Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, August 7, 2023

Program kacau bubur asyura perdana 2023.

Assalamu'alaikum.

Program kacau bubur asyura perdana 2023.

Alhamdulillah. Selesai sudah.

Semalam, telah berlangsungnya program mengacau bubur asyura perdana yang dianjurkan oleh pihak pengurusan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Banyak juga organisasi yang terlibat termasuklah dari pihak bomba, belia, sekolah dan masyarakat setempat. Ada dua versi bubur yang dibuat iaitu versi manis dan versi berempah.




























p/s: Ada rezeki, tahun depan buat lagi. Bi iznillah.

Sunday, July 16, 2023

Coconut pancake, peknga dan lempeng kelapa.

Assalamu'alaikum.

Coconut pancake, peknga dan lempeng kelapa.

Rasanya benda ni sama je cuma nama je berlainan. Ikutlah nak letak nama apapun. 😁😁😁













p/s: Jom buat sendiri. Benda mudah macam ni takkan la nak beli jugak. Sekeping tu mau seringgit jugak tu. 😁

.

Friday, July 14, 2023

Masak udang goreng dengan asparagus.

Assalamu'alaikum.

Masak udang goreng dengan asparagus.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku masak asparagus yang aku tanam ni dengan udang. Mudah je masak lauk ni dan rasanya sudah semestinya sedap hingga menjilat jari. 🤤🤤🤤

Cara masak ada dalam video last tu. Cuba la buat. Sedap sangat dengan rasa manis dari udang tu. Walla!!















p/s: Aku masak lauk takde letak gula ya. Muak la kalau laukpun manis. 

.

Tuesday, July 11, 2023

Rombongan KEMAS Cameron Highlands ke Kuantan Parade.

Assalamu'alaikum.

Rombongan KEMAS Cameron Highlands ke Kuantan Parade.

Pada hari Ahad lepas iaitu 9.7.2023, aku berpeluang mengikuti rombongan bersama KEMAS Cameron Highlands ke Kuantan Parade bagi memenuhi jemputan ke program WINS - Wanita Inspirasi Dari Desa Ke Global. Kami satu bas datang ke Kuantan.

Macam-macam program diadakan. Antaranya pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan menyolek, pameran dan juga jualan dari usahawan yang terlibat.

Dah, jom la tengok gambar dan video yang sempat aku rakam.






Bas yang kami naiki. Bagus pemandu bas ni. 


Berhenti sarapan di R&R Temerloh. Aku bawa bekal dari rumah. Perut aku tak serasi dengan makanan kedai. 😊













































Sebelum balik, kami singgah sekejap di benteng. Pertama kali aku ke situ. Tu yang sakan bergambar untuk kenangan tanda aku dah sampai situ. Haha. Lepas tu kami pergi ke tempat orang jual keropok pulak. Berbondong-bondongmasing-masing membeli keropok lekor dan keropok kering.

p/s: Berpuluh tahun aku tak ke Kuantan. Ni kali kedua aku ke sini. Alhamdulillah.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)