Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, October 31, 2012

Soledad...

Assalamualaikum...

Soledad...

Salah satu lagu kegemaran aku dari kumpulan Westlife...
Muzik dia best...
Lirik dia, entah, aku kurang fokus pada lirik...
Sebab tu kadang-kadang aku tak tau samada sesebuah lagu tu kena gam ataupun tak...
Yang aku tau, telinga aku sedap je dengar lagu tu...
Kadang-kadang lagu Tamilpun aku layan gak...
Hahaha...
Tapi yang versi sentimental laa..
Hikk...



Peeewwiittt....!!!


If only you could see the tears in the world you left behind..
If only you could heal my heart just one more time..
Even when I close my eyes..
There's an image of your face..
And once again I come to REALIZE..
You're a loss I can't replace..

Soledad..
It's a keeping for the lonely..
Since the day that you were gone..
Why did you leave me..
Soledad..
In my heart you were the only..
And your memory lives on..
Why did you leave me..
Soledad..

Walking down the streets of Nothingville..
Where our love was young and free..
Can't believe just what an empty place..
It has come to be..
I would give my life away..
If it could only be the same..
Cause I conceal the voice inside of me..
That is calling out your name..

Soledad..
It's a keeping for the lonely..
Since the day that you were gone..
Why did you leave me..
Soledad..
In my heart you were the only..
And your memory lives on..
Why did you leave me..
Soledad..

Time will never change the things you've told me..
After all we're meant to be love will bring us back to you and me..
If only you could see..

Soledad..
It's a keeping for the lonely..
Since the day that you were gone..
Why did you leave me..
Soledad..
In my heart you were the only..
And your memory lives on..
Why did you leave me..
Soledad........



Q - What does Soledad means..?
A - Soledad in Spanish mean alone, lonely...
A - The meaning of Soledad is loneliness but in this song Soledad is a woman's name...

p/s: Patut la suka sangat dengar lagu ni.. Macam ada tarikan kimia je.. Nak tukar kepada Soldadu la... uhuk-uhuk-uhuk...

Tuesday, October 30, 2012

Susah nak tangkap... :D

Assalamualaikum...

Susah nak tangkap... :D

Kisah yang terjadi di sebuah pekan sehari... Yang pasti bukan kat sini.. Ini cerita dari mulut ke mulut je.. ehehh... Samada cerita ni betul ataupun tidak, akupun tak tau... hahaha...

Ada orang tu dia teringin sangat nak makan daging ayam kampung.. Cari punya cari, tak jumpa-jumpa.. Tambahan pulak dia tinggal kat bandar, lagi la susah nak jumpa ayam kampung tu..

Dipendekkan cerita, diapun pergilah ke satu pekan sehari tu.. Jalan punya jalan, akhirnya diapun ternampak la ada orang asli yang jual ayam kampung tu.. Betul-betul tinggal dua ekor je ayam tu.. Tak tau la samada memang cuma ada dua ekor je, ataupun dah tinggal dua ekor je.. 




Lantas, diapun tanya la kepada orang asli tu harga ayam kampung tadi.. Dan untuk memudahkan pemahaman cerita, aku namakan orang yang nak beli ayam tadi sebagai Mamat.. Belasah je la ya... Tak kan nak letak nama Zac Efron  lak... hahahaha...

Mamat: Ini ayam kampung ni kira macam mana ehh..? Kira kilo atau kira sekor-sekor..?

Orang asli: Kira sekor-sekor bang... 

Mamat: Ooo.. Kalau yang ni berapa ringgit? (sambil tunjuk kat ayam yang pertama..)

Orang asli: Yang tu lapan ringgit bang...

Mamat: Yang tu pun lapan ringgit jugak la ya..? (sambil tunjuk pulak kat ayam yang kedua..)

Orang asli: Yang tu duabelas ringgit bang...

Mamat: Aiikk... Apsal pulak tak sama harga...? Besar ayam ni sama je.. Warna bulupun sama.. Ayam ni jenis yang sama, kan...?

Orang asli: Ayam ni adik beradik bang...

Mamat: Habis tu apsal yang ni lapan ringgit, yang tu duabelas ringgit..? (Mamat dah konpius dah.. haha..)

Orang asli: Yang lapan ringgit ni senang nak tangkap.. Yang duabelas ringgit tu susah nak tangkap.. Dia asyik lari-lari je, lepas tu terbang panjat pokok... Penat kejar dia... (dengan selambanya memberitahu..)

Mamat: Pulak dah... Macam ni pun ada jugak... adehh... (sambil tersenyum dan garu-garu kepala...)

Orang asli: Abang nak ke tak ayam ni..? (selamba bertanya..)

Mamat: Boleh la... Bagi la dua-dua ekor tu.... (dah alang-alang jumpa, kan...)


Begitulah al-kisahnya... ekekekekeke...

p/s: Logik ke tak jawapan yang orang asli tu bagi ehh..? Hahahaha... Akupun dok garu kepala jugak ni... adehh...

Monday, October 29, 2012

Tak pandai den nak menggayakannya... :)

Assalamualaikum...

Tak pandai den nak menggayakannya... :)

Ada orang bagi aku kerongsang yang pakai kat tudung tu..
Fesyen sekarang kerongsang tu dipinkan kat bahagian tudung kat bawah dagu..
Dan dibiarkan tergantung serta berjuraian di situ...


Terima kasih sebab bagi kerongsang yang dibeli kat Sabah ni.. 

Tapi aku ni agak kuno dalam berfesyen..
Ada la dalam tiga empat kerongsang berjurai-jurai ni yang orang bagi kat aku.. 
Aku tak pakaipun kat bawah dagu tu..
Aku pin je kat hujung tudung bawal...
Hahahaha...

