Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, May 15, 2019

Layan baju baby doll la pulak.

Assalamu'alaikum.

Layan baju baby doll la pulak.


Ini merupakan kali pertama aku buat baju fesyen baby doll ni. Inipun belajar kat facebook jugak sebab masa aku belajar menjahit dulu, fesyen baby doll ni tak ujud lagi kot. Kalau ujud, mesti kitorang dah belajar dah. Haha.


Mujurlah kali ini kainnya mencukupi malahan terlebih cukup la pulak. Alhamdulillah, senang kerja aku. Takde la nak kena pusing sana, pusing sini macam baju yang hari tu.



















Alhamdulillah, selesai sudah jahit baju kurung moden. Nak sambung jahit baju melayu teluk belanga pulak. Lepas tu, potong dan jahit sepasang baju kurung. Lepas tu, siap semua. Moga Allah permudahkan segala urusan. Aamiin.


p/s: Hari ini (pagi tadi), dapat berita sedih. Sepupu aku (lelaki) telah meninggal dunia setelah lebih 10 hari koma di hospital. Moga Allah ampunkan arwah dan ditempatkan arwah bersama golongan mereka yang beriman. Aamiin. 
.

Baju kurung moden tak cukup kaki?

Assalamu'alaikum.

Baju kurung moden tak cukup kaki?


Lamanya blog aku ni bersawang. Bulan puasa ni, macam lemau la pulak nak update blog. Heh.


Aku nak kongsikan baju kurung moden yang aku jahit minggu lepas. Kainnya berkaki dan kain untuk baju tu cuma dua meter sahaja. Memang sah la tak cukup untuk badan yang bersaiz XXL. Tapi takpe, kita yang jadi tukang jahit ni, kenalah cuba jugak untuk jadikan cukup sebagai baju penuh, bukannya baju separuh-separuh. Haha.


Jom layan gambar. Letih la nak cerita panjang lebar. Heh.



Masa belajar jahit dulu, cikgu aku pesan, keliling lubang lengan pada pola badan kenalah sama dengan keliling lubang lengan pada pola tangan. Jika lebihpun, dalam seinci je lebihan pada pola lubang lengan tu. Tak boleh lebih banyak sangat sebab nanti susah nak cantum.


 Pertama kali seumur hidup jadi tukang jahit, aku potong bahagian depan dan belakang baju sekali harung. Memang mendebarkan sebab takut bahagian leher tu dua-dua sekali potong untuk bahagian depan. Niaya je nanti.


 Nampak tak pola tu lagi besar dari kain? Memang tak dapat la nak ambil bahagian kaki kain tu untuk letakkan pada hujung tangan.



 Makanya, terpaksalah pisahkan tangan tu. Kena potong bahagian lain dan sambung balik semula. Dah jadi kerja la pulak, kan? Takpe, kita caj aje lebih sikit sebab buat kerja lebih, kan? Hahaha.


 Basi jahitan pada hujung ketiak tu pun cinonet je. Nyaris terbabas dah ni. Mujurlah sempat tekan brek. 


 ^
Kain untuk kainpun ngam-ngam je. Mujurlah kain tak labuh. Cuma 37 1/2 inci je labuh dia. Buatnya labuh kain tu 39 inci, memang kena sambung la jawabnya kat bahagian ponggong tu.
v

 ^
Disebabkan bahagian kaki kain ni tak cukup untuk diletakkan pada hujung tangan, maka kenalah kerah otak dan fikir, mana la aku nak letakkan kaki kain tu. Sayang pulak jika dibiarkan begitu sahaja. Maka, terhasil la kain yang sebegini. Nak letak kat bawah sekali, kain tu tak cukup pulak. Jadi, kita tarik sikit-sikit kain tu ke atas untuk sampai pada bahagian yang cukup.
v

 ^
Maka, beginilah kejadian kain tersebut.
v

 Aku tengok kat facebook, ramai yang gunakan tali dari kain yang sama. Maka, akupun nak tiru jugak la. Haha. Ni kira tengah rajin la ni. Kalau malas, aku guna aje riben biasa tu. Heh.


 ^
Aku masih gunakan cara lama untuk masukkan getah. Aku dah cuba buat cara yang sekarang tapi bagi aku, cara tu agak susah. Jadi, aku buat aje la cara yang senang pada aku. Buat apa nak ikut jalan berliku jika jalan lurus terpampang di depan mata? Kan? Hahaha.
v
Dan kain aku, takde lebih-lebih kat hujung tu. Biasa kain kan ada lebihan kat hujung tu untuk letak palang cangkuk tapi kain aku, takde. Selama aku buat cara macam ni, takde lagi orang komplen apa-apa.


 Dan kain aku jugak takde palang kecuali jika kastemer minta palang tu, baru aku letak. Jika takde yang minta, aku buat macam ni je untuk rumah cangkuk kain. Jangan risau. Takdenya cangkuk kain tu nak cucuk pinggang kita. Kan ada selisih kat situ. Tujuannya, supaya perut tak rasa tegang sangat jika terlebih makan. Lagipun, kalau pakai palang, jahitan dia mudah rosak dan nanti palang tu terkulai layu di situ. Heh. 


 Okay, kain dah siap dah. Amacam? Mengancam tak? Hahahaha.





p/s: Jadi tukang jahit ni, memang kena banyak fikir lagi-lagi jika berhadapan dengan orang yang liat nak bayar upah jahit. Sadis betul. Huhu.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)