Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 24, 2016

Cantik ayat ni ...!

Assalamu'alaikum.

Cantik ayat ni ...!


Kadang-kadang adik beradik yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.


Kadang-kadang adik beradik yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.


Kadang-kadang adik beradik yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.


Kadang-kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang adik beradik.


Kadang-kadang adik beradik yang selalu SMS DAN WHATSAPP anda, bukan kerana mereka takde benda lain nak buat tapi sebab mereka INGAT PADA ANDA.


Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada.


Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing.


Satu hari anak-anak kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,
"Siapa mereka semua tu?"


Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,
"DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."


TERIMA KASIH ADIK BERADIK.

Ada 3 hal dalam hidup yang tidak boleh kembali;
1. Waktu
2. Kata-kata
3 . Kesempatan


Ada 3 hal yang dapat menghancurkan hidup seseorg;
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam


Ada 3 hal yang tidak boleh hilang;
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran


Ada 3 hal yang paling berharga;
1. Kasih Sayang
2. Cinta
3. Kebaikan


Ada 3 hal dalam hidup yang tidak pernah pasti;
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi


Ada 3 hal yang membentuk watak seseorang;
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras


Ada 3 hal yang membuat kita sukses;
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus


Ada 3 hal yang tidak pernah kita tahu;
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh


TAPI, ada 3 hal dalam hidup yg PASTI;
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian


Ya Tuhan, insan yg membaca ini adalah insan yg kuat, sabar, pengasih dan penyayang. Maka sayangilah dia serta kasihilah dia. Bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya. Jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan dan lancarkan segala pekerjaannya.

p/s: Ini merupakan entri copy and paste dari wall orang. Aku tak tau sumber asal sebab tidak dinyatakan. Maaf jika ada yang marah sebab tak bagi kredit. Apa yang penting, kita ambil mana-mana perkara yang membawa kebaikan. Itu je.

Wednesday, March 23, 2016

Dua versi, tapi...

Assalamu'alaikum.

Dua versi, tapi...


Hari tu, dua petang berturut-turut aku buat kuih buah melaka ni. Petang yang pertama tu, aku buat buah melaka warna hijau. Ini merupakan kali pertama dalam hidup aku buat kuih buah melaka berwarna hijau. Punyalah lama masa yang diambil untuk cuba mewarnakan kuih buah melaka ni. Heh!




Petang esoknya, aku buat lagi kuih buah melaka ni. Kali ni aku buat tanpa warna tambahan. Aku just buat warna asal je. Buat lagi kuih ni sebab nak habiskan stok kelapa parut muda yang masih bersisa. Bukan senang nak dapat kelapa muda ni. Jadinya, disebabkan sayang nak abaikan begitu saja, maka aku rajinkan jari jemari untuk buat lagi kuih buah melaka ni. Sila ikut kerajinan macam ni ya. Kehkehkeh.




Jika ditanya pendapat aku tentang dua versi buah melaka ni, yang mana yang aku paling suka? Jawapan aku, sudah pastilah yang versi original iaitu yang putih bersih tu. 


Entah la, aku ni memang kurang suka jika kuih tradisi ini diwarnakan. Sebab dari kecil lagi aku sudah biasa dengan warna putih tu, hingga dah umur sekarang ni pun tetap suka pada yang putih. Sama la macam roti jala, roti canai atau laksam. Aku suka yang versi asal, yang tidak dicampur adukkan dengan pelbagai jenis warna mengikut peredaran zaman. 


Maaf cakap la ya. Jika ternampak roti canai, roti jala atau mee laksam yang pelbagai warna ni buatkan tekak aku sedikit loya. Itu aku la. Jangan ikut aku sebab aku ni agak kolot sikit. Lagi-lagi bab makanan. Memang aku susah nak ikut citarasa orang lain. Heh.


p/s: Nak buat perubahan, janganlah sampai merosakkan nilai keaslian.

Jimat selagi boleh.

Assalamu'alaikum.

Jimat selagi boleh.


Dalam keadaan cuaca yang sangat panas sekarang ni, memang kena selalu masak air macam ni. Satu hari biasanya aku kena masak tiga atau empat kali. Aku tak masak guna cerek letrik sebab tarif letrik mahal! Tak mampu weii nak bayar bil letrik. Sekarang ni bil letrik sahaja dah cecah hampir RM160 untuk sebulan. Kadang-kadang hampir RM200. Itu belum lagi campur dengan bil lain. Pengsan mak jemah!





Selagi boleh berjimat, kita berjimat la ya. Kang kalau tak berjimat, nanti kita jugak yang susah di kemudian hari. Minum je air kosong. Bukan sahaja menjimatkan, malah ia sangat baik untuk kesihatan. Hehe.


p/s: Disebabkan cerek tu terlampau bersinar sampai nampak bayang-bayang tukang ambil gambar, maka terpaksa la cover dengan emoticon senyuman kelat tu. Kehkehkeh.

Monday, March 14, 2016

Ole-ole dari Australia.

Assalamu'alaikum.

Ole-ole dari Australia.

Hari tu kakak aku pergi Australia atas urusan berkaitan kerja dia tu la. Dia kat sana hampir seminggu la jugak. Masa dia kat sana, ada la dia belikan sikit ole-ole untuk kitorang. T-shirt untuk aku warna merah dan untuk abang aku warna kuning (takde dalam gambar). Bulu kambing tu untuk mak aku, key chain dengan patung bear tu untuk adik-beradik. Aku dah bagitau dia, jangan beli fridge magnet sebab aku dah ada dah fridge magnet Australia yang sepupu aku bagi masa dia ke sana tahun sudah.

