Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, August 31, 2013

Puisi Merdeka 2013..

Assalamualaikum...

Puisi Merdeka 2013..


Pucuk pauh delima batu,
Anak semilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata, di hati jangan..


Anak semilang di tapak tangan,
Terkena sengat, berdarah jari,
Hilang di mata, di hati jangan,
Walaupun jauh, tetap diingati..


Terkena sengat berdarah jari,
Hingga kini terasa pedihnya,
Walaupun jauh, tetap diingati,
Kerana kita adalah bersaudara..


Hingga kini terasa pedihnya,
Menentang musuh mempertahankan negara,
Kerana kita adalah bersaudara,
Di bumi MALAYSIA yang tercinta...


Salam kemerdekaan untuk negaraku MALAYSIA..
Salam kemerdekaan untuk seluruh warga MALAYSIA..
Salam kemerdekaan untuk anak MALAYSIA yang jauh di perantauan..
Walau di mana kita berada, pastikan MALAYSIA kekal di jiwa..


MALAYSIAKU BERDAULAT.. 
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU..


MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
MERDEKA...!!!
~ azie ~



p/s: SAYA SAYANG MALAYSIA.. Siapa tak sayang Malaysia, sila tukar kewarganegaraan.. Jangan diporak-perandakan keamanan yang sedia ada.. 

Diesel masuk sungai...

Assalamualaikum...

Diesel masuk sungai...


Batang Berjuntai: Sebahagian besar penggunaan membabitkan lebih sejuta warga kota bakal mengalami gangguan bekalan air apabila tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan untuk tempoh masa yang belum diketahui.


Foto


Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Awam SYABAS, Abdul Halem Mat Som berkata, berikutan penutupan itu, bekalan air ke tujuh wilayah pengagihan air Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor dijangka terjejas secara berperingkat.



p/s: Kesian kat mereka yang terlibat.. Bersabar la ya.. Dugaan di hari merdeka... Dah la tempoh gangguan bekalan tak diketahui.. 

Kain pelikat menjadi seluar santai...

Assalamualaikum...

Kain pelikat menjadi seluar santai...


Ini adalah kain pelikat yang sudah berlubang sana sini dan dijadikan seluar cerut untuk pakaian santai di rumah.. Kali pelikat yang dah berlubang, jangan terus disimpan ataupun dijadikan kain buruk. Selagi kain tu tidak reput, masih boleh digunakan. 


Kain pelikat ni dah ada dua tiga lubang yang kecil samada lubang akibat terkena puntung rokok ataupun tersangkut pada tali ampaian.. Nak bawak solatpun risau jugak.. Bimbang lubang tu menampakkan aurat. Jadi, aku ambil langkah drastik (ahakk...) dan jadikan kain pelikat ni sebagai seluar cerut.. 


Cara nak buat seluar cerut ni senang je.. Terbalikkan dan bentangkan kain pelikat tu atas meja atau lantai dan lepas tu letakkan pola seluar tu kat atas kain pelikat tadi. Tak payah nak potong kain pelikat yang berjahit tu. Ikut je cara letak macam gambar kat bawah ni.. 


Ni pola bahagian depan..


Sebelum potong kain tu, tandakan basi untuk setiap bahagian.. Jika tak nak buat pinggang yang bersambung, lebihkan dalam 3 1/2 inci kat bahagian pinggang tu.. Ini untuk getah yang lebarnya satu inci.. Lepas tu untuk bahagian kiri dan kanan, lebihkan basi jahitan dalam 3/4 inci dan untuk bahagian bawah, lebihkan basi jahitan dalam satu inci.. Ini semua bergantung pada tukang jahit tu sendiri macam mana nak menggayakan pemotongan.. 


Lepas tu tandakan dengan kapur bahagian dalam kain tersebut iaitu bahagian yang sedikit pudar warnanya. 


Ni pola bahagian belakang. Ada lebihan kat bahagian peha dan pinggang.. Bahagian yang melengkung itu adalah bahagian untuk cawat..


