Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 23, 2016

Rileks-rileks sudah!

Assalamu'alaikum.

Rileks-rileks sudah!


Aku dah malas dah nak ambil port sangat fasal  semua ni. Aku nak buat rileks je. Kalau beria-ia aku layan, makin sakit pulak jiwa aku nanti. Aku tak nak rosakkan jiwa aku dengan benda-benda macam ni. Life is too short. Jadinya, manfa'atkan kehidupan ini dengan sebaik mungkin. 




Sekarang ni, aku nak happy-kan diri aku je. Kalau bukan diri kita yang bagi motivasi pada diri sendiri, siapa lagi yang kita nak harapkan? Sebab tu kita kena kuatkan semangat. Jangan cepat sangat melatah tak tentu hala lagi-lagi berkaitan dengan perkara yang tak penting. Heh.




p/s: Kita kenalah sentiasa cool. Barulah nampak matang. Tak gitu? Kehkehkeh.

Monday, August 22, 2016

Mendung tak bererti hujan.

Assalamu'alaikum.

Mendung tak bererti hujan. 


Best! Suka pulak aku layan lagu duet gandingan dari Ella dan suaminya, Captain Azhar. Ella dan Captain Azhar berduet lagu Mendung Tak Bererti Hujan. Mula-mula tu suara Captain Azhar ada gegar-gegar sikit. Mungkin dia ada sedikit gugup tapi lepas tu okay dah. 



Ella & Captain Azhar: Mendung Tak Bererti Hujan.



Sebetulnya, malam tadi aku dah nak masuk tidur dah. Tapi sebelum tu, sempat la aku tukar cenel tv. Tup-tup tengok ada Ella tengah nyanyi kat rancangan Lentera Muzika. Siaran langsung lagi dari TV1. Maka, akupun tak jadi la nak tidur. Ahaha.


Tak tau kenapa aku rajin pulak pergi rakam gandingan duet antara Ella dan suaminya tu. Yang aku rasa masa tu adalah rasa seronok tengok pasangan ni berduet secara live. Aku memang sukakan suara Ella yang serak-serak basah tu. Tapi rancangan Lentera Muzika Ella malam tadi memang best! Pentaspun cantik. Muzik iringanpun terbaik. Suara Ella masih lagi sedap seperti dulu. Penontonpun bagi sokongan yang meriah. Tahniah untuk semua. 


Moga rumahtangga Ella dan suami, Captain Azhar, berkekalan hingga ke akhir hayat. Moga mereka bahagia dan gembira selalu dengan cara mereka. Apabila tengok dorang bahagia, akupun tumpang gembira. Hehe.


Siapa yang terlepas peluang nak tengok konsert Ella ni, boleh la klik kat sini


p/s: Doakan kebaikan itu lebih baik daripada berkata yang bukan-bukan. 

Saturday, August 20, 2016

Ini namanya pengalaman.

Assalamu'alaikum.

Ini namanya pengalaman.

Kita semua pasti ada pengalaman tersendiri. Samada pengalaman tersebut pengalaman yang manis atau pahit, ia sedikit sebanyak memberi kita satu pengajaran.




p/s: Kata orang, pengalaman mematangkan fikiran. Jika tiada pengalaman, kita tidak punya apa-apa untuk dikongsi dan dijadikan sebagai satu motivasi.

Thursday, August 18, 2016

Ikut apa yang mak pesan!

Assalamu'alaikum.

Ikut apa yang mak pesan!


Mak aku selalu pesan macam ni -> Kita ni bukan orang senang. Jangan suka ikut lagak orang. Orang makan gajah, biarlah kita makan kancil je. Maksudnya, orang makan besar, kita makanlah ikut kemampuan kita. Kita ni tak ada harta, buat cara tak ada. Yang penting, jangan suka meminta-minta. Bukan apa, takut nanti orang meluat dengan kita. 





Buat apa nak tipu diri sendiri? Dah la tipu diri sendiri, lepas tu tipu orang lain pulak. Berapa banyak menipu daaaa. Konsepnya mudah je iaitu ukur baju biarlah pada badan sendiri. Barulah selesa nak pakai baju tu


Dengan aku ni mudah je. Nak kawan, kawan je. Tak nak kawan, sudah! Ramai lagi orang lain yang ikhlas dan jujur nak berkawan dengan kita tanpa memandang status, kerjaya, pangkat, rupa, kereta besar dan sebagainya. 


p/s: Ikut apa yang mak pesan, bukan sekadar dengar je tapi tak ikut. 