Segan aku nak pakai kat bawah dagu tu..
Segan bila nanti orang pandang semacam je..
Bertambah segan bila ada orang yang tanpa rasa bersalah, dok pegang dan belek kerongsang tu lebih-lebih lagi di tempat awam.. Dah macam orang tak betul je... Kehkehkeh...

Kadang-kadang aku pelik, kenapa la nak letak kerongsang yang berjurai-jurai, dengan silaunya, dengan besarnya, dibiarkan tergantung kat bawah dagu tu.. Dah macam janggutpun ada... hehehe... Kalau mak aku lagi la tak berkenan dengan fesyen ni.. Tapi nak buat macam mana.. Anak menantu cucu diapun ada yang buat seperti ni.. Bila mak aku kata, apo bondo la pakai macam tu...? Nanti dorangpun jawab la secara berjemaah, ini pesen la makkk.... Itu anak menantu dia la yang menjawab.. Kalau cucu-cucu dia pulak menjawab, ni la pesen zaman sekarang Wan.. Zaman Wan dulu mana ada semua ni.. Adehhh... Tak tau den nak cakap apa dah.. No komen je la... ehehh...

Kakak aku yang sorang tu banyak koleksi kerongsang berjurai-jurai ni... Tak macam aku dengan kakak yang sorang lagi tu.. Kami berdua tersangatlah sempoi orangnya.. haha... Kakak yang ada koleksi kerongsang tu paling suka bila aku tak berminat dengan kerongsang berjurai-jurai ni.. Sebab apa tau..? Sebab nanti takde la orang yang nak mengecek kerongsang dia tu... hahahaha... Pesen aku pulak, kalau aku tak berkenan, buat apa aku nak mintak...


Tudung kakak aku yang tinggal masa raya puasa hari tu.. 
Tak teringin pulak aku nak menggayakan kerongsang dia tu... :-)


Aku punya pe'el, pakai je kerongsang yang kecik untuk pinkan tudung kat bawah dagu tu.. Selagi kerongsang tu boleh guna dan jarumnya masih lagi tajam, selagi itulah aku pakai.. Jadi, koleksi kerongsang aku yang kecil dan murah tu cuma ada dalam lima hingga enam biji sahaja.. 

p/s: Kunopun kuno la haiihhh.... :P

Jangan main-main, cakaplah...!

Assalamualaikum...

Jangan main-main, cakaplah...!

Bercakap itu salah satu bentuk pengubatan jiwa. Asalkan jangan bercakap hal-hal yang merapu atau cenderung pada mengumpat, ia patut dilakukan selalu. 

Bayangkan anda seorang diri di rumah sedang ahli keluarga yang lain semuanya pulang ke kampung untuk dua tiga hari. Anda akan gelisah. Anda akan buka tv atau dengar radio, anda mahu mendengar suara. Tidak sanggup lagi rasanya hidup dalam dunia sepi sedangkan anda tidak bisu dan bukan seorang yang pekak.

Bercakaplah untuk melegakan perasaan. Sampaikan apa yang terpendam di dalam hati anda untuk didengar oleh orang lain. Jika tidak mampu bersuara, menuliskannya juga cukup. Pokoknya 'bercakap' meskipun tanpa suara.




Sembahyang itupun 'bercakap', berzikirpun 'bercakap', aktiviti bercakap berlaku di mana-mana. Usah asingkan diri anda tidak mahu bercakap. Salah satu aktiviti yang boleh merangsang otak ialah bercakap.

Meskipun begitu diam adalah lebih baik dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah dan bercakap perkara-perkara baik itu lebih baik daripada langsung tidak bercakap..

Kalaupun tidak mahu bercakap, keraplah membaca sebab membaca juga salah satu aktiviti 'bercakap'...

Sedikit petikan daripada buku Motivasi Diri: Membina Jiwa Serasi hasil tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj...

p/s: Mood aku sekarang ni macam malas je nak bercakap atau dalam bahasa ciptaan aku, mood aku ialah MnM iaitu Malas nak Merapu... Tapi kat blog still merapu lagi... ehehh... Esok lusa tak tau lagi macam mana.. Bergantung pada keaktifan hormon jugak kot... Ada pulak camtu... hehe... Ehh, ada ke..? Errrr.... aiyark....!!

Sunday, October 28, 2012

Waaa...!! Lama giler tak makan dia... ehehh...

Assalamualaikum...

Waaa...!! Lama giler tak makan dia... ehehh...

Hari tu adik aku pergi Kelantan..
Anak dia yang kat MRSM Tumpat tu tahun ni ambil SPM..
So, sekolah dia ada buat majlis apa entah, pra-konvo kott...
Gitu la lebih kurang...

Keesokannya dorang balik sini..
Tup-tup anak sedara aku yang kecik tu tunjukkan biskut kat bawah ni...
Waaa...! Lama sungguh aku tak jumpa biskut ni...
Kat sini aku tak tau nak beli kat mana...




Dulu, masa kecik-kecik, kalau makan biskut ni, mesti makan yang warna-warni tu dulu..
Kadang-kadang habis semuanya hilang kena bedal.. 
Pastu tinggalkan yang bawah tu je terkontang-kanting..
Dajal sungguh.. 
Hahaha....


p/s: Korang tentu pernah makan biskut ni jugak, kan..? Tak sangka biskut ni masih ada lagi dalam zaman milenium ni... Tabik spring laaaa.....!!!

Saturday, October 27, 2012

The choices we make...


Assalamualaikum...

The choices we make...

Andaikata aku diberi pilihan untuk memilih, aku pasti akan memilih yang terbaik dari kalangan yang terbaik.. Aku rasa semua orang nak yang terbaik hadir dalam hidup masing-masing, kan.. Walaupun pada hakikatnya kita bukanlah jenis 'terbaik' itu dan mungkin tidak layak untuk berada dalam kolompok 'terbaik' tersebut, namun naluri kita pasti inginkan yang terbaik untuk kepuasan diri sendiri.. Bohong la kalau ada yang kata dia nak atau jadi yang terburuk antara yang paling buruk... Nonsense...