Selesai memotong, jahit tepi dan mulakan menjahit. Ambil sekeping bahagian depan dan sekeping bahagian belakang dan cantumkan kiri dan kanan. Buat perkara yang sama untuk satu bahagian lagi.. Bila dah siap, barulah cantumkan bahagian kelengkang.. Kemudian, jahitkan bahagian bawah kaki anggaran seinci. Lepas tu, lipat bahagian pinggang anggaran 1 1/4 inci dan jahit keliling. Tinggalkan sedikit ruang untuk memasukkan getah seluar.. 


Dah siap dah.. Tapi takde poket..


Dah boleh pakai.. Atas sikit dari buku lali..


Apa yang penting adalah ukuran cawat.. Ukuran cawat jangan terlalu pendek, bimbang nanti tersepit dan tak selesa dipakai. Ambil ukuran cawat bermula dari bahagian depan pinggang dan berakhir kat belakang pinggang. Jangan ambil ukuran ngam-ngam.. Longgarkan sedikit masa mengukur..






p/s: Kalau cari lagi dalam almari, rasanya banyak lagi kain pelikat yang berlubang...hehh...

Friday, August 30, 2013

Sekadar meluahkan rasa tidak puas hati...

Assalamualaikum..

Sekadar meluahkan rasa tidak puas hati...


Ini sessi meluahkan rasa tidak puas hati aku dengan pihak KN atau Kaki Novel. Email pertama kat bawah ni aku hantar untuk order yang aku buat masa dorang masih lagi bercuti hari raya. So, memang salah aku hantar email waktu orang cuti bekerja dan email tu kena reject.. Aku tak salahkan pihak KN bila empat email aku kena reject.. Takpe, salah aku, aku terima..


Lepas tu, bila dorang naik bekerja, sekali lagi aku hantar email yang sama.. 


Okay, pihak KN balas email aku tu..



Okay, lepas dapat email pengesahan ni, akupun tunggu je posmen datang rumah mengikut tempoh hari bekerja. Tapi bila novel masih lagi tak sampai, dah lebih seminggu dah, akupun hantar lagi email.. 


Dan ini email balasan daripada pihak KN. Hanya kerana nak tunggu TT penulis, empat buah lagi novel yang takde kaitanpun tak boleh nak diposkan.. Bukannya aku mintakpun TT penulis tu.. Dalam borang order, takdepun aku tulis aku nakkan TT penulis..



Aku forward lagi email tu berserta dengan pengesahan aku iaitu aku tak nak TT penulis.. 




Dan ini email terakhir dari pihak KN.. Masih lagi dengan ayat yang sama iaitu akan SMS nombor tracking bila novel sudah dipos.. 



Dulu aku dah pernah kena bila novel lewat sampai dari masa yang ditetapkan.. Itupun pihak KN senyap je. Bila aku email, dorang kata novel akan dihantar dan akan bagi nombor tracking.. Sampai sudah nombor tracking tu aku tak dapat walaupun akhirnya novel tu sampai jugak.. Sampai dah lewat, akupun dah takde mood dah nak membaca.. Kena tunggu beberapa hari baru mood tu datang balik.. 


Apa masalahnya tak boleh nak pos novel keluaran September sedangkan novel-novel tersebut sudahpun berada di pasaran. Dah ada pembaca yang beli.. Bukan setakat beli, dah ada yang nak letgo novel keluaran September tu..!! Jadi, apa masalahnya pihak KN tak boleh nak pos novel tu sekarang..? Lain la kalau novel tu masih lagi dicetak dan takde stok.. Pelik betul aku.. Berbelit-belit bila berurusan dengan dorang...


Kalaulah aku tau MPH Online ada buat sale, tak kuasa aku nak order novel dengan pihak KN ni.. Aku baru dua hari lepas order dengan MPH Online, tup-tup petang tadi novel tu dah sampai ke rumah.. Begitu cepat dan pantas.. 


p/s: Harap-harap lepas ni MPH Online kerap la buat sale macam sekarang ni.. Serik aku nak berurusan dengan pihak KN ni.. Salah ke aku luahkan rasa tidakpuas hati aku kat sini..? 

Atasi masalah perut kembung..

Assalamualaikum...

Atasi masalah perut kembung..


Sekali lagi aku kongsikan petua yang aku ambil dari buku koleksi aku.. Daripada petua tu duduk dalam buku tu, cuma aku sorang je yang baca, ada baiknya aku kongsikan kat blog aku ni.. 


