nak habis baru tertengok.. Lepas tertengok yang sikit tu, terus je aku sangkut dengan citer ni.. hehh.. 




Aku tak reti la nak cerita lebih-lebih pasal drama ni.. Tapi aku memang suka tengok lakonan dorang terutama sekali watak si Maya yang sweet, watak Sir Chief yang sejuk beku, watak si Abby yang manja dan kuat merajuk, juga watak sampingan yang sangat menghidupkan jalan cerita..


Aku jugak suka dengar percakapan dorang yang diselang-selikan dengan BI.. Aku rasa lenggok percakapan dorang ni lebih lembut sikit jika nak dibandingkan dengan lenggok percakapan dalam drama Korea yang pada aku agak kasar.. Mungkin sebab tu aku tak berapa minat nak melayan siri Korea ni.. 


p/s: Nak tau lebih lanjut pasal drama ni, boleh la tanya atok google.. Atok yang sorang ni serba serbi dia tau.. Jangan tanya aku sebab aku ni serba tak tau.. hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)