Okay, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal yang kat atas tu.. Tu kira mukaddimah je.. hehe.. 

Camni, kalau ada orang yang suruh aku buat pilihan (bunyi macam dia nak bagi kat aku la tu, kan..), samada untuk memilih antara baju baru ataupun novel baru, sudah pasti aku akan pilih novel baru.. Yabedabeduu...!! Ehehh.. 

Kalau baju tu harga dia dalam lima enampuluh ringgit untuk sehelai cuma, dah berapa novel yang aku boleh dapat..? Mungkin dapat dalam tiga buah novel.. Untung dah tu.. Lagi satu, baju tu belum tentu lagi selesa untuk dipakai sedangkan novel tadi mungkin salah satu daripadanya menepati selera kita dan buatkan kita seronok untuk terus membaca.. 

Faham tak apa yang cuba aku sampaikan..? Tak faham...? Buat-buat faham dah la ya.. kihkihkih...

Pendekkan cerita..

Pakai baju baru tapi perangai masih sama, tidak berubah ke arah yang lebih baik, takde maknanya.. Berbeza dengan membaca novel baru, walaupun kadang-kadang jalan cerita setiap novel tu seakan-akan sama dengan novel yang sedia ada dalam simpanan, tipikal, klise, namun cara pengolahan ayat dalam sesebuah novel tersebut yang buatkannya berbeza.. Lagi banyak baca novel, lagi banyak jumpa ayat baru samada berbentuk motivasi, inspirasi, gelihati, sakit hati dan sebagainya...


"Jika kita ingin memadamkan api, maka siramkanlah air. Jika kita ingin menampan angin laut, kembangkanlah layar. Jika kita ingin menang sewaktu bertengkar dengan orang bodoh, maka diamlah.." - Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj -


p/s: Tengah buat listing nak beli novel baru.. Sekarang ni dok ulang-ulang baca novel yang sedia ada.. Antara novel yang sering diulang baca ialah Awak Suka Saya Tak, Pergilah Air Mata, Doktor Cinta, Jodoh Itu Milik Kita, I Love U Stupid, Di Tengah Kabus, Milik Siapa Hati Ini, Laila Azwa Gadisku dan banyak lagi laa... Bagi aku, setiap novel yang aku ulang baca ini ada nilai tersendiri...

Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha 1433 Hijrah..

Assalamualaikum....

Salam Aidil Adha 1433 Hijrah..





Thursday, October 25, 2012

Write with your HEART, don't write it for other's pleasure...

Assalamualaikum...

Write with your HEART, don't write it for other's pleasure...

Blog kita, pandai-pandai kita la nak tulis apa...


For me, aku lebih selesa dengan cara begini...
Kalau aku rasa aku nak kongsi cerita kat sini, aku kongsi...
Lepas tu kalau aku rasa aku nak simpan balik apa yang aku kongsi tu, aku simpan...


Photo


Bila rasa nak tembak tu, aku tembak jugak laa sedas dua...
Sampai bila nak biarkan diri kita je kena tembak, kan...
Lama-lama nanti penuh pulak lubang kat badan asyik kena tembak dek orang je...
Kelompong, takde isi...




p/s: Salam aidil adha untuk semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf zahir bathin..

Alahaiiii anak emak...

Assalamualaikum...

Alahaiiii anak emak... 

Korang suka tak dengan lelaki jenis macam ni..? Sikit-sikit mak, sikit-sikit mak... Sampai tak boleh nak buat keputusan sendiri.. Kalau umur masih muda remaja tu takpe la jugak sebab masih belum matang sepenuhnya. Kira adat la macam tu, kan.. Ni kadang-kadang tu ada yang dah beranak-pinak dahpun, tapi masih tak boleh nak bertindak sendiri..

Kalau aku, agak rimas sikit la dengan lelaki anak emak ni.. Nampak macam mengada-ngada sikit.. Tapi ada jugak orang yang suka sebab katanya lelaki anak emak ni nampak manja... Manja sampai nak ketuk paku sebatang kat dindingpun tak lepas-lepas... Manja sampaikan nak betulkan sinki yang tersumbatpun geli nak buat.. Manja sampaikan nak tukar mentol lampu yang terbakarpun takut terkena renjatan elektrik.. Suka ke lelaki macam tu..? Euuuwww.....!!!



Harap maaf, audio kurang memuaskan.. huhuhu...


Kalau lelaki jenis anak mak yang hormat dan jujur dengan mak dia tu okay la, sebab mana-mana perempuan pun suka dengan lelaki jenis yang hormat pada orang tua dan jujur ni.. Kata orang, lelaki yang sayang kat mak dia bermakna dia jugak akan sayang dan hormat pada isteri atau pasangannya.. Betul ke..? Ataupun mungkin segelintir je yang jenis macam ni..? Semua anak baik lelaki atau perempuan sayang kat mak dia, kan..

Rasanya jenis anak emak ni la yang paling ramai tak jujur.. Kenapa..? Sebab terlalu takutkan emak masing-masing, sebab bimbangkan kuasa veto yang ada pada emak mereka, maka mereka terpaksa menyembunyikan apa yang mereka buat di belakang emak mereka tu.. Contohnya, kawen lain dan berhutang sana-sini.. Kalau dah nafsu menguasai diri, segala pesanan emak di tolak ke tepi.. Tak gitu..?

Jadi, di mana letaknya logik jujur pada emak tadi...? Ataupun sekadar hormat dan jujur di hadapan mak mereka sahaja tetapi di belakang lain cerita.. Itu yang menjadi kepelikan kat aku tu.. Jangan sampai jadi anak emak yang ada dalam drama ni dah la.. huhuhu...