Petua kali ini adalah berkenaan dengan masalah perut kembung. Jika kita alah dengan sesuatu makanan, perut kita akan mudah jadi kembung atau dengan lain perkataan, perut dah masuk angin. Bila perut dah kembung, sudah pasti kita rasa tak selesa. Sakit perut kembung ni nampak macam tak serius tapi sekali kena, mau bergulung-gulung badan dibuatnya.. So, jangan nak ambil mudah ya.. Jangan nak pandang remeh..


Petuanya mudah je.. Yang penting kena rajin mencuba.. Jangan malas okay.. hehhh... Bahan yang diperlukan adalah cuma bawang putih dan minyak masak sahaja..


Caranya ialah; ambil dua ulas bawang putih, kemudian tumbuk lumat bawang putih tadi dan lepas tu campurkan dengan tiga sudu makan minyak masak. Kemudian, sapukan dan gosok-gosok bahan tadi pada perut dan belakang badan. Biarkan beberapa minit hingga keluar kentut.. Bila kentut dah keluar, mesti rasa lega dan kembung perutpun hilang.. Lakukan beberapa kali sehingga perut betul-betul selesa dan tidak kembung lagi..


p/s: Biasa tengok bidan mengurut orang bersalin..? Lebih kurang macam ni la petua dia... hehh...

Sale kat MPH Online..

Assalamualaikum...

Sale kat MPH Online..


MPH Online buat sale lagi.. Ada sale 20% dan 30% untuk buku yang terpilih.. Jadi, siapa yang nak menyopping samada buku ilmiah ataupun novel, silalah berbuat demikian.. Ini untuk orang yang tinggal jauh kat pendalaman, yang takde kedai buku Popular ataupun MPH macam aku ni haa.. Kedai buku biasa yang aku selalu pergi tu takde diskaun banyak camni.. Paling tidakpun dapat diskaun sehengget je untuk sebuah novel.. huhuhu...


Dengan pembelian RM50 ke atas, tiada dikenakan caj penghantaran..


Tulisan merah tu harga selepas diskaun.. Merah biji mata menengoknya.. haha...


Novel My Precious Iris atau MYPI ni ada sale 30%... Banyak tu...!!! Dari harga asal RM35, dah tinggal RM24.50 je.. Mujurlah aku dah beli buku ni.. Kalau tak, harus aku beli yang sale ni.. Best citer ni.. Tapi kenalah baca novel sebelumnya iaitu I Love U, Stupid, pun ada diskaun jugak iaitu 20%.. Begitu juga dengan novel Awak Suka Saya Tak, diskaun 20% jugak..




p/s: Sale ni tak lama. Sampai 1 September ni je. Sempat lagi kalau nak register. Jadi, siapa cepat, dia la yang dapat.. hehh.. 

Thursday, August 29, 2013

Aku selesa dengan Betty Blue..

Assalamualaikum...

Aku selesa dengan Betty Blue..


Betty Blue ni merupakan satu jenama kasut. Tak pasti la pulak samada ni jenama baru ataupun dah lama sebab bab macam ni aku memang fail.. Nak google pun malas.. hehh...


Aku mula kenal Betty Blue ni dari tahun lepas kot. Masa tu aku ikut dua tiga orang makcik ni masuk kedai kasut ni. Dorang nak beli kasut untuk persediaan melancong ke Bandung manakala aku beli sebagai kasut raya.. Aku beli jenis sandal sebab kaki aku jenis kembang kat depan.. Kalau pakai kasut, mau meraung aku tak dapat nak berjalan..


Sandal pertama Betty Blue yang aku beli adalah seperti dalam gambar kat bawah ni. Sekali pakai, terus jatuh cinta sebab ianya sangat lembut dan selesa. Biasa aku pakai capal atau sandal kulit.. Bila berjalan jauh, mula la betis sakit. Keras kejung jadinya.. Tapi dengan Betty Blue, takde rasa tekanan.. Pergerakan menjadi lancar. Takde la sekejap sekejap nak berhenti urut betis.. 


Dah lama pakai, rupapun dah cacat, tapakpun dah mula licin...


