Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 18, 2013

Cintaku Luruh Di Oxford...

Assalamualaikum...

Cintaku Luruh Di Oxford...

Sejujurnya aku tidak pernah membaca novel karya Noor Suraya dan Imaen ini.. Malahan aku tak taupun bahawa mereka merupakan pasangan suami isteri.. Aku ingatkan Imaen tu seorang perempuan berdasarkan namanya yang suwit-suwit gitu.. hehehe...

Tapi masa kat rumah kakak, aku ada jugak nampak beberapa buah novel karya pasangan ini sebab anak buah aku memang peminat setia karya mereka berdua.. Aku je yang ketinggalan.. ehehh.. Namun, tidak la aku rasa nak membelek semua novel yang ada tu..

Jadi, masa PB1M hari tu, akupun beli la beberapa buah novel karya Noor Suraya ni termasuklah novel Cintaku Luruh Di Oxford atau CLDO ni.. Dan aku baru je selesai membacanya.. Pendapat aku, novel ni bagus sebab penceritaannya sangat terperinci.. Cuma, perlu diingat bahawa jika anda jenis pembaca yang tidak suka nak baca kisah tentang satu-satu sejarah tu, mungkin CLDO ini bukan pilihan yang tepat..

Namun, jika anda peminat filem Lord Of The Rings dan yang seangkatan dengannya, boleh la baca CLDO ni sebab ada diselitkan tentang tempat penggambaran filem itu dan secara tak langsung, anda boleh bayangkan bagaimana suasana tempat itu.. Juga diceritakan tentang kehebatan Rumah Shakespeare yang sering menjadi tumpuan pelancong..

CLDO berkisar tentang kisah seorang gadis yang bernama Zuha Zaid Salim yang mendapat peluang belajar di Lady Margaret Hall College atau dikenali dengan University Oxford dalam jurusan English Language & Literature. Zuha merupakan seorang anak ahli politik yang kemudiannya terpaksa menamatkan pelajarannya kerana ayahnya ditahan atas dasar menentang kerajaan..


Novel terbitan Adiwarna ini setebal 738 muka surat dan harga pasaran di Semenanjung adalah RM34...


Dalam masa yang sama, Zuha memendam perasaan sukakan seorang pelajar jurusan Ekonomi & Pentadbiran dari universiti yang sama iaitu Muhammad Falah bin Ahmad Nordin.. Tanpa mereka berdua sedari, sebenarnya mereka berdua saling tertarik antara satu sama lain. Atas kerana sifat malu untuk meluahkan perasaan, akhirnya hubungan mereka terputus begitu sahaja..


"Baru lepas. Mak masak sambal tumis udang. Sedap. Jamuan kau nanti boleh ke lawan sambal tumis udang mak. Tapi dah orang jamu tu, kau makan banyak-banyak ya. Anak kau kirim salam. Babai." - Damina


Zuha pulang ke Malaysia tanpa berpeluang untuk meluahkan isi hati kepada Falah. Dan Falah pula kecewa bila tiga kali ternampak Zuha bersama dengan seorang lelaki kacak lantas mengambil keputusan untuk menjauhi Zuha... Falah fikir Zuha sudah berkahwin dengan lelaki tersebut manakala Zuha pula fikir Falah sukakan Damina kerana mereka berdua dilihat sering menghabiskan masa bersama malah Falah juga kenal seisi keluarga Damina.. Itu menguatkan lagi andaian Zuha yang Falah memang ditakdirkan untuk jadi milik Damina.. Kesian Zuha.. Memendam rasa cinta seorang diri.. huhuhu...


"Mak, Falah ni sibuk dengan kerja. Falah tak ada siapa-siapa. Jadi kalau emak nak tolong cari untuk Falah pun..., kalau emak dah berkenan, Falah ikut saja.." - Falah


Kehadiran Wassim, Damina, Nik Mabel, Abang Syukri, dan lain-lain watak berjaya mengembangkan lagi cerita dalam CLDO ini. Masing-masing ada peranan masing-masing. Damina yang sukakan Falah, akhirnya kecewa bila Falah sekadar menganggapnya hanya sebagai kawan biasa. Wassim yang diamanahkan menjadi penjaga Zuha tiba-tiba jatuh hati pada gadis yang muda separuh daripada umurnya. Nik Mabel yang bercita-cita ingin menjadi penulis novel juga banyak peranannya dalam menyatukan hubungan Falah dan Zuha..


"Dia yang saya tunggu selama ini, sudah beristeri..!" - Zuha


Bagaimanakah kesudahan kisah CLDO ini..? Berjayakah Wassim menjadikan Zuha sebagai isterinya..? Berjayakah Damina menjadikan Falah sebagai suaminya..? Adakah Zuha masih menaruh harapan terhadap Falah..? Bagaimana pula dengan Falah yang sering mengejar Zuha yang selalu melarikan diri daripadanya..? Seperti biasa, nak tau, kena la beli dan baca sendiri.. muahahaha... Oh ya, novel ni dibahagikan kepada tiga bahagian..


p/s: Nak baca novel macam ni, yang banyak penceritaan di dalamnya memang memerlukan mood yang betul-betul baik.. Kalau tidak, memang baca separuh jalan je la.. Rasanya aku dah mulai sukakan karya Noor Suraya ni.. :)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)