Aku tak nak cakap lelebih pasal anak emak ni.. Takut nanti terbalik kena kat aku semula.. Mana la tau kot-kot ada yang mendoakan, kalau kena kat engkau, baru padan muka... Paappp..!! Kan dah kena sebijik..!! Bukan la tujuan aku nak memperlekehkan golongan anak emak ni.. Aku cuma sekadar melahirkan pandangan aku je mengikut apa yang aku nampak di persekitaran aku.. Perkara yang berlaku di persekitaran orang lain mana mungkin aku tau.. Kalau ada yang bercerita, tau la.. Kalau takde, takde la.. Kalau nak kata pandangan aku ni entah apa-apa, it's up to you la..

p/s: Tak kira la anak emak ke, anak bapak ke, anak angkat ke, anak apa ke, yang penting tidak menyusahkan keluarga dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku.. Kalau tak boleh nak menyenangkan, sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan samada hidup ataupun hati keluarga sendiri.. ;-)

Wednesday, October 24, 2012

Alahaiii...!! Tak sampai sejengkalpun...


Assalamualaikum...

Alahaiii...!! Tak sampai sejengkalpun...

Ni bukan aku yang buat ataupun beli kat sini...
Ni adik ipar aku yang bawak..
Frozen pulut panggang dari tetttttt...!!! (rahsia..)




Zaman sekarang ni semua benda nak kena bajet comel, kan..?
Sampaikan kuih-kuih yang dijualpun punya la terserlah kecomelannya..
Dengan kontotnya, dengan kecil moleknya...
Alahaii, memang sangat comel..
Comel secomel-comelnya...
Kehkehkeh...




Untuk membuktikan lagi fakta kecomelan itu, makan ukuran segera diambil..
Dan hasilnya, lihatlah seperti gambar di bawah ini...
Mana lagi comel, pulut panggang itukah ataupun jari si pengukur tu..
Muahahaha...




Kalau dulu panjang pulut panggang ni melangkaui sejengkal ukurannya...
Tapi sekarang ni, tak sampai sejengkalpun...!!!
Lepas tu punya la kurus melidi...
Gemok lagi jari aku...
*kuhik-kuhik-kuhik...

Kalau la aku yang jual pulut panggang frozen macam ni kat sini, alamatnya takde siapa la yang nak beli.. Lagi kena umpat ada la.. Tapi yang ni kawan adik ipar aku yang jual kat bandar, maka kecil molek macam ni pun laku jugak.. Rasa pulut panggang ni pun okay jugak.. Jadi, bila saiz pulut panggang ni pendek tak sampai sejengkal kira berbaloi lagi la sebab tekak masih boleh terima rasa dia. Beruntung sebenarnya orang yang tinggal kat bandar ni.. Yang penting nak kena rajin je.. 

Kat sini aku jual popia frozen sepeket sepuluh ketul dengan harga tiga ringgit setengah itupun ada yang kata, bukan sepeket duabelas ketul ke..? Lepas tu siap cakap lagi, ni kampung, mana boleh jual mahal sangat.. Lepas tu siap demand pulak nak suruh lebihkan sos.. Adoyaii... Tapi bila tiba masa dorang menjual itu-ini, ehh, pandai pulak letak harga.. Macam-macam alasan keluar.. Propa betul.. ehehh...

Persoalannya sekarang, bahan mentah kat kawasan kampung dan ulu banat ni lagi mahal jika nak dibandingkan dengan bahan mentah kat bandar tu.. Dan aku menjual ikut harga dan kuantiti yang sama macam orang lain jugak.. Mungkin dari segi rasa tu yang berbeza.. Mentang-mentang la aku punya buatan tak sesedap mana, tu yang nak murah tu kot... huhuhuhu.. Tapi takpe, aku ambil semua kata-kata mereka ni sebagai pemangkin semangat.. Insyaallah..

p/s: Syukur, masih ada yang sudi beli popia aku.. Alhamdulillah... Dan syukur jugak sebab tahun ni ada rezeki aku untuk melakukan ibadah korban.. Alhamdulillah...

Tuesday, October 23, 2012

Nasi dagang tak jadi..

Assalamualaikum..,

Nasi dagang tak jadi.. 

Hari tu aku tertengok gambar nasi dagang kat salah satu grup kat fesbuk yang di-post oleh sorang kakak ni... Kakak tu stay kat oversea tapi rajin masak-masak untuk family dia.. Aku ni dengan buat muka selamba, terus je la tanya kakak tu macam mana nak buat nasi dagang cara dia tu.. Padahal banyak je resepi kalau gugel, kan.. Tapi, entah.. Nampak macam sedap je nasi dagang yang kakak tu buat.. Pastu cara dia buat tu macam ringkas je.. Tu yang aku teruja nak buat tu..

Yang buat aku rasa tercabar sikit ialah kakak tu dah la duduk jauh dari sini, lepas tu kawen pulak dengan orang putih, lepas tu rajin pulak masak masakan Melayu kita ni.. Kita yang duduk kat Malaysia ni tak kan la tak rasa tergugat kot.. Dah la semua bahan senang nak jumpa, kan.. Aku salute la kat kakak tu dan kawan-kawan dia yang lain sebab anak-anak dorang diajar untuk makan makanan Malaysia/Melayu.. Takde la macam sesetengah orang Melayu yang tinggal kat Malaysia ni yang bla... bla... bla... *malas nak cakap banyak.. :)




Bila dah dapat resepi dari kakak tu, terus je aku masuk dapur..Check bahan yang ada.. Okay, beras pulut ada.. Pastu check pulak halba.. Ehh, halba tu macam mana rupa dia..? Hahaha... Yang ni aku failed.. *mengaku je la kalau dah tak tau tu.. Buat apa nak menipu.. :p 

Terus je tanya mak aku.. 

