Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, February 17, 2011

GULPPP.. !!! KENA SERBU KE..!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi sedang aku ralit mengadap laptop aku ni, tiba-tiba terdengar bunyi lori berhenti kat depan rumah. Berdetik jugak hati aku ni, apsal pulak ada lori yang berhenti. Pastu akupun buat rumusan sendiri, lori tu nak buat u-turn agaknya sebab rumah aku ni berada kat simpang tiga. Kalau takpun, ni mesti lori bawak pasir atau barang binaan sebab memang ramai orang yang sedang buat rumah kat kawasan kejiranan aku ni.

Alhamdulillah, ada rezeki apa salahnya runtuhkan rumah FELDA yang lama yang sudah dimamah usia tu kan. Lagi pulak, mungkin itu caranya untuk "lekatkan" duit. Maklum la, bila kehidupan dah lapang sikit ni, maka banyak la kedengaran suara-suara nyamuk yang hinggap kat telinga... :P

Lepas tu, aku dengar pulak bunyi suara orang lelaki bagi salam. Ada dua tiga jenis suara. Mula-mula tu aku buat tak endah je, jawab salam dalam hati je, malas nak bangun. Hatipun berdengus jugak. Ishh, sape la ni, pagi-pagi dah datang rumah orang nak jual barang... =D

Kemudian, mahu tak mahu akupun bangun jugak la. Tak sedap hati pulak bila dah bertalu-talu salam orang tu bagi. Makanya akupun mula la menjenguk. Gullpp...!!! Orang Jabatan Agama ke ni..? Apa hal pulak dorang datang sini..? Aku tengok ada la dalam tujuh orang jejaka hensem sedang berdiri kat depan pintu kecil beranda rumah aku ni, semuanya sedang tepat memandang ke arah aku.. Terkesima aii tau... haha...

Lepas tu, dorangpun perkenalkan la diri dan dari mana. Laaaa, orang dari Jabatan Kesihatan rupanya. Ye la, dorang semua pakai vest yang sama, pastu ada la dua orang pakai macam kopiah tu. Tu yang aku ingat dari Jabatan Agama tu. Dah la mata aku ni rabun sikit, tak nampak badge dorang, apatah lagi nama kat van dorang kat depan rumah tu. Dorang kata nak check tempat pembiakan nyamuk aedes...


Gulppp...!!! Lagi sekali aku terkujat. Dah la takde persiapan apa-apa. Hahaha baru tau gelabah.. Dorang kata nak check kawasan dalam rumah sekali. Ayoyoyo, takpe, silalah masuk tengok kolam mandi dan belakang peti ais rumah aku ni. Bunyi macam konfiden je tak akan jumpa anak nyamuk. Maka dorangpun masuk la dan buat la kerja dorang tu. Masuk bilik air, tengok kolam yang besar tu, suluh dalam kolam tu dengan lampu picit, pastu keluar tanpa bersuara terus menuju ke dapur bersama dengan sebahagian kawan yang lain.

Manakala yang kat dapur pula periksa belakang peti ais, pastu suluh jugak kat situ, pastu bagitau aku suruh buang air yang bertakung kat bekas takungan peti ais tu. Aku tanya la, ada jumpa nyamuk ke.? Dia kata takde, cuma ada air yang bertakung je. Pastu aku jawab la yang aku dah letak abate kat dalam bekas tu. Pastu dia jawab, ooooo... patut la... Then diam seketika..

Kumpulan lagi satu sedang periksa kolam kat bilik air kat luar rumah pulak, dengan tandas aku yang dua bijik tu, juga kat luar rumah. Okay, dorang diam je, maknanya takde jumpa jentik-jentik la tu... LULUS kat situ.... Yiihaaa....!!! (Dalam hati je la...)

Tup-tup sorang daripada mereka bagitau aku.. (hensem wooo mamat ni... haha)

"Kak, kat depan tu ada jumpa jentik-jentik...".

Gulpp lagi..!!! "Kat mana..??"

"Kat depan, kat dalam alas pasu bunga.. Meh saya tunjukkan.."

Berani kau bunuh anak-anak aku yaa...!!! Nanti kau..!!!

Dan dia berserta aku jugak pergi la ke depan menuju kawasan jentik-jentik tu berenang. Alamak, memang ada la dua ekor anak jentik-jentik kat situ. Terus dia suruh aku buangkan air kat dalam alas pasu bunga tu dan terbalikkan alas tu. Aku cakap, nanti la aku buat, segan jugak nak buat kat depan dia dan kawan-kawan dia tu. Tapi dorang suruh aku buat segera sebab dikuatiri pegawai dorang akan datang pulak lepas tu. Maka, aku buat jugak la. Kang tak pasal-pasal kena denda pulak, ya tak..? Kalau kena denda ni, sekor jentik-jentik sama dengan Rm100. Ater, kalau udah dua ekor, kena la RM200. Sayang woo duit melayang camtu je.. Tapi rasanya harga tu dah makin naik...

Sebelum balik, dorang ada la bagi enam bungkus kecil abate dan terangkan cara-cara nak gunakannya. Katanya tiga bungkus untuk satu kolam mandi yang dimasukkan ke dalam bunjut kain, buat seperti bunjut sop adabi tu..Lepas dorang balik, terus aku jahit kain perca dan buatkan bunjut untuk abate ni...Dan kelepukkk, campak kat dalam kolam mandi tu... =D

Aku kata: Begitulah kisahnya bila kena 'serbu' secara tiba-tiba. Menggelabah la jugak dalam masa dua minit. Bagaimana pulak keadaan orang yang kena serbu oleh Jabatan Agama serta polis gara-gara berkhalwat tu ehh..?? Habis tu kalau yang buat 'kerja' tu pun polis juga, camner tu..??

