Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 4, 2015

Satukan Hati Kami..

Assalamu'alaikum...

Satukan Hati Kami..


Membeli sambil menderma.. Kompilasi cerpen dari beberapa orang penulis Idea Kreatif/IKP dan penulis lain.. Siapa nak beli novel ni, boleh mula order dan bank in sebelum 20 Januari ini.. Buku akan dicetak mengikut jumlah order.. Selepas tu, dah takde cetakan lagi dah.. Boleh order melalui ejen-ejen IKP.. Harga buku RM24 + RM6(postage) untuk Semenanjung dan RM27 + RM10 untuk Sabah/Sarawak.. Ringkasnya RM30/Semenanjung dan RM37/Sabah+Sarawak..




Penulis yang telibat adalah Ana Sofiya, Shamien A. Basit, Luna Bulan, Ridhya Iman, Cik D, Rehan Makhtar, Hana Efriena, Hani Fazuha, Syeena Hamdan, Suzana Sulaima, Pena Kayu, Syah Shah, Shirod Shukri, Anggerik, Wawa Taufik, Farisya Natasha, Dahlia, Farah Husain, Cempaka Rembulan..



p/s: Untuk peminat novel, jangan lepaskan peluang ini.. Ambil peluang untuk menderma dengan membeli naskah ini.. Moga sedikit sumbangan kita dapat meringankan bebanan dan tekanan yang dihadapi oleh mangsa banjir..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)