Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, December 21, 2013

Mengapam la pulak.. ahahh...

Assalamualaikum...

Mengapam la pulak.. ahahh...


Dah lama rasanya aku tak buat kuih apam tepung gandum ni.. Ye la, asyik sangat dengan mengekek (buat kek), menyiput (buat kuih siput) dan meroti (buat roti) je, sampai terlupa nak mengapam.. ahahh...


So, tengahari tadi akupun mula la membancuh adunan untuk apam ni.. Ikut resepi asal, apam tepung gandum ni kena perap selama dua jam dan akupun follow je la So, kalau nak buat untuk minum petang, kena la bancuh awal..


Tepung gandum yang aku gunakan.. Baik buat kek ataupun buat roti, tepung ni la yang aku guna.. Sesekali tu adalah jugak gunakan tepung cap sauh tu.. 


Dalam bekas ni ada 4 cawan tepung gandum + 1 cawan gula perang + 3/4 cawan gula pasir + 1 sudu makan (membukit) yis mauripan + 2 1/2 cawan air suam. Kacau sebati adunan hingga tak bergentel.. Sepatutnya guna gula merah tapi aku malas nak masak dulu gula merah tu dengan air dan malas nak menapis. So, aku guna je la gula perang/brown sugar tu..


Kemudian, tutupkan bekas tadi untuk proses pemeraman selama 2 jam..


Inilah rupanya adunan yang telah diperam selama 2 jam tadi..


Sapukan acuan dengan planta atau minyak masak untuk mengelakkan kuih apam tu melekat.. Senang guna acuan macam ni sebab kita tak payah susah-susah nak potong guna pisau.. 


Sebaiknya gunakan scop aiskrim yang ada besi kat dalam tu supaya senang nak menolak isi keluar.. Kalau nak buat muffin ataupun cupcake, pun elok guna scop ni.. Senang dan tak bersepah-sepah...


Gunakan spatula plastik yang lembik untuk mengaut isi yang melekat kat bekas bagi mengelakkan pembaziran.. Nak cucipun senang bila takde yang melekat-lekat ni..


Masukkan adunan ke dalam acuan.. Isikan 3/4 acuan sahaja.. Jangan isi penuh... Boleh juga peram dalam 10 minit untuk adunan tu naik lagi..


Dapat dua loyang yang besar...


Sebelum mengukus, bungkus penutup kukusan tu samada dengan kain ataupun dengan kertas timah dan panaskan dulu air tu.. Bila air dah mendidih, barulah mula mengukus.. Kukus satu persatu loyang.. Kalau kukus sekaligus, nanti air kukusan tu masuk ke dalam loyang yang bawah.. Kukus selama lebih kurang 45 minit hingga sejam.. 


Ni la dia rupa apam tepung gandum yang telah masak.. Ni Loyang yang pertama...


Ni loyang yang kedua.. Boleh nampak perbezaan antara loyang pertama dan loyang kedua.. Loyang kedua ni adunan dia naik lagi cantik sementara menunggu giliran untuk dikukus..


Lembut dan gebu.. hehh... Yang ni belum letak kelapa sebab tukang mesin kelapa pergi jalan-jalan makan angin.. hehehe...


Nak kata sedap sangat tu tidak la.. Tapi boleh la nak lepaskan tekak sendiri.. hehe...


p/s: Selamat mencuba ya.. Resepi dan cara dah aku letakkan kat bawah gambar.. Resepi asal kat sini ya.. Sila la klik.. Terima kasih.. heeee...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)