Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, March 31, 2023

French market bag crochet.

Assalamuàlaikum.

French market bag crochet.

Alhamdulillah, akhirnya siap jugak french market bag aku ni. Dah berpuluh tahun berkenan dengan beg ni tapi masa tu tak tau nak buat dan banyak kekangan yang lain.

Sementelah, dulu-dulu mana ada internet kat rumah ni. Aku nampak gambar beg ni pun kat dalam majalah dan surat khabar. Ada la artis barat yang pakai. Jangan la tanya siapa sebab dah tak ingat dah. Yang aku ingat cuma beg tu je. Nampak tak yang aku lebih fokus pada beg tu sahaja. Haha.

Seperti biasa, susunan gambar dan video tidak sekata. 😁😁😊





















Ada aksesori tambahan yang aku letak kemudian tapi malas nak ambil gambar. Haha.. Benang yang aku gunakan hampir dua gulung lebih. Jenuh nak bagi siap.






p/s: Ada yang nak tempah beg ni tapi aku tak tau nak letak harga. Dilema jugak ni. Heh.

.

Thursday, March 23, 2023

Bunga pokok kailan.

Assalamu'alaikum.

Bunga pokok kailan.

Salam satu ramadan 2023 buat semua umat Islam walau di mana anda berada. Moga Allah pelihara kita dan seisi keluarga daripada segala musibah. Aamiin.










Ni bunga pokok kailan. Aku sengaja tinggalkan sepokok semata-mata nak tengok bunga kailan tu dan juga nak tau kat mana benih kailan tu keluar. Gigih la sangat, kan. 😁😁😁

p/s: Dah rancang ke menu berbuka nanti? 

.

Friday, March 17, 2023

Petik buah rock melon hidroponik.

Assalamu'alaikum.

Petik buah rock melon hidroponik.

Alhamdulillah, akhirnya buah rock melon hidroponik aku dah boleh petik dah. Saiz buah kecil je tapi disebabkan dah mula merekah, akupun petik je la.





















Sedap dan rangup. 


p/s: Nanti aku nak cuba tanam lagi. Seronok walaupun buahnya sebiji je. Tapi ada sebiji lagi baru berputik. Mudah-mudahan dia sihat dan kuat serta mampu bertahan hingga besar. Aamiin.

 

Thursday, March 9, 2023

Kelas masakan KEMAS.

Assalamu'alaikum.

Kelas masakan KEMAS.

Selepas balik dari rombongan ke Gua Musang hari tu (entri sebelum ini), aku merempit pula untuk menghadiri kelas masakan anjuran KEMAS. Pukul dua petang sampai rumah dari Gua Musang tu, pukul dua setengah kelas tu bermula. Pergh..., padat betul aktiviti aku hari tu. Haha.

Dalam kelas tu, aku la yang paling tua. Ni pertama kali aku join kelas masakan ni sejak berpuluh tahun tinggal di sini. Rare tak? 😁😁😁

Gambar banyak. Saja la aku simpan kat sini untuk kenang-kenangan. Lagipun, semua peserta ni sporting dan sempoi. Guru yang mengajarpun mesra je. Tu yang rasa seronok tu. Alhamdulillah. 


Ni partner aku. Mujur dah pernah kenal sebelum ni.






Untuk kek buah bakar ni, buah-buahan kering tu (300 gram) kena rendam dulu dengan air panas selama 15 minit. Lepas tu, toskan air dia. Lap sikit dengan tisu atau tekan-tekan je dengan tisu atau kain supaya buah tu kering sedikit. Lepas tu, gaulkan dengan dua sudu makan tepung gandum. Kemudian, terus je masukkan dalam adunan dan kaup balik adunan tu supaya sebati. Masukkan dalam acuan dan taburkan dengan buah kering yang dah digaul dengan tepung gandum.
























Untuk dua jenis masakan ni, bayarannya adalah RM10. Bayaran bergantung pada jenis masakan dan jumlah peserta yang join. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu satu kumpulan cuma dua orang sahaja. Manakala yuran bulanan adalah RM5 sebulan.






Hari ni,  menu masakannya ialah kek buah bakar dan spaghetti chicken buttermilk. Sepatutnya kena bawa bekas dari rumah untuk isi makanan yang dah siap masak tapi aku tak bawa sebab tak tau. Maklum la, baru pertama kali join. Mujur la ada bekas buttercup tu. Boleh la aku isikan spaghetti tu. Kalau tak, bungkus masuk plastik la jawabnya. 🤭🤭🤭





















p/s: Penat tapi berbaloi. Penat yang menyeronokkan. Terima kasih pada semua peserta dan guru yang memberi kerjasama pada ahli baru macam aku.

.

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)