Mak, halbo tu cmno ghupo ehh..? Pastu aku tunjuk la bekas berisi buah pelaga.. Yang ni koo halbo tu..? 

Mak akupun apa lagi, jawab la.. Apo lak itu halbo.. Tu buah polago.. Halbo tu yang macam bogheh tu..

Lepas dapat clue pasal halba tu, terus je aku bukak kabinet, cari la kot-kot ada lak terselit kat dalam tu.. Tengok-tengok, ehh ada laa... Pastu tunjuk kat mak aku plastik halba tu untuk pengecaman.. haha..

Yang ni kan halbo...? Ni dio tulih halbo kek plastik ni..

Pastu mak akupun jawab la, ha'ah.., ni la deh halbo... 

Okay, done.. Semua bahan dah ada untuk buat nasi dagang keesokannya.. So, malam tu aku cuma rendam dulu beras pulut...




Maka, terhasil la nasi dagang versi aku berpandukan resepi yang kakak tu bagi.. Tapi lauk kari ikan tongkol tu mak aku yang masak sebab aku tak pandai nak masak kari yang sedap.. Kalau suruh gulai lemak cili padi telur itik tu aku boleh la buat... Boleh ke makan nasi dagang dengan gulai telur itik.. hehehe...

Ada ke patut adik-badik aku suruh buat nasi dagang masa raya haji nanti.. Idok la weiii.. Nasi dagang yang aku buat ni pun banyak sangat kekurangannya.. Rasa macam nasi dagang sebab ada bau halba tu je.. Kalau tak, tak tau la nak kata nasi apa sebenarnya... 

p/s: Ni la dia kisah nasi dagang aku yang tak menjadi tu... Bukan salah resepi tau.. Resepi kakak tu dah okay dah.. Cuma cara aku buat nasi dagang ni yang tak berapa nak okay.. Takpe, sekurang-kurangnya aku dah tau cara nak buat.. Cuma perlukan lebih prektis je.. Masalahnya, akupun kurang suka makan nasi dagang ni sebab cepat muak... Habis tu, camno nak prektis selalu, ya tak... ehehh...

Monday, October 22, 2012

Original size... ;)

Assalamualaikum...

Original size... ;)

Dah selalu sangat dengan medium size..
Kali ni nak jugak try guna original size lak..
Jangan sampai 'hang' dah la..
*kuhik-kuhik-kuhik...
















p/s: Saje je letak original size untuk semua gambar ni.. Korang ingat original size apa..?? Ayoooo.... Otak manyak kotor maaaa.... Pigi sana kasi cuci... Sabau je laa... adehh.... *padan muka terkena... kehkehkeh...

Sunday, October 21, 2012

Pernah dengar tak..? Kalau pernah, apa maksud dia..??

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak..? Kalau pernah, apa maksud dia..??

Pernah dengar tak pantun dulu kala ni..?
Tak tau kenapa tetiba je mulut aku dok nyanyi-nyanyikan pantun ni..
Teringat zaman kecik dulu kot...
Tak-pun teringin nak jadi budak balik...
muahahahaha.....

Pantun dia macam kat bawah ni... 

cok cok kendong,
kendong menari-nari,
tercucuk lubang hidung,
bersin tiga kali...

Persoalannya, kendong tu apa...?
Dia punya bunyi bukan macam kendong bayi atau kendong barang tu tau...
Yang kendong bayi tu sebutan dia seperti can (english), dong (daerah kat Raub)..

Tapi kendong yang kat pantun ni bunyi dia lain sikit...
Sebutan 'ken' tu lebih kurang sama dengan sebutan untuk 'ken'tut...
Cuba gantikan sebutan 'ken'tut tu kepada 'ken'dong..
Haaa, macam tu la bunyi kendong versi pantun ni..
*susahnya nak explain... adehh...

Pernah dengar..?
Tak pernah...??
Orang tua macam aku je kot yang pernah dengar pantun cenggini...
Oh no no no nooooo......!!!


p/s: So, ada yang tau tak apa maksud kendong kat dalam pantun ni..? 

Saturday, October 20, 2012

Sokong yang mana satu..??

Assalamualaikum...

Sokong yang mana satu..??

Kelantan FA ataupun Angkatan Tentera Malaysia (ATM)..?







ATAU








Kalau tanya aku, sudah tentulah aku sokong ATM..
Bukan sebab ada kembar kat dalam tu..
Tapi sebab aku pernah menjadi keluarga ATM sebelum arwah abah aku pencen...
Rindunya zaman bergelar anak askar itu...
Rindu sangat-sangat...!!

Inilah barisan kita..
Yang ikhlas berjuang..
Siap sedia berkorban..
Untuk ibu pertiwi...


Harap-harap ATM menang bergaya malam ni..
Dapat membawa pulang Piala Malaysia setelah 46 tahun berusaha untuk mendapatkannya..





Semoga anda semua yang pergi menonton perlawanan akhir ini selamat pergi dan selamat kembali..
Semoga tiada kekecohan yang berlaku samada di dalam stadium ataupun di luar stadium..
Semoga kawalan keselamatan diperketatkan lagi..
Mudah-mudahan para pemain dan para penonton mempunyai semangat kesukanan yang kental..


p/s: Dah jelak nak baca dan hadap kisah kena sepak terajang, kepala kena baling botol air, stadium kena bakar dan sebagainya.. Peace yooo... :-)

Friday, October 19, 2012

Siapa tau resepi ni..?

Assalamualaikum...

Siapa tau resepi ni..?

Aku ni penggemar kuih bahulu tradisional, bukan bahulu jenis sekarang yang dah banyak dicampur-aduk-kan dengan pelbagai perisa..

