Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, November 28, 2019

Sambutan Maulidur Rasul.

Assalamu'alaikum.

Sambutan Maulidur Rasul.


Alhamdulillah, pagi semalam aku dapat menghadirkan diri di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Felda Mempaga yang diadakan di masjid di sini.




Majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Lepas tu, ada ceramah yang disampaikan oleh PU Lokman. Kemudian, ada la beberapa selingan yang lain.




p/s: Gambar diambil sebelum majlis bermula. Cukup la dengan dua keping gambar ni. Biasa la, aku kan malas sikit nak ambil gambar. Lagipun dalam masjid, kan? 
.

Tuesday, November 26, 2019

Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.

Assalamu'alaikum.


Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Aku ada kongsikan sedikit tutorial tentang seluar dari kain pelikat yang aku buat. Sebenarnya, takde la tutorial sangat. Cuma, aku kongsikan sedikit gambar cara aku jahit seluar pelikat tu. Tak sangka pulak ramai yang jenguk post tu. Tak kurang juga ada yang share. Pada mereka semua, terima kasih aku ucapkan. Moga setiap perkongsian itu ada manfaatnya walaupun sedikit.





Okay, aku kongsikan balik semula semua gambar tu dalam entri ini pulak sebab dalam post tu, gambar tak penuh. Kastemer bagi seluar contoh.




Ni untuk bahagian hadapan seluar. Bahagian depan seluar ni, bahagian ada pinggang dia tu lurus je. Tu yang pola kena lipat. Untuk bahagian belakang, kena naikkan 1 1/4 inci pada bahagian cawat tu. Lepas tu, garis je lurus sampai bahagian sisi/tepi. Kiranya nanti bahagian pinggang belakang ni dia garis lurus serong.


Bahagian sisi dalam belakang pula, kena keluarkan 1 inci dari sisi dalam bahagian depan untuk keliling kaki (bawah) dan keliling lutut. Keliling paha (bahagian hujung celah kelengkang tu, keluarkan dalam 2 inci atau 2 1/2 inci atau 3 inci bergantung pada saiz badan seseorang tu. Lagi gemuk, lagi banyak kena keluarkan.






Peniti setiap garisan supaya garisan tu tak lari jauh sangat.



^
Jahit sisi dulu bermula dari bahagian bawah mulut poket hinggalah habis sampai bawah. Lepas tu, barulah jahit dari atas dan teruskan membelok jahit bahagian poket.
v


 Berhenti di sini.


 Okay, bahagian poket dah selesai.


 Tinggal nak buat bahagian pinggang pulak.


Salah satu seluar pelikat yang dah siap jahit. Terima kasih kastemer.


p/s: Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu. Tak salah, kan?
.

Saturday, November 23, 2019

Jubah kau hijau..!

Assalamu'alaikum.

Jubah kau hijau..!


Cantikkan warna hijau pucuk pisang ni. Segar mata memandangnya.






Jubah ni dah lama dah aku siapkan walaupun tuannya nak guna bulan Disember nanti. Awal bulan sebelas lagi dah siap dah. Saja la aku siapkan awal sebab masa tu aku free. Buat cepat-cepat supaya otak tak serabut. Tapi sekarang ni aku agak sibuk sikit la. 


p/s: Terima kasih kawan sebab sudi tempah dengan aku. Moga Allah murahkan rezeki kamu dan penempah yang lain. Aamiin.
.

Thursday, November 21, 2019

Pisang kaki..

Assalamu'alaikum.

Pisang kaki.


Aku tak pernah makan pisang kaki ni. Tak tahu rasa dia macam mana. Selalu tengok gambar je. 


Hari Selasa baru ni, masa aku di pekan sehari, aku nampak la buah ni. Akupun beli la satu longgok. Ada 4 biji dalam satu longgok tu. Harga dia, RM5. Tapi memandangkan hari tu, penjual tu jual tiga longgok dengan harga RM10, tu yang aku beli. Boleh campur-campur nak buah apa.


Sebelum tu, aku tanya dulu penjual tu, apa rasa pisang kaki ni? Dia kata, diapun susah nak jawab tapi isinya manis lemak-lemak. Kalau yang belum ranum, dia macam rangup-rangup sikit la. Itu kata si penjual.


Balik rumah, aku cuba la potong sebiji yang agak kuning sedikit (tiada dalam gambar). Masa tu, aku tak tahu nak makan macam mana. Kulit dia tu nak buang atau tidak? Ke, makan je macam tu seperti buah epal? Lupa pulak nak tanya pada si penjual. Sudahnya, aku potong je dan makan je macam tu. Sudah tentulah aku basuh dulu buah tu. Isshhh....