So, semalam aku beli sepasang lagi sandal Betty Blue ni sebab sandal yang lama dah mula haus tapak dia. Masih boleh dipakai tapi jika aku tolak troli yang penuh dengan barang, nanti aku tak boleh nak kontrol troli tu sebab tapak sandal yang licin.. Cuma tak banyak sandal yang sesuai untuk kaki aku.. Kalau ada peten yang lama tu, aku beli yang tu je.. Tapi dah takde. So, nak tak nak, aku beli je la peten macam gambar kat bawah ni.. Warna ni je yang ada.. Hentam saja la haiihhh...




Harga sandal Betty Blue yang aku beli ni takde la mahal manapun.. Harganya cuma RM39.90 je.. Sandal yang lama tu pun harga dia sama jugak.. Setahun lebih pakai sandal harga macam ni. Memang berbaloi-baloi.. 




Aku bukan jenis orang yang pakai sedondon. Kalau baju biru, kasutpun nak biru.. A BIG NO...!! Aku jenis sempoi. Aku jenis pakai je ikut suka hati aku. Asalkan selesa, alhamdulillah.. Tak kuasa aku nak melaram sakan tapi menyiksakan anggota badan.. Siapa nak kawan dengan aku, silakan.. Siapa tak nak kawan sebab malu dengan stail aku, itu korang punya pasal.. hehhh... 




p/s: Aku bukan pemegang tagline biar papa, asal bergaya.. Get lost dengan tagline tu..

Kau ado..?? Haha...

Assalamualaikum...

Kau ado..?? Haha...


Ada kisah di sebalik gambar patung burung yang tengah marah ni.. Masam betul muka dia.. hehh... Oh ya, patung angry bird ni merupakan sebuah tabung.. Kat belakang kepala dia tu ada lubang.. Buat masa ni, isi perut dia tu adalah jelly yang sangat sodap... Yummy.... hahaha...




Al-kisahnya begini..

Masa membeli barangan dapur dalam bulan puasa hari tu, aku ternampak la beberapa jenis tabung yang berbentuk patung ni.. Tapi masa tu patung yang macam dalam gambar ni takde lagi.. Yang ada semuanya jenis yang kecil dan comel sedangkan yang ini patungnya memang besar.., dan garang.. haha..


Mula-mula tak nak beli. Tapi entah macam mana, teringat pulak kat tiga orang anak buah umur tujuh tahun dan ke bawah tu.. Lepas tu, terus la beli tiga patung yang berlainan warna dan rupa dengan tujuan nak mengajar budak-budak tu menabung. Maklum la, masa tu dah dekat nak raya, mesti nanti dapat banyak duit raya, kan.. hehh... Masa ni, aku langsung tak teringat kat sorang lagi anak buah aku yang comel iaitu si Baby D. Aku cuma ingat yang tiga orang tu je sebab dorang dah pandai bercakap sedangkan si Baby D tu masih lagi pelat dan tak pandai nak bercakap betul..


Bila raya je, iaitu dorang semua dah balik rumah ni, aku pun bagi la kat tiga orang patung tabung tu. Dah la aku serba salah bila tengok si Baby D tu dah mula monyok dan dah mula nak berebut-rebut dan dah semestinya menangis.. Budak la katakan.. huhuhu..


Pastu, akupun pujuk la si Baby D tu.. Aku cakap kat dia, nanti indok beli patung yang lagiiiiiiiiiii besarrrrrrrr... Yang lagiiiiiiiiiiiiiiii comel macam yang dorang bertiga tu dapat.. Elok pulak dia faham apa yang aku cakap.. Terus dia angguk kepala dia pastu diapun cakap la ikut bahasa dia.. Aku pulak dok angguk dan ia kan aje la apa yang dia dok cakap tu.. hehehehe...


So, semalam aku keluar lagi beli barangan dapur, ternampak lagi patung ni, terus je sambar yang besar sekali.. Dah janji nak beli yang besar, so, kena la beli yang besar jugak.. Lagipun kalau beli yang sama macam dorang bertiga tu punya, nanti dia ingat itu dia punya.. Dah jadi satu hal pulak bergaduh lagi sebab dia mana reti nak cakap, kan.. Jadi, bila beli yang besar ni, dia tau la yang ni dia punya..