Masa zaman aku budak-budak dulu, mak aku memang terer buat bahulu tradisi ni. Berpuluh biji telur yang dia pukul.. Kadang-kadang abah (kini arwah) aku yang pukul telur dengan gula tu sampai betul-betul kembang.. Penuh la satu pasu tu dengan bancuhan telur dan gula.. Dulu-dulu orang pukul bahulu ni dalam pasu, pastu pukul guna tangan je. Bukan la maksud dia kita guna tangan untuk kocak-kocak adunan tu.. adehh.. Ada la alat dia.. Akupun pernah jugak mencuba..  Naik lenguh ketiak weii... hahaha... Bukan macam sekarang, serba-serbi gunakan mesin..

Cuma sekarang ni aku rasa teringin pulak nak buat bahulu tradisi ni.. Bila aku tanya mak aku, macam mana resepi dia, mak aku jawab, ontah, ingat-ingat lupo dah.. huhuhu.. Terasa rugi sangat sebab tak ambil perhatian masa dorang buat bahulu tu dulu.. 

Then, tanya la kat kakak aku yang sorang ni.. Diapun masa zaman remaja memang selalu jadi tukang pukul bahulu ni.. Kalau kuih-kuih tradisi ni banyak yang dia tau.. Cumanya, bila dia dah sibuk bekerja, memang dia tak buat dah la segala macam kuih ni.. Kakak aku cakap sukatan untuk bahulu tradisi ni senang je.. Cuma perlukan telur, gula dan tepung gandum je.. Tak payah nak letak serbuk penaik semua tu.. Yang penting, tepung gandum tu kena jemur kat panas matahari sebelum diayak dan digunakan.. Kalau takpun, kena sangai dulu tepung tu supaya nanti bahulu tu lembut dan gebu..

Okay, tang tu aku faham la.. Ni tang sukatan bahan ni, cmno lak..? Mak aku cakap, kalau tak silap dia la, sukatan bahulu tradisi ni kalau gunakan mangkuk, satu mangkuk gula dan satu mangkuk telur dipukul sampai kembang.. Pastu bila nak bakar, ceduk sikit adunan tadi ke dalam mangkuk lain, kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung ke dalamnya dan kacau sebati.. Kena pastikan bancuhan itu tidak terlalu berat atau padat, takut nanti bahulu bantat.. Kena pandai-pandai agak la.. Sebab tu takde sukatan untuk tepung disediakan.. Yang pasti, tepung tu kena banyak la bergantung pada banyaknya bancuhan gula dan telur tadi..

Cara-cara nak bakar tu aku rasa mudah je sebab sekarang ni semuanya bakar guna oven. Kalau nak bakar guna cara dulu-dulu tu, aku serender dulu la nak buat.. Cara nak pukulpun guna mesin jugak.. Kat rumah aku ni dah ada dah mesin besar tu.. Ni semua kakak aku la yang punya kerja.. Aku nak beli stand-mixer macam yang aku selalu tengok kat tv tu.. So, takde la lenguh tangan nanti sebab sekarang ni aku gunakan hand-mixer je.. Pastu kakak aku cakap, daripada ko beli mesin macam tu, baik ko beli je mesin besar terus.. Lagipun dia ada kawan yang boleh supply mesin jenis industri ni.. Maka, akupun ikut je la cakap dia..


Tak pernah guna lagi mesin ni.. Adik-adik aku dah bising dah tanya, bilo nak guno mesin ni.. Huhuhu...


Jadi, kepada kawan-kawan yang mak dia pernah buat atau tau resepi bahulu tradisional ni, boleh tak bagitau aku resepi tu.. Aku dah cuba gugel tapi macam tak kena je resepi yang aku jumpa tu.. Aku nak resepi yang pure tradisi.. Tolong ehh tanyakan kat mak-mak atau nenek korang pasal resepi ni.. 

p/s: Boleh tinggalkan resepi tu kat kotak komen.. Sebelum tu, terima kasih yang tidak terhingga aku ucapkan jika ada yang sudi berkongsi resepi ni.. Kalau takde, apo nak kato, ye tak.. huhuhu...

Motivasi Kasih...

Assalamualaikum...

Motivasi Kasih...

"Ramai wanita yang silap dalam mentafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta sejati tetapi tidak usah hingga terkorban diri.. 

Ingat, wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai, selagi itulah dia diminati dan disayangi..."

Membina Cinta Sayang: 
- Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj -





Sesekali kena baca jugak buku motivasi macam ni.. Bukan apa, untuk menyedarkan diri terutama sekali untuk menaikkan keyakinan terhadap diri sendiri.. Kalau diri sendiri takde keyakinan, macam mana nak yakinkan orang lain, ya tak..? Tapi kalau keyakinan diri sendiri masih tak naik-naik jugak, degil macam tuannya jugak, mudah-mudahan orang lain la yang naik tahap keyakinan tersebut... huhuhu...

p/s: Kawe ni pandai tulis je, buatnya entah... kuhik-kuhik-kuhik.. *gelak versi baru..

B betul laa...!!!

Assalamualaikum...

B betul laa...!!!

B punya stimix..
B punya line...
B punya tm...
Betul-betul B besar punya...




Walaupun hujan, hati tetap panasss....
Layan lagu ni lagi bagus...
Kita fire sama dia...
Fire...........!!!!!
Pesyummmmmm.....!!!



p/s: B tu bukan Baby laa... Banyak la ko punya Baby.. huhhh.....

Wednesday, October 17, 2012

Siap jugak akhirnya.... =..="

Assalamualaikum...

Siap jugak akhirnya.... =..="

Alhamdulillah...
Siap jugak akhirnya walaupun belum siap sepenuhnya..
Tak sembat lagi ni..

Bukan sengaja melambat-lambatkan...
Tapi kesihatan perut dan badan tidak mengizinkan...
Inipun gagahkan jugak merempit dengan Mr.S aku tu...

