Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, March 16, 2010

LUKANYA SUDAH SEMBUH.... NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod Akhir:

Assalamualaikum.....

LUKANYA SUDAH SEMBUH.... NAMUN PARUTNYA MASIH ADA.... Episod Akhir:

"Camne akak boleh terbakar ni kak..?"..tanya Sumiha. Dengan sabar dia menanti jawapan dari kawannya itu... Sunyi seketika....

"Baju akak terkena api pelita.."... jawab Zabedah dengan suara yang agak perlahan.

"Baju akak terkena api pelita masa nak naik tangga malam raya tu. Dorang letak pelita tu kat situ sebab dorang nak main bunga api.."...sambung Zabedah lagi. Nada suaranya seperti tersekat2 menahan sebak. Zabedah terus menundukkan kepalanya. Sumiha pula terdiam sejenak seolah2 memberi ruang kepada Zabedah untuk melepaskan sebal di hati. "Mujurlah aku tak terbakar teruk macam dia..." bisik Sumiha pada dirinya sendiri....

Sepanjang berada di dalam wad tersebut, Sumiha jarang sekali melihat ahli keluarga Zabedah datang melawatnya. Berbanding dengan dirinya sendiri yang lebih bernasib baik kerana saban hari ada sahaja saudara mara dan jiran tetangga yang datang melawat sambil membawa buah epal...!!! Kadang2 dia sempat juga memerhatikan dari kejauhan riak wajah Zabedah yang agak suram tatkala melihat ramai orang yang mengelilingi katilnya. Kasihan sungguh kawannya itu. Mana perginya keluarga dia...? Cuma sesekali ada la dia ternampak ibu Zabedah datang melawat anaknya itu. Tapi, mana ayah akak Zabedah tu...?? Nak tanya lebih2, takut lak dia...

Minggu2 terakhir berada di wad itu, barulah Sumiha tahu bahawa ayah Zabedah sebenarnya tidak berapa suka dengan Zabedah. Menurut Zabedah, ayahnya itu selalu saja menyalahkan dirinya jika ada sesuatu yang berlaku atau menimpa keluarga mereka. Sehinggakan semasa dia terbakar itupun, ayahnya masih boleh memarahinya dan menyatakan yang dia cuai. Ya Allah, ayah jenis apakah itu...?? Terus Sumiha teringatkan abahnya. Abahnya terus bergegas balik dari Tawau sebaik sahaja mendapat tahu dia melecur. Dan dia masih ingat lagi abahnya bertanya kepada ibunya..."macam mana boleh jadi camni...".. dengan nada suara yang lembut. Bertuahnya Sumiha menjadi anak abahnya itu... Sayangggg abah.... dan sayang mak juga kerana setiap hari tanpa mengenal erti jemu menemani Sumiha di wad.

Kini tibalah masanya untuk dua sahabat ini berpisah. Ada riak kesedihan di wajah Zabedah sewaktu Sumiha mahu meninggalkan perkarangan wad buat kali terakhir. Dan Sumiha juga turut menangis kerana dia akan kehilangan kawan baik yang baru dikenalinya itu. Lebih2 lagi bila teringatkan nasib Zabedah yang malang itu, makin menjadi2 la kesedihan Sumiha. Namun apakan daya, mereka terpaksa berpisah juga kerana luka didahi Sumiha sudah beransur pulih sedangkan kecederaan di ponggong Zabedah masih belum sembuh sepenuhnya. Sumiha pulang ke rumah dengan dahi yang masih bertampal dan parut2 yang kehitaman di kedua2 belah lengannya.

Selepas lebih sebulan berada di hospital, kini Sumiha kembali semula ke sekolah. Kawan2 baiknya menyambut kedatangannya dengan gembira. Bertubi2 soalan yang mereka ajukan kepadanya dan dia menjawab dengan penuh gembira. Namun begitu, ada juga dua tiga orang kawan sekelasnya yang mencebik dan mengejek2 lengannya yang berparut itu. Sumiha sedikit sedih bila mulut2 jahat itu mengatakan bahawa lengannya itu seperti sisik ikan duyung... Huwaaaaa..... Sumiha menangis tetapi dia segera dipujuk oleh tiga orang kawan baiknya iaitu Hamidah, Rozilah dan Badrulhisham. Mereka bertigalah yang banyak menyabarkannya dan bertindak sebagai pelindung bila budak2 nakal tu mengganggu dan mengejeknya. Begitu juga dengan guru kelasnya, Cikgu Mustapa yang seringkali membuat lawak agar dia tidak terus merasa tersisih....

Dan, sebulan selepas itu pula, Cikgu Mustapa membuat pengumuman di dalam kelas dan memberitahu semua murid bahawa Sumiha terpaksa bertukar sekolah kerana mengikut keluarganya yang akan berpindah jauh. Bila sahaja budak2 nakal tu mendengar berita ini, terus wajah mereka menjadi sedikit cuak seperti tidak percaya. Timbul rasa menyesal kerana mengejek2 Sumiha selama ini. Namun, Sumiha terus sahaja memberitahu mereka yang dia dah memaafkan semua kawan2nya itu termasuklah yang mengejek2nya dahulu. Maka, sekali lagi Sumiha terpisah dengan kawan2 karibnya. Sehingga ke hari ini, Sumiha tidak lagi berjumpa dengan mereka kecuali dia ada bertemu dengan Hamidah setelah bertahun2 terpisah. Kini Hamidah menjadi seorang guru. Dan Sumiha sedang menantikan Hamidah meng"accept" request darinya di facebook... Wakakakakakaka.....

Sekianlah secebis kisah dari gadis mungil yang bernama Sumiha... Sumiha...?? Mungil...?? Ekekekekekeke....

p/s: Cerita dah habis ehh... Lepas ni jangan tanya lagi apa yang berlaku seterusnya tau... Lotih den nak mengarang cerita ni... hikhikhik... Dan, inilah wajah Sumiha semasa kecil.... jengjengjeng...

Haii.... nama saya Sumiha... Panggil je saya Sumi...sebab saya sumil.... wakakakakaka....
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)