Begitulah kisahnya si patung tabung angry bird yang moncong ni.. hehe..


p/s: Tapi kan, jangan bagitau Baby D tau yang jelly kat dalam perut patung tu aku dah tibai sikit.. hehe.. Sedap woo... Aku mana la pernah makan jelly yang macam-macam jenis ni.. Paling tidakpun nata de coco tu je la.. Nanti aku ganti la dengan jelly yang lain.. ha.. ha.. ha...

Empat tanda hidup tak berkat..

Assalamualaikum...

Empat tanda hidup tak berkat..


Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah:


1. Duit banyak, tapi cepat jer habis..

Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup je. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.


2. Buat kerja, tapi tak siap-siap..

Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung, semuanya tergendala, satupun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.


3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat..

Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.


4. Masa habis dengan sia-sia..

Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV,  leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.


Adakah anda salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?


Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.


Nota: Entry copy paste dari fesbuk tapi link tak ingat.. Lupa nak copy link sekali.. Maaf ya.. huhuhu..


p/s: Sobsobsob....

Wednesday, August 28, 2013

Petua cegah keputihan..

Assalamualaikum..

Petua cegah keputihan..



Keputihan adalah sejenis penyakit yang sering melanda kaum wanita. Bila ada keputihan, maknanya akan ada ketidakselesaan..


Kat sini aku kongsikan satu petua untuk mengubati penyakit keputihan yang aku ambil dari sebuah buku koleksi aku. Petuanya mudah je. Bahan yang diperlukan pun mudah dicari. Silap-silap haribulan, ada yang menjadikannya sebagai bunga hiasan sebab tak tau nak menggunakannya.. Bahan utama adalah daun pegaga..


Daun pegaga amat baik untuk mengubati penyakit keputihan dan gatal-gatal di bahagian kemaluan wanita. Caranya ialah:


Gambar koleksi peribadi.. Sebagai hiasan je.. hehh..


Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali. Kemudian, cuci bersih dan rebuskan dengan air di dalam periuk. Setelah mendidih, angkat periuk tadi dan isikan dengan sedikit garam. Biarkan air tu suam.. Kemudian, ambil air rebusan yang telah suam itu untuk mencuci kemaluan. Lakukan cara ini tiga kali dalam seminggu. Insya-Allah, penyakit keputihan dan gatal-gatal tadi akan hilang..


Jangan pulak sapu air rebusan tu kat muka. Mana la tau kot-kot ada yang silap baca pulak.. Orang kasi petua nak hilangkan keputihan, dia gunakan petua tu untuk putihkan muka.. 


*Jenis garam dan jenis pegaga tidak dinyatakan secara terperinci.. Maknanya, boleh je guna garam kasar ataupun garam halus, pegaga kampung yang daun kecil tu ataupun pegaga berdaun lebar macam yang dalam gambar tu..


p/s: Jika ada yang nak cuba sapu kat muka, boleh je kot.. Sendiri la tanggung akibatnya nanti.. Tapi kalau berjaya dan muka tu putih, bagitau la ya.. Nak buat pulak.. heeeeee.....

Nothing: Bear in mind..

Assalamualaikum..

Nothing: Bear in mind..


We're nothing if we have nothing..


Orang tak akan pandang kita jika kita tak punya apa-apa..
So, kalau nak orang pandang, you must have something valueable..
Bukan sekadar something yang biasa-biasa...


Bear in mind bahawa manusia memandang luaran..
Bear in mind bahawa Allah memandang keseluruhan..


p/s: Bear in my mind who am I.. 

Tuesday, August 27, 2013

Kekerapan menjenguk dashboard...

Assalamualaikum...

Kekerapan menjenguk..


Untuk blogger yang memasang iklan kat blog masing-masing, samada iklan Nuffnang atau iklan apa sahaja yang dipasang, berapa kerap korang jenguk perkembangan earning kat dashboard atau akaun iklan korang tu..?


Bagi yang banyak dapat kempen dan earning semakin naik dari sehari ke sehari, rasanya tentu berkali-kali menjenguk peningkatan earning masing-masing, ya tak...???


Lepas tengok earning semakin naik walaupun agak lambat, tentu semangat nak menulis entry tu datang. Betul..?? 


