Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 30, 2018

Share jika ada manfaatnya.

Assalamu'alaikum.

Share jika ada manfaatnya.

Semalam, aku ada share gambar hasil dari kebun mini aku di dalam grup kebun bandar. Sila klik. Tak sangka pulak ramai ahli grup yang komen, like dan share. Alhamdulillah dan terima kasih pada mereka semua. Moga setiap perkongsian aku tu, ada manfaatnya. InsyaAllah.






Ini gambar-gambar yang aku kongsikan tu. Kenapa aku suruh klik? Sebab jika klik, ia akan terus pergi pada pautan yang berkaitan dan di situ ada komen-komen dari rakan grup dan aku cuba sedaya upaya untuk membalas komen yang ada. Kalau tak balas nanti, dibimbangi ada yang terasa pulak, kan? 


Macam kita jugak la. Kalau kita tanya sesuatu kat orang dan orang tu tak jawab pertanyaan kita, sedikit sebanyak kita akan terasa hati jugak. Lumrah la tu. Tapi pertanyaan tu, biarlah berpada-pada dan ikut logik akal. Janganlah tanya yang pelik dan tak masuk akal. Kang tak memasal, aku pulak yang sentap. Haha.






Image may contain: food


^
Serius cakap. Sawi ni sedap sangat buat ulam. Takde rasa pahitpun. Manis lagi ada. Macam aku jugak, manis je. Muahahaha.
v







Aku sekadar share pengalaman aku je. Salah ke? Tak, kan..? Tapi jika ada yang rasa salah dan rasa takde kebaikannya, tak payah la share. Betul tak? Kita share apa-apa post/perkara/benda yang elok/baik, insyaAllah, kitapun dapat jugak tempias pahalanya. Jadi, janganlah nak busuk hati sangat dan elakkan membawang. ✌✌✌


p/s: Tanam pokok yang kita suka dan buat apa yang kita suka yang ada faedah dan kebaikannya untuk diri kita. Yang penting, kita tak sibuk dok jaga tepi kain orang. 
.

Kulit telur dan kegunaannya.

Assalamu'alaikum.

Kulit telur dan kegunaannya. 


Orang buat, akupun nak buat jugak. Haha. Gigih aku pi simpan kulit telur, pi jemur dan lepas tu, pi tumbuk pulak kulit telur tu. Aku malas nak kisar sebab nak jimat letrik. Heh.




Sebenarnya, dah lama sangat aku simpan kulit telur ni. Dah makan tahun dahpun. Kiranya kulit telur ni pun dah rapuh sangat dah. Disebabkan masa tu mood belum datang, tu yang aku biarkan aje dia dalam plastik. Baru-baru ni je aku jadi rajin nak tumbuk kulit telur tu. Maka, habislah semuanya aku tumbuk. Tapi masih ada lagi satu plastik yang belum ditumbuk sebab tu kulit telur yang baru. Biar dia betul-betul kering baru aku tumbuk pulak.






Tak lama lepas jemur kulit telur tu, aku keluar balik semula. Tengok-tengok ada yang bawak lari kulit telur tu. Hahaha.





Mula-mula, aku tumbuk kulit telur tu dari dalam plastik tu je. Malas la katakan. Haha. Tapi apabila serpihan kulit telur tu dah mula bersepah, barulah aku masukkan dalam besen dan tumbuk dari dalam besen tu pulak.













p/s: Tak salahpun mencuba sesuatu yang baharu, kan?
.

Thursday, November 29, 2018

Burung apa?

Assalamu'alaikum.

Burung apa?


Kawasan kebun mini aku ni memang menjadi kegemaran beburung untuk singgah melepak. Aku tumpang seronok tengok dorang berterbangan dan berkejar-kejaran sesama sendiri. Suka dengar bunyi dorang tu. Kucing kat rumah ni pun suka jugak menyakat dorang tapi sebenarnya, burung-burung tu yang buli kucing tu. Haha.









p/s: Nikmati keindahan hidup ini dengan sebaiknya. Alhamdulillah.
.

Wednesday, November 28, 2018

Perjalanan si pokok betik.

Assalamu'alaikum.

Perjalanan si pokok betik. 


Pokok betik ni, dah lama aku tanam. Aku mula semai benih betik ni dalam pasu. Sebenarnya, main campak je biji betik tu dalam pasu. 😜😜😜 Apabila pokok tu dah semakin besar, aku alihkan ke tanah.


Image may contain: plant, outdoor and nature


Image may contain: plant, grass, tree, outdoor and nature


Image may contain: plant, tree, outdoor and nature



Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature


Image may contain: plant and outdoor


Dan gambar di bawah merupakan gambar terkini, yang aku ambil pagi tadi. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga merasa buah betik hasil tanaman dari tangan sendiri. Tak tahu lagi apa rasanya sebab tak kupaspun lagi. 






