Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, July 31, 2012

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Assalamualaikum...

Akhirnya impian menjadi kenyataan...

Alhamdulillah...

Pagi semalam, aku dengan mak dan abang berkesempatan singgah di sini.. Sebenarnya memang dah agak lama aku teringin sangat nak masuk kawasan ni. Asal ke bandar je, mesti mata aku pandang kawasan rumah tu tapi singgahnya tak pernah... huhuhu... Namun akhirnya rezeki itu datang juga hari ni.. Terasa lega di hati kerana hajat kecil aku yang selama ini aku simpan sudah aku lunaskan..

Kami tak jumpapun dengan budak-budak yang tinggal di sini.. Kami cuma jumpa pengurus pusat jagaan ni je, menyampaikan hajat dan bertanya serba sedikit tentang penghuni di situ.. Menurut pengurus tu yang nama diapun aku tak tau, kini terdapat seramai 47 orang kanak-kanak yatim yang menghuni asrama ini.. Masa mula-mula dulu penghuni asrama ni cuma 24 orang sahaja..


Aku masuk kat rumah pertama tu.. 
Mungkin rumah untuk menyambut tetamu kott....


Daripada 47 orang itu, 26 orang terdiri daripada kanak-kanak perempuan dan selebihnya, 21 orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki.. Umur mereka pula ialah dari 9 tahun hingga 17 tahun dan mereka semua bersekolah di enam buah sekolah yang berhampiran..

Menurut pengurus itu lagi, sasaran rumah jagaan kanak-kanak ini hanya dari kalangan anak-anak yatim sekitar negeri Pahang sahaja.. Setakat ini anak yatim yang paling jauh tinggal di sini datang dari Bera. Kanak-kanak tersebut kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan jalanraya.. Sedih dengar kisah budak tu.. Mujurlah aku tak jumpa dengan dia.. Kalau tak, tak tau la nak kata apa..

Tadi aku nampak ada beberapa kampit beras, beberapa botol minyak masak dan barang-barang lain kat ruang menyambut tetamu tu.. Mungkin itu semua sumbangan atau sedekah dari orang ramai.. Aku ingat nak ambil jugak satu dua gambar kat situ tapi segan la pulak... Bukan tujuan aku untuk menunjuk-nunjuk.. Tapi sekadar untuk menyedarkan sahaja.. Mana la tau kalau-kalau ada orang yang baca entry ni terbuka hati mereka untuk menderma lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia yang penuh keberkatan ini.. 

Kepada sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan, boleh la rujuk kat alamat kat bawah ni.. Tak pun call je dorang dan tanya macam mana nak sampaikan sumbangan tersebut jika sumbangan itu berupa wang.. Info tentang alamat ni aku ambil dari sini..


Pusat Jagaan Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Afzan (RUKTAA), 
Lot 4988, Jalan Cheroh Lama, 27600 Raub, Pahang.
No. Tel:09-3554241/03-42514975



p/s: Bukan senang nak ajak orang menyumbang untuk anak-anak yatim ni, kan... Nak kena pandai pujuk.. Kalau tak pandai pujuk alamat tak jalan la.. Tapi kalau ajak buang duit tengok wayang tu laju je masing-masing... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)