Aku cuma pasang iklan dari Nuffnang je.. Tak berani nak pasang iklan lain.. Takut nanti hilang status giltter glitter tu.. hehe.. Apapun terima kasih Nuffnang sebab aku pernah jugak cash out earning dari iklan ni.. Walaupun tak banyak namun alhamdulillah.. 


p/s: Rezeki masing-masing.. Siapa yang rajin dan kuat berusaha, maka banyak la dia punya imbuhan.. Yang penting, pandai-pandai la tarik trafik. Rajin-rajin la blogwalking.. Aku ni malas sikit.. hehh...

Sakit batu hempedu dan penawarnya...

Assalamualaikum...

Sakit batu hempedu dan penawarnya...


Aku kongsikan sedikit komen yang ada kat satu grup ni. Ianya mengenai pertanyaan seorang ahli grup yang meminta pendapat dan petua berkaitan sakit batu hempedu yang menyerang suaminya.. 


Jika ada sesiapa yang ada penyakit batu hempedu ni, cuba la usaha buat apa yang mereka kongsikan sebelum buat pembedahan.. Ada disertakan sekali petua dari pakar sakit puan terkenal iaitu Dr. Hamid Arshat..




Nama pengomen aku sembunyikan atas dasar privasi... 




p/s: Setiap penyakit ada penawarnya... Moga kita terhindar daripada penyakit yang berbahaya.. Amin..

Percaya tak...?

Assalamualaikum...

Percaya tak..? 


Percaya tak bila ada orang yang kata macam ni kat kita, tapi dia sendiri yang 'pecahkan' kata-kata tersebut..


"Aku cerita ni kat kau je tau.. Kau jangan pulak cerita kat orang lain.."


Aku percaya sebab benda ni dah banyak kali jadi kat aku.. Dia dok beria-ia suruh aku tutup mulut tapi dia sendiri yang bukak mulut cerita kat orang lain.. 


p/s: Tak faham aku dengan orang macam ni..

Monday, August 26, 2013

Betul tak..? Betul ke..?

Assalamualaikum...

Betul tak..? Betul ke..?


Betul tak atau betul ke apa yang tertulis dalam gambar kat bawah ni...? Mungkin tak betul sebab ada jenis perempuan yang menangis secara terang-terangan bila bergaduh atau kena marah.. Mungkin jugak betul sebab ada je perempuan yang jenis selamba macam takde perasaan tapi pada hakikatnya dia punya perasaan yang lebih halus. Cuma dia jenis yang tak suka memperlihatkan kelemahan di hadapan orang lain.. Ni perempuan jenis tahan sabar ni.. hehh...


Orang yang disayang tu tidak semestinya pakwe atau suami.. Mungkin juga adik-beradik, ibu-bapa, kawan-kawan, atau siapa saja.. 




Apa pendapat korang tentang perkara ni..? Setuju ataupun tidak setuju..? Korang jenis yang mana..? 


p/s: Aku jenis yang................ Biarlah rahsia... hehhh... 

Sunday, August 25, 2013

Wajarkah..??

Assalamualaikum...

Wajarkah..??


Sekarang ni masih lagi dalam bulan Syawal.. Masih lagi mood raya untuk sesetengah orang.. Walau dah habis Syawal sekalipun, rumah terbuka hari raya masih lagi dibuat.. 


Berbalik pada senario kunjungan raya ni, tergerak jugak aku nak bertanya.. Wajarkah kita yang nak datang rumah orang, meminta tuan rumah tu masak macam-macam atau dengan lain perkataan, masak makanan yang kita suka..?

  • Atas dasar apa kita nak suruh tuan rumah masak macam-macam untuk kita..? 
  • Datang nak ziarah raya atau nak mentekedarah.. *Maaf atas bahasa yang kasar ini..
  • Tak rasa membebankan tuan rumah ke dengan permintaan kita tu..?
  • Dah makan dah tapi bila nak balik, boleh mintak tapau lagi tu sedangkan masih ada lagi tetamu yang belum datang..

Ada yang pernah mengadu pasal ni dengan aku.. Sebagai tetamu, kita makan saja apa yang tuan rumah hidangkan. Yang penting makanan tu bersih, suci dan halal. Mustahil kita tak boleh makan satu jenis hidanganpun.. kan.. Mana yang kita boleh makan, kita makan.. Mana yang tekak kita tak boleh nak terima, jangan makan. Jangan paksa diri makan makanan yang kita tak suka sampai tuan rumah perasan muka kita terkulat-kulat menelan makanan tu..