Katanya nak pakai untuk raya haji akan datang ni..
Insyaallah, sempat siap sebelum hari tu...
Sikit je lagi ni...
Sabar ya makcik...
Moga Allah beri kesihatan yang baik kat makcik.. Amin...




Kebiasaannya, untuk dua pasang baju kurung ni, aku boleh siapkan dalam masa kurang dari seminggu.. Tapi kali ni ianya memakan masa lebih dari seminggu selepas proses pemotongan.. Potong dah lama, tapi terperap atas mesin jahit.. Nak jahit tepipun ambil masa padahal bukannya susahpun nak buat semua tu.. 

Lepas tu, bila mula menjahit je, kejap-kejap berhenti.. Sakit perut la, sakit badan la, sakit kepala la, macam-macam penyakit keluar.. Serba-serbi tak kena.. Semua yang dirancang tergendala.. Aku lebih banyak 'membaringkan' diri depan tv dan tv tu pulak bercakap sorang-sorang... Sabar je la... 




p/s: Mudah-mudahan selesa la si pemakainya nanti.. Aku paling risau bila menjahit baju dalam keadaan tidak selesa.. Bimbang ada efek pada kastemer... Sebab itu kalau boleh, bila menjahit ni, aku perlukan mood yang betul-betul stabil, ceria dan gembira dalam bekerja.. 

----------------------------

UPDATE:

Okay, dah siap sembat dah.. 
Dua-dua dah siap, tapi satu ni je la yang letak gambar...



Tuesday, October 16, 2012

Jangan dicampur-aduk-kan...

Assalamualaikum...

Jangan dicampur-aduk-kan...

Ini bukan ABC, air batu campur...
Kalau ABC, lagi banyak bahan di dalamnya, lagi sedap...
Kalau kurang bahan, jadi fedap... 

Ini lumrah kehidupan...
Kalau ramai yang suka dan sayang serta menyokong seikhlas rasa, hidup jadi sedap...
Jika ramai yang manis di depan, busuk kat belakang, hidup jadi fedap...
Samada suka atau tidak, kena belajar terima hakikat..

Ada benda yang jika dicampur, ia bertukar menjadi wangi, harum semerbak...
Dan ada benda yang jika dicampur, ia akan berubah menjadi busuk, tengik meloyakan..

 Don't mix between my personality and my attitude because my personality is me and my attitude depends on you....



Sikap seseorang itu boleh berubah bergantung pada situasi atau keadaan semasa... Oleh itu, jangan terkejut beruk jika orang yang selama ini baik dengan kita, tiba-tiba sahaja naik hantu kat kita.. Begitu juga sebaliknya bila dia yang tak pernah baik dengan kita, tiba-tiba elok pulak mesra dengan kita... Mesti ada sebab dan musababnya, kan...

p/s: Penyebab itu wajar kita cari demi menyedapkan hati.. Buruk sangka itu wajar kita jauhi untuk mengelakkan sakit hati.. Dalam mencari kebaikan, jangan sampai terjumpa keburukan kerana yang buruk itu akan lebih cepat menular dari yang baik itu sendiri... Wallahu'alam.. 

Sunday, October 14, 2012

Nak sauk benda lain, tersauk benda lain.... ehehh...

Assalamualaikum...

Nak sauk benda lain, tersauk benda lain.... ehehh...

Hari tu teringin nak makan buah rambutan yang baru mengkal... Asyik la dok tengok kulit rambutan tu bersepah atas tanah dicampak dek tupai, tu yang rasa tercabar tu.. Mana aci dia yang bedal dulu rambutan tu, kan... hehehe....

Lepas tu, mula la ambil galah.. Jolok la ranting yang ada rambutan tu, pastu ketip la dengan gunting kat hujung galah tu.. Memandangkan ranting yang ada buah tu betul-betul atas kolam ikan keli, maka ranting itupun jatuh la ke dalam kolam tersebut.. Keceburrrrr bunyi dia... *sila imejin... hehe...

Jenguk dalam kolam, takde pulak nampak buah tu.. Ni sah-sah jatuh kat dasar kolam ni.. Lantas, terus la ambil sauk dan mula la menyauk.. Teringin nak makan punya pasal, sanggup bersusah-payah... Ngalahkan orang ngidam... kehkehkeh...

Sauk punya sauk, dapat la... Lepas tu angkat la sauk tu... Apsal berat semacam je sauk ni.. Alih-alih bila tengok, laaa..., rupa-rupanya tersauk sekali dengan seekor ikan keli yang bersaiz sederhana.. Wahhh, ini sudah bagus ni.. Nak sauk satu benda je, tapi tersauk sekali benda lain.. Rezeki la tu kan... Kalau ikutkan, bukan senang nak sauk ikan keli ni kalau air kolam tu penuh.. Dorang ni pandai menyelamatkan diri... Kalau nak makan ikan keli ni, kena keringkan dulu air kolam tu.. Kalau tak, berpeluh la ketiak nak dapatkan sekor... hahaha...




Ingatkan nak ambil keli tu sekali nak buat lauk.. Lepas tu fikir balik, malas la pulak nak mengisahkan keli ni.. Lagipun lauk lain masih ada lagi.. Kang kalau ambil, takde siapa yang nak makan... So, ambil keputusan lepaskan balik keli tu ke dalam kolam.. Maka, hidup la keli tu dengan aman damai serta gembira bersama keluarga dan kawan-kawannya... muahahahaha....




p/s: Sekian sahaja cerita pasal sauk ni.. Ehh, ni cerita pasal sauk ke, pasal keli ke, atau pasal rambutan..?? Hontam saje la labuuuu... Ni la namanya cerita suka-suki... Siapa suka cerita ni, sila la mengekek.. Siapa tak suka, pokok dek ekau la... kihkihkih...

Saturday, October 13, 2012

Tukar setting untuk elakkan sakit mata... huhuhu...

Assalamualaikum...

