Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 7, 2010

KALAU DAH TAK TAU NAK BUAT APA: Jom masak jom...

Assalamualaikum....

Malam tadi aku tidur awal...
Pukul 8 malam aku dah terlelap...
Tanpa makan malam...
Tanpa menunggu untuk masuk waktu Isyak...
Kerana pada waktu siangnya aku sedikit kecewa, kesal dan marah dengan sikap seseorang...
Tapi aku tahan perasaan sakit hati aku tu...
Akhirnya, aku yang kenyang... *makan hati... ;)

Pukul 11.45 malam aku terjaga...
Terus solat Isyak dulu...
Makan..?? Nanti la dulu, padahal lapar jugak ni... *kontrol nafsu...

Mata tak boleh nak lelap balik semula...
Masuk dapur... *bukan makan ehh...
Bukak peti sejuk...
Keluarkan sepeket yis/mauripan

Kat pintu peti ais memang dah sedia tampalkan resepi...
Ada 5 jenis resepi di situ...
3 resepi dah aku cuba dan dah buat beberapa kali...
Hasilnya boleh la dibanggakan sikit-sikit... =D
1 resepi lagi aku baru buat sekali dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan...
Sebab bahan tak cukup dan aku main belasah je buat..
Tapi habis jugak budak-budak kat rumah ni telan... kehkehkeh...
Manakala 1 resepi lagi belum aku cuba...
Sebab pisangnya asyik hilang je... *banyak monyet gamaknya kat rumah ni... =))

Jadi, malam tadi aku buat apam lagi sekali...
Terima kasih Kak Erna atas perkongsian resepi tersebut..
Cuma gaya penulisan tu berbeza la...
Sampaikan aku dapat komen dari tuan punya resepi tu...
Tu la, siapa suruh memandai tukar resepi orang... hahahaha...

Kali ni aku cuma letakkan gambar penyediaan bahan aje ya..
Sebab resepi dah ada kat blog yang aku sebutkan tadi...




Sementara tunggu yis/mauripan naik dan tunggu air gula sejuk, aku layan tv jap...
Anak-anak buah ada dua orang yang sama-sama tidur awal dan sama-sama bangun...
Tanya itu, tanya ini, tanya aku nak buat kuih apa...
Sambil hidung dok cium-cium bau yis yang dah kembang tu...
Boleh pulak dorang kata bau yis tu sedap... hehhh...
Tu belum kuih masak lagi tu...
Kalau kuih dah masak, konpem berganda-ganda kesedapannya... huahuahua...

Masa aku tulis cerita ni, kuih apam tu dah masak dah...
Tapi masih berada dalam kukusan lagi...
Tak dapat la nak tayangkan gambar tu dulu sebab kelapa parutpun takde lagi ni...
Siapa pulak yang rajin sangat nak mesin kelapa subuh-subuh ni...
Lain la kalau memang berniaga kuih-muih di pagi hari...
Kalau rajin nanti, aku ambil dan upload la gambar kuih apam tu yaa... *kalau rajin... :p


Aku kata: Salam Ma'al Hijrah semua... :-)

*****************************************

UPDATE:

Ini la rupanya apam yang aku buat tu...
Okay tak..??
Berapa markah nak bagi....?
:-)

Kalau nak tau dah masak ke belum, cucuk je dengan batang tu.. Kalau tak melekat, tu dah kira masak la tu... Teknik yang sama untuk kek...


Nyummmmyyyyyy....... =)))

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)