Wednesday, August 17, 2016

Yeahh..!

Assalamu'alaikum.

Yeahh..!


Mungkin ada betulnya dengan caption ni -> If you have a garden and a library, you have everything you need - Cicero




Aku ada dua-dua ni, mini library dan taman mini. Tapi library tu untuk aku sorang je sebab banyak novel je. Novel aku tu bukan untuk dipinjam ataupun disewa. Kalau nak pinjam al-Qur'an, aku boleh bagi pinjam. :)


Mungkin sebab dah ada dua-dua ni, aku dah tak kisah sangat dah dengan benda lain. Tapi TV, internet dan handphone kena ada jugak la. Kalau takde, mati kutu la jawabnya nanti. Ahaha.


p/s: Bukan susahpun nak cari keserasian. Apa yang penting, kita sendiri kena pandai menyerasikan diri. Yeahh..!
.

Tuesday, August 16, 2016

Redha.

Assalamu'alaikum.

Redha.

Apabila bergelar 'pesakit', nak tak nak, kita kena redha. Nak bersedih sepanjang masapun tak elok juga. Takut nanti kita menjadi semakin murung dan makin mudah untuk syaitan menghasut kita. 




Aku kini sudahpun bergelar 'pesakit'. Susah sebenarnya nak hadapi kenyataan tapi itulah, terpaksa redha. Mudah-mudahan Allah sentiasa melindungi aku. Aamiin.


p/s: Kebenaran itu memang sakit dan pahit. Harus akur. Harus redha. 

Sunday, August 14, 2016

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.

Assalamu'alaikum.

Resepi dan cara masak sup ikan siakap.


Lama sungguh aku tak kongsi resepi dan tepek gambar makanan kat blog aku ni, kan? Maklum la, macam-macam perkara yang berlaku yang buatkan aku jadi sedikit malas dan takde mood nak buat semua tu. Alhamdulillah, sekarang ni dah ada mood sikit dah. 


Moh la kita tengok gambar dan baca penerangan berkaitan dengan resepi dan cara masak sup ikan siakap versi aku ni. Heh. Sup ikan siakap aku ni versi tumis ya. 


 ^
Tiga ulas bawang putih, satu labu bawang besar, 5/6 biji bawang merah dan seketul halia. Bawang besar dihiris membulat dan bahan lain tu ditumbuk kasar.
v

 Aku gunakan sup punjut Mak Siti tapi aku tambahkan dengan rempah empat sekawan tu sebab bahan tu takde dalam sup punjut Mak Siti tu. Sup punjut Mak Siti tu cuma ada bunjut sup tu dengan daun tu je. Daun apa entah. Hahaha.


 Seekor ikan siakap yang telah dibersihkan dan dua batang daun saderi/celery.


 Kebetulan minyak zaitun ni ada kat dapur, maka aku gunakan aje la minyak ni. Guna dalam satu senduk je. Sekadar untuk menumis.



Okay, sekarang ni cara nak masak sup ikan siakap ni pulak. Jom tengok gambar dan baca penerangan. Macam tak biasa pulak aiihh. Haha.


 Panaskan minyak dan tumis rempah ratus tu dahulu. Bila dah naik bau, masukkan bahan tumbuk tadi dan bawang besar sekali harung. Kacau-kacau jangan sampai hangus. Tunggu sampai bawang layu.


 Lepas tu, masukkan ikan siakap tadi. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air. Sedikit sahaja ya. Sekadar untuk sebatikan semua. Kiranya macam proses pengecutan la.


Tunggu hingga isi ikan siakap tu berubah warna dan keras. Lepas tu, barulah masukkan air yang secukupnya. Masak hingga kuah sup mendidih. Jika nak kacau, kacau perlahan-lahan supaya isi ikan tidak hancur.
v

 Apabila kuah sudah mendidih, masukkan pula batang saderi/celery tadi. Kacau perlahan dan biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali, masukkan garam kasar secukupnya. Jika batang saderi/celery dah lembut, boleh la tutup api dapur.