Tukar setting untuk elakkan sakit mata... huhuhu...

Kadang-kadang kita mesti rasa tak selesa ataupun meluat serta menyampah bila melihat timeline kat fesbuk kita penuh dengan benda-benda yang mengarut dan tidak sepatutnya ada.. Betul tak..? Ya, betullll....!!! Hahaha....

Contohnya, ada orang yang suka post pelbagai jenis applications merapu ikut suka hati dia je.. Ye la, wall dia, lantak dia la nak buat apapun, kan... Selfish punya manusia... huhh...

Lepas tu, ada jugak yang suka post gambar-gambar 'tak senegheh' samada gambar sendiri yang kononnya nak test market ataupun gambar kawan dia.. Lebih-lebih lagi kalau orang tu photographer, maka banyak la gambar mintak maki yang keluar...

Daripada kita memaki hamun orang jenis 'trb' macam tu, apa kata kita perbetulkan setting yang ada kat fesbuk tu.. Caranya mudah je.. Akupun baru tau pasal ni.. Kalau dah lama tau, tidak la aku nak membebel bila tertengok gambar-gambar yang tak sepatutnya... 

Apa yang perlu anda lakukan ialah, klik nama kawan kita tu, then pergi kat label Friends seperti gambar kat bawah ni... *Kalau nak mudah, klik je Unfriend terus... muahahahaha...


Lepas tu, anda cuma perlu klik kat Settings tu dan nanti dia akan keluar seperti gambar kat bawah ni pulak... Akhir sekali, anda pilih la mana satu yang anda hendak tick.. Kalau tak suka nak tengok gambar yang kawan tu post, jangan tick kat Photos tu.. Kalau cuma nak tengok yang penting je, tick je Only Important.. Begitulah seterusnya..

Apa yang kita tick tu, hanya itu je yang akan keluar kat timeline kita. Segalanya ada di hujung jari anda... Kita berhak memilih mana yang kita suka tapi jangan sampai apa yang kita suka tu mendatangkan satu masalah kepada kita dan orang lain di kemudian hari nanti.. Namun, jika anda tiba-tiba rasa ter-rindu nak tengok gambar-gambar dari kawan anda tu, boleh je pergi kat profile dia... Itupun jika dia tak setting Hide nama anda kat Custom.. :D

Tapi, kalau anda suka jadi seorang STALKER, anda tick la semua yang ada kat bawah ni... ahakkk.... Nanti ada la benda yang boleh dijadikan bahan cerita, tak gitu..?? Tak koser aiii....



Nampak gayanya aku kena buat setting ni untuk dua tiga orang yang rasanya dah melampau sebab suka tayang gambar tak pakai baju.. Tick Only Important dan Status Updates je... Dan siapa rasa nak buat setting tu kat aku, silalah buat.. Takde hal punya... Hak masing-masing nak buat pilihan... Kalau nak remove aku dari list pun takpe sebab akupun biasa jugak remove orang ni.. Sekali lagi, hak masing-masing, kan... Kalau kita rasa tak selesa, buat apa nak simpan lagi.. huhuhu... 

p.s:
'trb' = tak reti bahasa...
 'tak senegheh' = tak semenggah, tak senonoh...

Sessi pemulihan sejagat... :)

Assalamualaikum...

Sessi pemulihan sejagat... :)

Dulu, pokok-pokok bunga aku ni macam hidup segan, mati tak mahu je..
Sebabnya, berpanas gara-gara laman rumah dalam proses penyelenggaraan..
Sekarang semuanya dah selesai..
Dan pokok-pokok ni semua sedang dalam proses pemulihan..

Sedap mata aku memandang..
Dah takde dah daun yang kering meleding...






Sedang sibuk membelek pokok bunga, terdengar sayup-sayup bunyi helikopter..
Ada dua nada bunyi seperti dua helikopter sedang berlegar di ruang udara...
Ya betul... Memang ada dua buah helikopter sedang merempit di angkasa raya...
Aku ni memang teruja sikit dengan spesis yang boleh terbang ni...
Sebab apa, nak naik tak berani, tu yang teruja berganda bila dengar bunyi je...
Hahaha...
Kantoiiii.......!!!


Bukti nampak helikopter.. ehehh...


Lepas belek-belek pokok bunga, sapu laman la pulak..
Hasilnya, dapat la tiga muatan penuh...
Nasib baik ada kereta kaler jingga ni...
Ini je yang termampu...

Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..
Aku cuma punya kereta sorong jingga...
Siapa nak naik, percuma je ni.. 
Tapi tolak sendiri la... 
Hehehe...




Penat menyapu, lepak pulak bawah pokok mangga..
Sambil tu pandang ke atas nak tengok buah yang masak..
Ehh, tetiba ternampak pulak pepatung aka cakcibor ni di hujung dahan..
Cantik, sayap dia kaler merah darah...




Terus teringat masa zaman kanak-kanak sewaktu di kampung dulu...
Selalu kejar pepatung ni kat sawah dan padang bola...
Masa tu suka kejar pepatung jenis helikopter...*definasi sendiri je ni...
Tak tau nak jelaskan macam mana rupa dia..
Yang pasti, pepatung helikopter ni dia punya sayap halus je, tak kembang sangat macam yang sedia ada...
Lebih kurang macam dalam gambar kat bawah ni...



Okay la... Ini sahaja bebelan untuk kali ni.. Kalau ada cerita lain, nanti aku bebel lagi... hehe....

p/s: Kalau orang bebel tu, jangan menjawab... Nanti makin menjadi-jadi dia punya bebel.. Baik dok diam je.. Boleh..?? Tapi kalau orang tu minta pendapat atau bertanya sesuatu yang dia kurang faham, jangan la pulak diam buat tak tau sedangkan kita tau apa jawapan yang dia tanya tu.. Itu poyo namanya... ehhh....!!!

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)