Sebetulnya, ada sebuah lagi buah betik ni tapi sudah diambil oleh kakak masa dia balik hari tu. Masa tu, buahnya ada kuning-kuning sikit je. Kakak ambil sebab dia nak peram. Dia kata dia nak ambil biji betik tu untuk buat benih.


p/s: Lama sungguh nak tunggu buah betik ni masak. Hampir setahun jugak baru dapat hasilnya. Patutlah harga buah betik ni agak mahal di pasaran.
.

Saturday, November 24, 2018

Jahit beg baru lagi. 😍😍😍

Assalamu'alaikum.

Jahit beg baru lagi. 😍😍😍


Yeszaa..! Alhamdulillah. Siap jugak beg yang aku jahit. Gigih aku jahit dari malam tadi sampai dekat pukul dua pagi baru berhenti untuk tidur. Hari ini, aku sambung jahit lagi. Akhirnya, siap satu lagi beg kain untuk aku isi kain baju jika hendak pergi rombongan balik hari. Haha.


Kali ini, aku cabar diri sendiri untuk buat beg kain yang ada pemegang untuk zip seperti dalam gambar di bawah. Biasanya, aku jahit zip tu terus pada kain badan beg tapi kali ini saja la nak cuba kelainan. Aku ni sebenarnya memang malas nak buat beg yang jenis leceh ni tapi seperti yang aku tulis kat atas tu, aku nak cabar diri sendiri.





Kelebihan beg kain ni ialah kita boleh main sumbat-sumbat je kain baju kat dalam beg tu. Sampai ke sudut beg tu kita boleh selitkan baju. Beg ni pun ringan je sebab kat dalam beg ni, cuma ada kain lining je. Aku tak letak batting atau sebagainya. Kalau kita sumbat kain baju sampai penuh dan padat, berat la jadinya beg ni. 😂😂😂


 ^
Aku cuba sumbatkan dua biji bantal dalam beg ni. Satu bantal kecil iaitu bantal sofa dan satu lagi bantal biasa. Itupun masih lagi ada ruang untuk diselitkan spender. 😜😜😜
v



Aku follow tutorial berkaitan beg ni kat dalam video bawah ni. Cuma aku takde la ikut betul-betul apa yang dia buat. Dia ajar buat tote bag tapi aku tukar buat beg balik kampung. Haha.






p/s: Lepas ni nak jahit beg apa lagi ehh..? Stok kain banyak lagi ni. Macam-macam warna dan corak ada. 😱😱😱
.

Friday, November 23, 2018

RM50.50. 😱😱😱

Assalamu'alaikum.

RM50.50. 😱😱😱


Haaa...! Amekawww..! Beli empat jenis barang ni je dah kena RM50.50. Span bahu tebal seinci satu dozen, pembaris thai yang lutsinar tu, pembaris apa entah lagi satu tu dan tiga keping kain felt bersaiz A4. Mahal ke murah? Ataupun, tersangatlah murah? Kah!



Pembaris Thai ni je harga dia RM25.90. Nak beli online, takut kena tipu. Tu yang beli jugak kat kedai.


Nak guna pakai, mahalpun terpaksa jugak beli. 


p/s: Harga barang jahit semakin naik tapi upah dok macam tu jugak. Makanya, upah jahit akan dinaikkan ikut kadar sekarang. 😜😜😜
.

Wednesday, November 21, 2018

Pertama kali jahit blouse bersaiz besar ikut contoh baju siap.

Assalamu'alaikum.

Pertama kali jahit blouse bersaiz besar ikut contoh baju siap.


Aku ambil masa yang agak lama untuk memulakan langkah bagi menjahit baju blouse kastemer seorang ni. 


Pertama sekali, aku memang jarang sangat jahit blouse kastemer. Kedua, juga jarang sangat ikut baju contoh. Biasanya, aku jahit baju kurung dan baju melayu sahaja. Baju melayu tu pulak, aku jahit untuk adik-beradik dan keluarga mereka je.


Disebabkan kastemer seorang ini tidak cerewet dan jenis yang cakap depan-depan, maka akupun setujulah untuk jahit baju dia. Lagipun, aku nak jugak cabar diri sendiri. Nak bina keyakinan ni bukannya mudah. Atas sebab inilah aku terima tugasan ini. 



 ^
Kain bidang 60 inci dan 3 meter kain diperlukan.
v












Blouse ini jenis sarung. Tiada zip samada di depan atau di belakang baju. Sebab itu, keliling leher dia agak besar sikit. Senang kepala nak keluar masuk. Cuma di hujung tangan tu ada cuff lebar 1 1/4 inci.






Alhamdulillah, kastemer dah cuba dah baju ni dan dia berpuas hati. Bab harga upah, dia okay je dengan harga yang aku berikan. Alhamdulillah sekali lagi.


p/s: Aku bukan tukang jahit profesional. Aku sekadar tukang jahit kampung je. Kiranya, kepakaran aku tidaklah besar manapun. Sekadar jahit baju biasa tu, boleh la. Tapi jika nak suruh aku jahit baju vogue macam artis, aku bukan orangnya.
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)