Dah kenyang, terus balik.. Langsung takde nak bermaaf-maafan sedangkan tujuan kunjungan raya adalah untuk saling meminta maaf. Kenyang sampai terlupa.. Kadang-kadang ucap terima kasihpun takde.. Pakat dok salam gitu je.. Menonong macam tu je keluar pintu... Wajarkah tindakan kita tu..?


p/s: Sekurang-kurangnya, ucap la terima kasih.. Selamat hari raya.. Maaf banyak-banyak ya.. hehh hehh hehh...

Friday, August 23, 2013

Ya Hanana...

Assalamualaikum...

Ya Hanana... 

Jom kita dengar ni pulak..
Best, kan..?



ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

 الله
Allah..!!

يَا هَنَانَا
ya hana na

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

 الله
Allah..!!

يَا هَنَانَا
ya hana na

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khuso bissab'il matsani wa hawa luthfal ma'ani

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a'laihi anzalallah

 الله
Allah...!!

يَا هَنَانَا
ya hana na

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

 الله
Allah..!!

يَا هَنَانَا
ya hana na

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
mim makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar

وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam

الله
Allah...!!

يَاهَانَانَأ
ya hana na

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

 الله
Allah..!!

يَا هَنَانَا
ya hana na

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah

الله
Allah..!!

يَاهَنَانَا
ya hana na

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana nabi muhammad dzalikal fadhlu minallah

الله
Allah..!!

يَاهَنَانَا
ya hana na

Allaahummasolliwassallim... alaa saidina muhammadin... wa'alaa aalii saidina muhammad..
Sollallahu alaihh.


p/s: Sedap pulak layan...

Thursday, August 22, 2013

Pecah rekod...

Assalamualaikum...

Pecah rekod...


Sekarang ni musim durian, kan..? Okay, kat rumah aku takde pokok durian.. Biasanya mak aku beli dengan jiran.. Hari tu dia dah beli dah.. Tak tau berapa ringgit.. Tapi aku tak sempat nak makan beria. Sempat makan dua ulas je.. Ingatkan nak makan lagi esoknya tapi tup-tup tengok durian tu dah jadi tempoyak.. Pastu aku cakap la kat mak aku tu; orang tak makanpun lagi, dah abeh buek tompoyak.. huhuhu.. *Tetiba je terus nak nyanyi lagu; batu belah batu bertangkup, telanlah aku, luluhlah aku.. Aku kempunan nak makan durian.. hehh..




Walaupun aku bukannya penggemar durian, tapi nak la jugak merasa, kan.. Petang tadi, pakcik yang jual durian tu hantar dua ikat buah durian ni.. Masa tu mak aku takde kat rumah.. Pakcik tu kata, satu ikat tu kakak ipar aku nak dan satu ikat lagi tu mak aku punya.. So, lepas je pakcik tu balik, akupun ambil la sebiji buah durian tu. Aku pilih yang paling kecil.. 




Lepas tu terus je belah buah durian tu. Tak payah beria-ia pakai parang panjang nak belah. Aku cucuk je dengan gunting kat tengah-tengah kulit durian tu.. Lepas tu, apa lagi, terus la ngap.. haha.. Mula-mula makan beberapa ulas je. Lepas tu minum air masak dekat sebotol nak habis.. 




Lepas tu, sambung lagi makan. Kasi perabis sebiji durian tu. Hambik kau.. Memang pecah rekod aku makan durian kali ni sampai habis sebiji tu aku tibai sorang-sorang. Dan disebabkan takut badan jadi panas, akupun apa lagi, habis lagi sebotol air masak tu aku kerjakan.. Orang kata, kalau taknak badan panas, minum air guna pangsa durian tu.. Malas lak aku nak buat. Lambat.. Minum terus dari botol air tu cepat sikit. Laju je masuk dalam tekak.. hehh..


Durian ni isi dia tak tebal manapun. Tu yang boleh habis sebiji tu.. Kalau isi tebal tu, tak berani aku nak makan sampai sebiji haiihh.. Paling tidakpun tiga empat ulas je yang mampu aku telan..


p/s: Sekarang ni mata dah mula terkelip-kelip dah.. hahahahaha... Air...!!! Air..!!!