Tak dapat pergi sana, dapat ole-olepun jadi la. Sebenarnya, jika tak beli ole-olepun takpe sebab faham-faham je la nilai duit kita macam mana. Yang penting, dia selamat pergi dan selamat balik. Tapi apabila dibelikan ole-ole, itu adalah satu rezeki. #Alhamdulillah.




Bulu kambing tu guna sesekali boleh la. Tak boleh nak gunakan selalu sebab kat sini habuk banyak sangat. Kena tunggu musim hujan baru boleh guna kot. Musim hujan tu kan sejuk. Nanti boleh la panaskan badan dengan bulu kambing biri-biri tu. Kehkehkeh.


Hari tu masa kakak pergi Sarawak, diapun ada belikan ole-ole untuk kitorang jugak. Nantilah kalau rajin, aku tepek la gambar ole-ole tu. Kalau malas, nan hado la entri tu ya. Heh.


p/s: Mood nak update blog dah semakin lemau. Adeh.

Saturday, March 12, 2016

Simpan sikit.

Assalamu'alaikum.

Simpan sikit.


Kadang-kadang, kita sengaja tunjukkan sedikit sikap buruk kita dan simpan sikap baik kita. Mungkin dengan cara begini, kita akan tahu siapa kawan kita yang sebenarnya. 


Dan, kemungkinan yang lebih besar adalah apabila kawan kita tadi mula memandang serong pada kita dan perlahan-lahan mula menjauhkan diri. Baru tunjuk sikit sikap buruk kita, kawan dah lari. Itu ke namanya kawan sejati?


p/s: Senang je pun nak kenal sikap orang ni, kan? 



Olen.

Assalamu'alaikum.

Olen.


Sebut betul-betul ya. Ini Olen ya, bukan oren tau. Dan bukan jugak pelat. Ahaha. 


Ini gambar masa Olen bunting. Sampai terjelir-jelir lidah dia dek kepanasan melampau. Sian ko Len. 




Sekarang Olen dah selamat beranak. Dah habis pantang dahpun. Dah mula la tu tergedik-gedik. Caiit!




Amboi, bukan main lagi ko main tenung-tenung ya Len. Ko jangan nak mengada-ngada ya. Anak ko yang tiga ekor tu mata dorangpun belum bukak lagi. Ko jangan sibuk nak buat anak lagi. Heh.




Siap main nyorok-nyorok lagi tu. Mengada-ngada je aiihh. Bajet jadi heroin dalam citer Hindi ke apa ni. Ahaha.




Whoaaa..! Jangan dekat! Siapa dekat, aku gigit betis dia! Ahahaha, punya la panjang taring dia. Seriau aku menengoknya. 


Jangan risau. Ni dia sedang menguap, bukannya dia tengah marah. Hehehe.


p/s: Berkawan dengan kucing lagi best. Ahaha.

Friday, March 11, 2016

Panas weii..! Panas..!!

Assalamu'alaikum.

Panas weii..! Panas..!!


Perghhh! Dah lama aku tak update blog ni sejak entri pasal si Momok pada 27/Februari lepas. Dekat dua minggu jugak kot. Lama tu...........! Ahak.


Sebenarnya, dua hari lepas Momok beranak, si Olen pulak beranak. Lepas dua hari si Olen beranak, si Bebel pulak beranak. Amekaw! Berderet-deret kucing aku beranak. Tak pasal-pasal dapat tiga belas ekor cucu bulus. Sepatutnya empat belas ekor tapi sekor anak si Olen tu mati. Mati lepas dilahirkan. Mati lemas agaknya.


Okay la, lupakan pasal kucing beranak tu. Gamaknya sekarang ni memang musim dorang beranak kot. Heh.


Cuaca tengah panas ya amat sekarang ni. Dalam rumahpun masih terasa bahangnya sampaikan pipi turut rasa pedih. Macam mana la agaknya dengan mereka yang bekerja di tengah panas terik ni ya. Kesiannya la haihh tapi nak buat macam mana, kan? Dah itu je punca rezeki mereka, nak tak nak, kenalah hadap juga. Bersabar dan bertabah la ya. Moga korang semua sentiasa dilindungi Allah demi mencari nafkah untuk keluarga. Aamiin.


Panas-panas macam ni, kalau dapat minum ais memang la masyuk sangat. Aku ni memang jarang sangat minum ais tapi dek kepanasan tahap maksima, terpaksa juga curi-curi minum ais. 


Ni ais jagung yang aku buat. Kononnya nak buat ais krim Malaysia tapi peti sejuk beku aku tu buat hal la pulak. Dia rosak  dan tak beku dah. Bukan takat tak beku, malah tak sejuk langsung!. Dah la panas, makin panas pulak sebab kena keluarkan bajet untuk bayar upah repair. Adeh.


Kalau beli air kat luar, bekas ni jangan dibuang. Bawak balik, cuci dan boleh digunakan semula. Bekas ni aku isikan dengan air jagung yang dibekukan.



Makan guna sudu je. Kaut-kaut, masuk mulut. Kaut-kaut, masuk mulut. Nikmatnya la haiihh..! Ahaha.. 


p/s: Tak nak amalkan selalu minum ais ni. Nanti badan sakit-sakit. Tak sanggup aihh. Sesekali tu boleh la kot.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)