Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, October 25, 2020

Korek keledek ungu isi oren.

 Assalamu'alaikum.

Korek keledek ungu isi oren.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, dapat juga aku merasa keledek ungu yang aku tanam di dalam pasu ni. Seronoknya la haihh.. 












Ini keledek putih. Ada sepasu ni je.


Aku ada kongsikan di grup kebun bandar. Sila klik.


Aku ada kongsikan cara aku tanam keledek ungu ni dalam entri yang ini. Sila klik.


Boleh tengok perkongsian video dari saudara Izham Alias di sini. Klik.


p/s: Okay, ini je untuk kali ini. 

.

Friday, October 16, 2020

Hasil pancingan adik.

 Assalamu'alaikum.

Hasil pancingan adik. 


Alhamdulillah. Semua ini adalah hasil yang adik aku pancing di jeti sungai selama dua malam. Malam pertama tu, dapat la seekor udang galah yang besar, seekor ikan kenderak, seekor ikan lawang dan beberapa ekor anak ikan apapun aku tak tahu. Haha. Sudahpun aku masak pagi tadi. Aku campurkan aje semua tu sekali harung. Sonang kojo den. Kah...! Tapi ikan comel-comel tu aku dah goreng dah semalam. 








Ni nasi adik aku. Dia hantar gambar ni kat grup whatsapp family. Buat pedajal dorang je. Haha.


Kononnya nak masak dengan rebung biasa tapi rebung tu takde. Yang ada cuma rebung madu ni je. Tapi, rebung madu ni dah berbau hancing dan dah lembik. Tak jadi aku nak masak. Rugi je beli. Lain kali kalau menjual tu, jujur la sikit.


Malam keduanya, tak dapat apa. Dapat labi-labi besar dan terlepas la pulak. Malam berikutnya, dapat pulak dua ekor ikan baung dan beberapa ekor anak ikan yang aku tak tau nama depa. Kah.. Ikan baung ni aku tak masak lagi. Esok pulak masak.





p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah berikan. Jimat la sikit duit belanja dapur. 

.

Thursday, October 15, 2020

Oh my pokok #padi dah berbuah! 😱😱😱

Assalamu'alaikum.

Oh my pokok #padi dah berbuah! 😱😱😱


Benih padi ni aku dapat dalam kampit tanah hitam yang aku beli di nurseri. Tanah tu kan dah siap campur sekam padi dan sebagainya. Benih tu dah ada yang cambah masa aku buka kampit tu. Tu yang aku cuba tanam. Nak tengok balik semula pokok padi yang menjadi mainan aku masa zaman umur bawah 9 tahun dulu.






Inilah dia pokok beras!
Ehhh....

😂😂😂


p/s: Lama aku tak update blog, kan? Ada la sebabnya. Ada kisah sedih yang berlaku. Nanti la jika aku rajin, aku kongsikan dalam blog. 
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)