Memang rangup! Dan sedap jugak serta bau dia sedikit wangi. Cuba cium kat kelopak tangkai dia tu. Cuma, ia tidaklah begitu manis melecaih. Mungkin sebab belum masak betul-betul.


p/s: Sekali tengok, dah macam buah tomato pulak. Besarpun lebih kurang saiz buah tomato.
.

Wednesday, November 20, 2019

Jamu mata.

Assalamu'alaikum.

Jamu mata.


Takde idea nak buat entri, maka, akupun letak aje la gambar-gambar menu yang pernah aku masak. Aku tak rajin sangat memasak tapi boleh dikatakan setiap hari aku masak. Aku masak yang simple je. Selalunya aku goreng telur mata kerbau je. Itu yang rajin aku buat Kah..!

















p/s: Okay, done. Hahahaha...
.

Friday, November 15, 2019

Baju kurung moden tak cukup kain.

Assalamu'alaikum.


Baju kurung moden tak cukup kain.


Jadi tukang jahit ni, kena biasakan diri untuk peningkan kepala. Haha. Macam-macam hal nak kena ambil kira. Dari hal kastemer yang bla bla bla hinggalah kepada kain yang bermasalah. 


Ini ukuran untuk kastemer aku tu. Kiranya, ini baju dia yang ke empat yang dia tempah kat aku. Siapa yang ada kastemer yang ukuran dia macam ni, boleh la ikut cara aku ni. Itupun jika nak ikut la, kan... Ni cara bodoh-bodoh je. Takde dart tapi masih ada cutting.





Ni aku kongsikan cara nak ambil kain untuk bahagian tangan jika kain tidak mencukupi. Kain ni sebenarnya 4 1/2 meter tapi disebabkan badan kastemer tu agak berisi, maka kain tu jadi tak cukup dan sangkut pada bahagian pangkal lengan. Aku takde la nak salahkan kastemer. Memang dia dah tahupun badan dia besar. Tu yang dia beli kain tu banyak sikit. Nanti kalau beli sampai 5 meter, banyak pulak pembaziran. Lagipun, yang tak cukupnya sikit je. Takpe la. Aku tampung la mana yang tak cukup tu.



 ^
Daripada 4 1/2 meter kain yang ada, ini sahaja yang tinggal untuk bahagian tangan. Sebelah tangan dapat full tapi sebelah lagi terpaksa sambung. Macam mana jika kain tu cuma 4 meter sahaja?
v






Bahagian bawah ketiak ni tak nampak sangat kesan sambung tu. Tambahan pulak orang tu badan besar. Lagi la terkepit bahagian tu di bawah ketiak.


No photo description available.


Aku pernah kongsikan kisah baju tak cukup kain untuk bahagian tangan tu di facebook aku tapi itu baju lain. Dah lunyai dah kot baju tu tuan dia pakai. Haha. Bahagian pangkal tangan tu nanti jadi macam gambar di bawah ni la.


Image may contain: indoor



Ada sesetengah tukang jahit kata, cukup je kain 4 meter jika badan orang tu besar. Mungkin mereka dah pro. Aku ni bukannya pro. Jadinya, aku tak nak la ambil risiko potong kain lintang-pukang. Aku risau jika kastemer tak selesa pakai baju yang aku jahit. Aku potong kain ni semuanya ikut ira memanjang. Jadinya, memang kena ada kain yang mencukupi dan bukannya kain yang cukup-cukup makan. Banyak sangat tampung dan potong kain ikut ira yang berlawanan arah, takut nanti tak cantik dan tak selesa pada si pemakai. 


p/s: Lain orang, lain caranya. Tak perlu nak kondem cara orang walaupun awak seorang tukang jahit profesional. Respect each other, okay?
.

Eloklah jauhkan diri dengan kadar segera.

Assalamu'alaikum.

Eloklah jauhkan diri dengan kadar segera.


Jika jumpa spesis yang busuk hati ni, eloklah kita angkat kaki dengan segera. 




p/s: Penat nak layan.
.

Thursday, November 14, 2019

Apabila jubah tak cukup kain..

Assalamu'alaikum.

Apabila jubah tak cukup kain..


Aku ada kongsikan kisah jubah yang tak cukup kain di di sini tapi gambar tak penuh sebab masa tu jubah tak siap lagi. Tu yang aku kongsikan semula di blog aku ni untuk aku ingat kembali susah payah aku mengerah otak untuk berfikir. Haha.


Tengok gambar aje la ya.. Malas pulak nak cerita panjang lebar. Macam takde yang bacapun. Kehkehkeh..





 Mula-mula nak buat poket macam ni tapi lepas tu, rasa macam pelik la pulak. Terus tukar guna peten lain.


































Image may contain: people standing

Alhamdulillah. Sekarang aku dah ada label untuk baju yang aku jahit. Dah berkurun teringin nak ada label sendiri tapi baru sekarang ada rezeki.


p/s: Okay, dah boleh delete gambar dalam laptop. Haha.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)