Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 11, 2017

Tinggal kenangan.

Assalamu'alaikum.

Tinggal kenangan.


Ini adalah sebahagian daripada koleksi baju yang aku jahit masa aku belajar menjahit di Dian Training Centre dahulu. Bajunya masih lagi elok terjaga. Cumanya, dah tak muat untuk dipakai. Maklum la, badan dah semakin mengembang. Haha. Maka, jadilah ia sebagai barang kenangan. 


Ni baju apa entah nama dia. Bajunya kembang pada bahagian ponggong. Kain dia pulak ada ekor. Dulu memang famous dengan kain berekor ni. Ala-ala baju pengantin gitu. Haha.




 ^
Dua-dua ni jeket dan coat. Ada  princess line cut. Jenuh weii buat baju ni terutama sekali coat tu. Coat tu ada poket kat dalam. Macam coat yang selalu kita tengok orang pakai dalam tv tu la.
v


p/s: Kalau suruh jahit balik coat tu, jangan harap la aku ingat. Hahaha. Syukurlah ada sehelai sebagai kenangan.

Baiki jam yang rosak.

Assalamu'alaikum.

Baiki jam yang rosak.


Hari Isnin baru ni, aku ke Kuala Lipis lagi dengan menaiki bas. Tujuan asal pergi adalah untuk simpan duit kutu dalam tabung haji, update buku ASB kat CIMB dan juga beli tanah kat kedai Peladang untuk projek mini kebun sayur aku. Gigih tu pergi Lipis naik bas.


Mulanya, jiran sebelah yang ajak pergi sebab dia nak beli alat apa entah untuk periksa tekanan gula dalam darah sebab dia ada diabetis. So, dia ajak la aku pergi sekali sebab hari tu aku ada bagitau dia yang aku nak beli tanah kat kedai Peladang tu. Maka, pergilah kitorang berdua. Ikutkan, ini dah kali kedua aku ke Lipis dengan jiran aku tu naik bas. Seronok pulak naik bas sebab dah bertahun aku tak naik bas. Haha.




Masa pergi kali pertama dulu, aku bagitau jiran aku tu yang aku nak tukar bateri jam tangan aku. Dan akak tu pun tunjuk la kedai jam ni. Dan untuk kali kedua ni, aku bawak pulak jam dinding dan jam loceng aku untuk dibaiki. Jiran aku tu pun bawak jugak jam dinding dia yang dah rosak. Dah alang-alang ke sini, baiklah selesaikan semua urusan sekali harung. Jimat masa dan jimat belanja. Takde la nanti nak ulang dua tiga kali untuk ke sini.


 Nama kedai jam ni adalah Kwan Cheong. Lokasi dia sebaris dengan Maybank. Rasanya berdepan dengan pejabat pos. Antara situ la kawasan dia. Kalau tak silap pendengaran aku, Uncle tu bagitau yang nombor kedai ialah 87. Kedai ni berkongsi satu ruang kedai dengan barangan elektrik. 



 Uncle ni tengah baiki jam dinding aku. Jam ni kena tukar motor dia. Kena caj RM28. Okay la sebab aku tak payah dah sibuk mencari jam baru.


Jam loceng aku kat tangan Uncle tu. Saja la nak baiki untuk dijadikan kenangan. Jam ni Uncle tu tak caj sebab dia cuma baiki sikit je. Terima kasih Uncle. 


Kedai jam Kwan Cheong ni boleh baiki semua jenis jam. Caj yang dikenakan bergantung pada jenis kerosakan. So, jika ada jam yang rosak, baiklah baiki je lebih-lebih lagi jika jam itu ada sentimental value. 


Sebelum ambil gambar ni, aku terlebih dulu minta izin kat Uncle berdua ni. Aku cakap yang aku nak masukkan kedai jam ni dalam blog aku untuk promosi dan dorang berdua izinkan. Aku tak berani la kalau main ambil gambar macam tu je tanpa izin. Lainlah jika aku nak simpan sendiri gambar tu.


p/s: Terima kasih kepada pemandu bas yang tolong masukkan sebanyak tujuh kampit tanah ke dalam tempat simpanan barang. Tanah tu aku punya lima kampit dan lagi dua kampit tu jiran aku punya.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)