Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 23, 2011

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni... :-)

Assalamualaikum...

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni... :-)

Kali ni aku mencuba buat kek coklat pulak.. Resepi ambil dari majalah yang hari tu juga. Resepi tak sama, cuma majalah je yang sama.. Rupa-rupanya punya la banyak resepi kat dalam majalah tu. Mana taknya, majalah khas keluaran hari raya la pulak... hehe..




Kali ni aku cuba  buat kek coklat lembab, siap dengan topping sekali. Dan pertama kali jugak aku menggunakan sistem boiling.. Dulu aku tak tau apa maksud boiling tu. Puas aku bayangkan, tapi tak jugak faham. Namun, berkat dari rajin menggugel, maka faham la sikit-sikit... Tenkiu banyak-banyak pada atok gugel.. ;)

Aku buat sistem boiling ni menggunakan kuali sebab permukaan kuali tu luas sikit dan mempercepatkan coklat masakan tu cair. Mula-mula isi air kat dalam kuali tu. Lepas tu masukkan periuk yang berisi coklat masakan yang dipatah-patahkan ke atas air tadi. Tunggu la sehingga coklat tu mencair..


Topping aku agak selekeh sikit.. Maklum la, tangan aku takde seni... ehehh...

Kejap lagi nak potong kek ni. Nak tunggu topping dia keras dulu. Lepas tu nak bagi anak buah yang tolong hantarkan coklat masakan tadi. Kat rumah aku takde stok coklat masakan tu. Tu yang minta sikit kat kakak ipar aku tu sebab kakak ipar aku tokey kuih raya... :-)


Topping dah mengeras. Dah boleh potong dah.... :-)

Kadang-kadang bagus juga mencuba ni.. Tapi mencuba benda atau perkara yang betul la.. Tapi ramai juga yang suka mencuba kepada benda yang tak betul.. Kalau sempat diperbetulkan balik, takpe juga.. Takut tak sempat je.. 

p/s: Selamat bercuti pada yang akan bercuti sempena Xmas ni.. Moga ceria-ceria selalu ya... \^__^/

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)