Baca kat bawah ni...

ARKIB : 16/02/2011
Maksiat: Anggota polis menggigil dicekup

Seorang lelaki membetulkan kancing seluar dan pasangannya terkejut dalam operasi maksiat di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 15 Feb. - Seorang anggota polis menggigil ketakutan ketika ditahan bersama pasangannya dalam operasi cegah maksiat di sini, malam tadi.

Sambil terketar-ketar, lelaki berusia 40-an itu bertindak membetulkan kancing seluarnya ketika disoal Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Adegan itu turut disaksikan pasangannya berusia 20-an yang juga seorang anggota polis dan bekerja di tempat sama.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu pada mulanya berkeras enggan keluar dari kereta yang dinaiki mereka.

Bagaimanapun, katanya, setelah dipujuk beberapa kali, mereka akhirnya keluar dari kenderaan tersebut.

"Ketika disoal, lelaki tersebut yang telah berkahwin mengaku berasmara bersama pasangannya ketika mereka berdua-duaan dalam kereta," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasangan tersebut merupakan antara 23 pasangan diperiksa oleh kakitangan JHEAIPP sepanjang operasi selama empat jam bermula pukul 11 malam itu yang tertumpu di sekitar Padang Kota Lama, Queensbay, Bayan Mutiara dan Batu Maung.

Menurut beliau, satu lagi pasangan berusia 20-an yang mengaku telah bertunang pula memberi alasan sibuk bekerja menyebabkan mereka bertemu pada waktu malam bagi membincangkan persiapan perkahwinan serta melepaskan rindu.

Katanya, semasa ditahan di satu kawasan lapang dekat Seagate, Bayan Baru di sini pasangan lelakinya terus keluar dari kereta sambil merayu kepada pegawai JHEAIPP manakala teman wanitanya menutup badan dengan jaket.

"Turut ditahan dan diberi notis ialah seorang gadis yang berdua-duaan dengan pasangan lelaki bukan Islam di kawasan letak kereta Queensbay," katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga pasangan tersebut telah diberi notis kerana berkhalwat.

Katanya, dalam operasi tersebut, JHEAIPP turut memberi amaran dan merekodkan maklumat 12 individu lain manakala lapan pasangan pula diberi kata nasihat kerana berkelakuan kurang sopan.

Sementara itu, Khairul Azman memberitahu, pasangan yang diberi notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pula diminta hadir ke pejabat JHEAIPP dalam tempoh yang diberikan.

Katanya, kebanyakan yang diperiksa adalah muda-mudi berusia lingkungan 20-an hingga 40-an, antaranya pekerja kilang, penuntut institusi pengajian tinggi, berniaga sendiri dan juga penjawat awam.

Menurut beliau, operasi berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan tetapi lebih bersifat memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi pasangan kekasih agar tidak berlaku perkara-perkara mungkar.

Berita diambil dari sini...

BIAR LA...!!! BIAR LA DIA...!!!

Assalamualaikum...

Ada orang yang suka sangat bercerita pasal pakwe atau makwe dia..
BIAR LA DIA..!!!

Ada orang yang suka meleser sampai subuh...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang hobinya suka main kayu tiga...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang suka menipu dengan pelbagai cara...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang kerja dia asyik nak mengumpat je...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang nak jadi penyanyi walaupun ada degree...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang suka pakai baju tak cukup kain...
BIAR LA DIA...!!!


Ada orang yang suka sangat bergaduh tanpa sebab...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang suka cantas-mencantas...
BIAR LA DIA...!!!

Ada orang yang begitu taksub dengan judi...
BIAR LA DIA...!!!

Itu antara beberapa contoh yang selalu kita dengar dan kadang-kadang kita buat. Persoalannya adalah wajarkah kita menjawab begitu..? Atau menerima jawapan sebegitu..? Walaupun jawapan tu pendek je, BIAR LA atau BIAR LA DIA, namun ianya seolah-olah menggambarkan bahawa kita mempunyai sikap tidak suka ditegur atau tidak suka menegur...

Kita mungkin berkata BIAR LA DIA atas beberapa faktor seperti orang tu bukan kita kenalpun, orang tu bukan adik beradik kita, orang tu bukannya kawan kita, ataupun lantak dia la, buat apa kita nak masuk campur urusan orang.. kan... BIAR LA...


Namun begitu, jika sesuatu perkara itu diajukan kepada kita, atau ahli keluarga kita, atau kawan-kawan rapat kita, kita juga mungkin akan memberikan jawapan yang sama... BIAR LA ataupun BIAR LA DIA, yang ko menyibuk tu apsal..??

Bagaimana jika sesuatu perkara buruk berlaku kepada kita? Contohnya bila anak kita kena dera sehingga mengalami kecacatan kekal, adakah kita akan menjawab BIAR LA DIA untuk anak kita tu, ataupun untuk orang yang mendera anak kita tu? Tentu sekali tidak..

Aku kata: Kadang-kadang sakit hati jugak bila kita menegur orang atas beberapa sebab, orang tu pulak menjawab BIAR LA..!!! Jawapan yang sangat pendek namun cukup memberikan kesan mendalam di hati...!
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)