Dah siap! Senang je nak buat sup ikan siakap ni. Hehe.


Sekian untuk kali ini. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Oh ya, sup ikan siakap aku ni aku tak letak pak aji naik motor tu ya tapi rasanya tetap sodap! Haha.


p/s: Siapa nak share, silakan share. Ehh...! Kehkehkeh.

Saturday, August 13, 2016

Jika mahu hidup tenang...

Assalamu'alaikum.

Jika mahu hidup tenang...


Semua orang mahu hidup dalam ketenangan tanpa ada gangguan yang merimaskan. Banyak cara yang boleh kita buat untuk mendapatkan ketenangan dalam jiwa. Mungkin kita boleh tambah lagi dengan mengamalkan petua di bawah.




p/s: Jom sama-sama cuba dan berubah ke arah kebaikan. Moga hati dan jiwa kita menjadi semakin tenang. Aamiin.

Friday, August 12, 2016

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.

Assalamu'alaikum.

Biarlah dia dengan 'kerja' dia tu.


Hidup kita ini hanya sementara sahaja. Banyak lagi perkara penting yang kita kena kejar daripada kita buang masa kejar perkara yang sia-sia.




Kita buat je kerja kita. Selagi kerja kita tidak memudaratkan, tidak menyalahi hukum hakam, kerja yang berkat lagi halal, buat je kerja kita tu. Jika semua kata-kata orang kita nak ambil kira, percayalah, masa selama 24 jam tu memang tak akan cukup punya la. 


p/s: Kita punya banyak masa tapi masa kita tu seakan tidak mencukupi kerana banyak dihabiskan dengan melayan umpat keji orang. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. 

Wednesday, August 10, 2016

Kita sering terleka dan terlupa.

Assalamu'alaikum.

Kita sering terleka dan terlupa.


Sebagai manusia, kita memang sering alpa dan leka hingga terkeluar kata-kata yang berbaur istidraj. 


Kita juga terlupa bahawa segala kesenangan kita itu juga merupakan satu ujian dari Allah. Allah nak tengok diri kita. Adakah kita ini jenis manusia yang suka membanggakan diri dan riak tanpa mengira tempat.




p/s: Moga Allah jauhkan kita dari bersikap istidraj samada dengan sengaja atau tanpa disengajakan dan moga Allah ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran kita dalam berkata-kata. Aamiin.

Tuesday, August 2, 2016

Tegur sebab sayang.

Assalamu'alaikum.

Tegur sebab sayang.


Betul. Orang tegur kesalahan kita sebab dia sayang kat kita. Kalau dia tak sayang kat kita, dia buat tak tau je kat kita. Lantak kau la nak jadi apa! Nak jadi hantu ke. Nak jadi buaya ke. Apa dorang nak peduli. Kubur asing-asing, kan? 






Contohnya, orang tegur kita sebab mewah berbelanja sedangkan kita bukannya jenis orang kaya atau orang berada. Dorang tegur kita bukan sebab dorang jeles atau dengki tapi sebab dorang nak ingatkan kita supaya sentiasa fikirkan masa depan yang kita sendiri tak pasti macam mana.


Buatnya tiba-tiba kita jatuh sakit atau kena buang kerja, mana kita nak cekau duit jika kita tiada simpanan? Sekurang-kurangnya, jika kita ada simpanan, takde la nanti kita terkial-kial mengagau ke sana sini. Jika kita ada simpanan, mungkin kita boleh bertahan untuk sebulan dua sementara kita usahakan mencari sumber kewangan atau kerja lain.


Maka, apabila kita kena tegur, kita kena sentiasa berfikiran positif. Fikir. Fikir. Fikir. Pasti ada kebaikan di sebalik setiap teguran tersebut. 


Dulu, aku jenis mudah sentap jugak. Pantang kena tegur, mula la nak balas balik. Tapi apabila bersendirian, aku fikirkan balik apa yang orang tu kata kat aku dan ada betulnya apa yang mereka tegur. So, sekarang ni aku lebih cool dan senyum sokmolah! Ahaha.


p/s: Berterimakasih dan bersyukurlah kerana masih ada yang sudi menegur kesilapan kita.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)