Balut atau bungkus..?

Assalamualaikum...

Balut atau bungkus..?


Apa bezanya antara balut dan bungkus selain daripada ejaannya..? Ni kena tanya dengan guru bahasa ni.. Kalau tanya kat aku, dengan konpidennya aku jawab; sama je... hehhh...


Semalam aku dok balut buah belimbing besi ni.. Sayang pulak tengok buah tu masih lagi cantik.. Sebelum ni dah berpuluh kali dah pokok ni berbuah tapi aku buat tak kisah je.. Pandang macam tu je.. Tapi kali ni tetiba je angin rajin tu datang.. Sanggup pulak tu dok dua tiga kali ulang alik daki bukit, masuk dalam rumah ambil surat khabar lama, pastu patah balik ambil stepler, pastu patah balik lagi sekali ambil enpon.. 


Tapi okay gak, keluar jugak peluh. Terbakar jugak lemak yang dah mendap dalam perut ni.. ehehh...


Ada aje minah enterframe ni... cehhh...


Pokok belimbing ni ada dua pokok je kot.. Tapi aku cuma bungkus buah yang kat hujung dahan pokok ni je.. Tempat lain tu aku tak tengokpun. Lagipun tinggi.. So, aku buat mana yang tercapai dek tangan je la.. Tak ghajin den nak manjek pokok tu dohh haiihhh... ahaha...


Belum apa-apa lagi dah kecur air liur dah.. :D


p/s: Harap-harap takde la tupai yang nakal pergi gigit kertas pembungkus tu..Lagipun banyak kerengga kat pokok belimbing ni.. Kalau tupai tu rela kena gigitan manja kerengga tu, silalah pergi kat dahan tu ya... ahahh...

Benda yang aku tak suka nak tengok... hmmm...

Assalamualaikum...

Benda yang aku tak suka nak tengok... hmmm...


Salah satu benda yang aku tak berkenan dan tak suka nak tengok ialah benda kat dalam gambar bawah ni haa... Bersepah-sepah.. Malas haiihh nak cakap lebih-lebih.. huhuhu....





p/s: Mujurlah takde nama si penghisap tu kat puntung rokok tu.. Kalau ada kan senang.. Senang apa pulaknya..? Senang nak tag kat fesbuk... muahahahahaha....

Wednesday, August 21, 2013

Photoshoot with kap-wau-cha-ya-nga... :)

Assalamualaikum...

Photoshoot with kap-wau-cha-ya-nga... :)


Jika orang lain sibuk dok buat photoshoot untuk album raya la, album nikah kawen la, album konvokesyen la dan macam-macam jenis album yang ada, aku pulak nak jugak buat sessi photoshoot untuk album aku.. Tapi model-model aku ni tak perlu nak kena mekap ataupun tukar costume... hehh. Photoshoot aku dah semestinya dengan kap-wau-cha-ya-nga ini.. Tak payah panggil, dorang dengan rela ikut mana aku pergi.. heeee.... 


Kap-wau-cha-ya-nga (کوچيڠ) itu kucing ya, bukannya kencing.. Kencing itu kap-nun-cha-ya-nga (کنچيڠ). Manakala kap-alif-nun-cha-ya-nga pula adalah kancing (کانچيڠ).. Ehh, dah macam citer P.Ramlee la pulak.. hehh..


Okay la, jika sudi, layankan aje la gambar yang banyak ni ya.. Gambar takde watermark.. Maleh nak edit-edit haiihh... Semuanya asli.. Terus dari kamera enpon cap kaki tiga.. ahahhh...



















Sama tak aksi kap-wau-cha-ya-nga ni dengan aksi kita..? Sama je, kan..? Sebab kitapun kadang-kadang buat jugak aksi macam ni.. heh.. hehh.. hehhh.. Lokasipun sama je, kan...? Sebab kitapun kadang-kadang suka bergambar kat lokasi yang pelik + jelik + entah apa-apa punya lokasi.. huhuhu... Bezanya cuma satu je.. Apa dia..? Carilah sendiri apa perbezaan tu.. *Kita tu termasuk la aku.. huhuhu..


p/s: Jom sambung photoshoot... ;)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)