Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 7, 2011

'MAYA' PUNCA PERCERAIAN..??

Assalamualaikum...

'MAYA' punca perceraian..??
Haahh...!!
Biar betul ni..
Siapa pulak mangsa kali ni...
Jeng... jeng... jeng...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Layan 'teman maya' punca cerai..

KUALA LUMPUR 4 Mac - Asyik melayan 'teman maya' di laman sosial seperti Facebook sehingga lupa kepada tanggungjawab menjadi antara punca ramai pasangan Islam di negara ini bercerai.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, selain itu tidak serasi, poligami dan bermain 'kayu tiga' khususnya dengan orang gaji turut menyumbang kepada berlakunya perceraian.

Menurut beliau, perkara tersebut merupakan masalah-masalah yang sering diajukan oleh pasangan suami isteri ketika memohon untuk bercerai di Mahkamah Syariah.

''Kebanyakan yang bercerai adalah pasangan yang berkahwin selama lima tahun dan ke bawah. Antara punca, pasangan yang asyik melayan 'teman maya' di Facebook sehingga ada isteri yang tidak ambil peduli tentang suaminya dan begitu juga suami."

''Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2009, ada ratusan ribu pasangan Islam yang telah bercerai,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, ketika merasmikan seminar sempena sambutan Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Ikon Keluarga Bahagia di Putrajaya beliau menyatakan bahawa purata pasangan Islam yang bercerai di negara ini mencatatkan rekod mengejutkan iaitu satu pasangan setiap 15 minit.

Ujar beliau, angka itu diperoleh berdasarkan rekod Jakim pada 2009 dengan statistik perceraian terus menunjukkan peningkatan saban tahun dan ia mencetuskan kebimbangan mengenai keharmonian rumah tangga terutamanya dalam kalangan golongan muda.

Mengulas lanjut, Mashitah berkata, kursus praperkahwinan selama sehari yang dijalankan kini juga dirasakan tidak mencukupi untuk memberikan maklumat lengkap mengenai alam perkahwinan kepada pasangan yang mahu berkahwin.

''Dahulu kita buat tiga hari, ada yang marah. Sebab itu kita buat satu hari sahaja. Kursus satu hari saya rasakan tidak cukup untuk mendidik pasangan yang mahu berkahwin dengan pelbagai perkara.

''Ada juga kita terima laporan, yang kursus satu hari pun, ada pasangan yang datang lewat. Itu pun ada juga pengendali kursus yang bagi sijil mengikuti kursus kepada pasangan berkenaan. Ini satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Kita mahu pengendali kursus ada rasa tanggungjawab dan memastikan setiap pasangan benar-benar mengikuti kursus dengan sebaiknya,'' katanya.

Beliau memberitahu, kursus yang dijalankan sehari itu hanya memberikan maklumat-maklumat asas dalam melayari alam perkahwinan. Justeru, ujarnya, setiap pasangan yang sudah berkahwin perlu berterusan mencari ilmu berkaitan kerukunan berumah tangga.

''Inilah harapan kita kepada mereka selepas berkahwin. Jangan berhenti mencari ilmu tersebut. Luangkanlah masa pergi ke kuliah-kuliah agama. Memanglah semua sibuk dengan urusan harian tapi kalau ada peluang, pergilah cari ilmu dan hayati ajaran agama,'' katanya.

Beliau seterusnya menasihatkan pasangan yang sudah berkahwin agar menjaga hubungan sesama mentua dan ahli keluarga masing-masing.

Sumber dari sini...

Ungkapan yang biasa kita dengar..

Ungkapan sebelum/semasa kawen.. "Dia memahami saya dan saya memahami dia. Dia jujur dan ikhlas terhadap saya. Itu yang buat saya terpikat dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan dia. Semoga jodoh kami berpanjangan hingga akhir nyawa..."

Ungkapan bila bercerai.. "Kami dah tiada persefahaman. Banyak yang dia sembunyikan dari saya. Dia tak jujur dan tak setia dengan saya. Lebih baik kami berpisah daripada terus-menerus mencari kesalahan masing-masing. Mungkin jodoh kami cukup setakat ini sahaja..."

Aku kata: No komen....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)