Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, April 3, 2018

Catatan rombongan ke Felda Kumai.

Assalamu'alaikum.

Catatan rombongan ke Felda Kumai.

Hari Isnin baru ni iaitu pada 2/4/2018, aku menyertai satu rombongan ke Felda Kumai, Bera. Ada program bersama Perdana Menteri iaitu program Rumah Mesra Rakyat - Felda. Kiranya, kami dari Wilayah Mempaga ni datang untuk memeriahkan majlis dan memberi sokongan sesama warga Felda.


Kami berkumpul pada pukul 3.30 pagi di hadapan masjid di tempat kami. Tunggu punya tunggu, tunggu bas dan tunggu ahli yang lain sampai, pukul 4.35 pagi barulah bas bertolak. Sepatutnya ada tiga buah bas yang mewakili setiap gugusan Felda di sini tapi disebabkan satu bas tu rosak, maka dua buah bas sahaja yang bertolak. Penumpang untuk bas yang rosak tu diagih-agihkan kepada dua buah bas yang ada. Mujurlah bas untuk gugusan aku ni penumpangnya tak ramai. Lagipun program dibuat masa hari sekolah. Jadinya, ibu bapa yang ada anak bersekolah tu tak dapat la nak ikut sama.




Kami sampai di Felda Kumai dalam pukul 8 pagi. Tapi sebab jalan nak masuk ke tempat program tu berlangsung agak sesak, maka pukul 8.30 pagi barulah sampai ke dewan orang ramai untuk sarapan dahulu. Itupun terpaksa jalan kaki sebab bas tak boleh masuk sampai ke tempat majlis berjalan. Program ni sekejap je. Pukul 11 pagi dah selesai dah tapi kitorang dapat naik bas untuk balik dalam pukul 12.20 tengah hari. Punya la lama tunggu bas sebab jalan sempit dan sesak. Maklum la, jalan masuk ke kawasan perumahan Felda ni agak sempit dan tak sekata.


Kami berhenti makan tengah hari di Restoran Anjung Seri, Bera. Aku makan nasi berlaukkan kari ikan tenggiri, telur masin sebelah dan air kosong. Harga untuk semua tu RM9. Lepas tu, aku bungkus pula ikan patin masak tempoyak bahagian ekor satu ketul. Harganya RM13. Aku belikan untuk abang aku kat rumah tu. Kiranya, adalah ole-ole yang aku bawa balik dari rombongan ni. Haha. 


Masa kat Felda Kumai tu aku tak beli apa-apapun. Nak berjalan banyakpun malas sebab perut tak berapa okay. Lepas tu, asyik nak buang air kecil je. Dah la tandas awamnya berderet orang menunggu giliran. Rasa nak pitam tunggu giliran sampai. Tandas bergerak kat padang awam tu pulak takde air..! Macam tu rupanya keadaan dalam tandas bergerak. Pertama kali aku tengok dan jenguk. Memang takde la aku nak masuk di lain kali. Heh.


Perjalanan pergi dan balik je makan masa hampir 9 jam tapi aku tak rasa penatpun duduk dalam bas lama-lama sebab bas selesa. Lagipun, aku duduk sorang-sorang. Haha. Itupun pemandu tu bawak laju jugak bas tu masa pergi. Maklum la, kereta takde sangat. Orang lain sedap je tidur tapi aku tak boleh nak lelapkan mata. Sudahnya, masa masuk kawasan tepi sungai Bera tu, aku nampak dataran memutih je. Memang masa tu aku tak pasti apa. Aku ingatkan laut. Masa bila pulak Bera ada laut, kan? Hahaha. Masa balik tu la baru aku tau itu adalah sungai. Besar sungguh sungai dia tapi sayang, airnya keruh. Mungkin lepas hujan kot.




Mujur jugak ada program macam ni. Dapat jugak aku tengok tempat orang secara percuma. Kalau takde program macam ni, takde rombongan macam ni, memang aku tak lepas ke mana-mana la gamaknya. Takkan nak pergi sesaje tanpa urusan, kan? Jika bukan warga Felda sendiri yang memberi sokongan terhadap program macam ini, siapa lagi yang nak diharapkan? Jadinya, jauh ke, dekat ke, jika ada peluang, pergi aje la. Hari tu aku dah pergi ke Felda Lurah Bilut. Lepas ni, nak masuk Felda mana pulak agaknya ya? 


Mana-mana Feldapun, harapnya dapat la buat tandas awam lebih sikit di padang awam sebab biasanya padang awam ni la yang akan berlangsungnya banyak program besar. Janganlah setakat ada cuma sebuah dua tandas je. Kesian oii orang yang datang dari jauh ni. Buat tandas kekal, bukannya gunakan tandas bergerak tu. Buka tandas tu apabila ada program besar je kat padang tu. Jika takde program besar, tak payah la buka. Guna aje tandas yang sedia ada. Ini sekadar pendapat aku je. Pengalaman pergi ke dua buah Felda ni betul-betul menakutkan aku untuk minum air dan makan berlebihan. Itupun tak mampu jugak untuk menahan diri dari pergi mencari tandas. Haha.


p/s: Jauh perjalanan, luas pemandangan. Betul la tu.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)